ULASAN BUKU


Sepanjang minggu lepas, terdapat juga beberapa ulasan buku yang telah dihantar ke @twt_buku . Jadi untuk kebaikan bersama, dikongsikan ulasan-ulasan tersebut untuk tatapan semua. Terima kasih kepada @ajimzalil dan @nik_ms kerana sudi berkongsi ulasan buku anda dengan @twt_buku !

1. Kolonial Mimpi (Sahidzan Salleh) | ulasan oleh @ajimzalil




Sebuah novel sci-fi yang macho, semacho kulit muka depannya. Mengambil latar masa pada ambang penjajahan Amerika di Malaysia tahun 2066, mengisahkan Hairi seorang pustakawan di Sabah dan penghidap amnesia dengan secara tidak sengaja telah terjebak dalam kancah perjuangan menentang penjajah.

Jalan ceritannya agak rumit. Bermula dari saat Hairi yang tiba-tiba tersedar di The Rennes Hotel Kuala Lumpur bersama sebuah bag laptop yang terkunci, dibawa ke Flat Jingga oleh Kamal selepas penerbangan ke Sabah telah dibatalkan akibat peperangan, kemudiannya ditangkap oleh tentera Amerika dan bertemu Malik di Penjara Tentera Sri Lanang, sehinggalah beliau berjaya pulang ke Sabah dan bertemu semula dengan Kamal dan Malik yang mengajaknya menyertai Militan Kinabalu. Dengan dibantu ketelitian penulis dalam menggambarkan suasana peperangan yang menjadi latar belakang cerita, novel ini agak mudah untuk dihadam jalan ceritanya, untuk hanyut melayan imaginasi penulis tentang peperangan pada masa hadapan. Terlalu banyak scene-scene epik di dalam novel ini. Scene kegemaran saya? Scene di mana Lim Seng dan Siva bermati-matian mempertahankan markas rahsia Militan Kinabalu yang diserang segerombolan tentera Amerika demi menjaga rahsia Tentera Pembebasan Malaysia.

Isu yang dibawa dalam novel ini juga seronok untuk dihayati. Isu ketidakstabilan politik yang menjadi punca utama penjahan Amerika. Sebagai seorang anak pasca merdeka, novel ini berjaya membuatkan saya benci kepada peperangan dan penjajahan. Ya, semangat sanggup berkorban untuk negara itu sangat penting.

Watak-watak dalam novel ini berjaya ditimbulkan dengan berkesan. Watak utama iaitu Hairi mengingatkan saya kepada watak Marcus Wright dari filem Terminator Salvation, seorang manusia cyborg yang sedang tercari-cari identiti penciptanya. Separuh organ dalamannya bersalut besi serta deria rasa sakitnya seakan terhalang untuk sampai ke otak membuatkan Hairi kebal dari sebarang kesakitan. Cuma saya hairan, watak Hairi tidak terlalu dominan dalam novel ini walaupun dia seorang manusia super. Manakala Malik, seorang ahli tentera diRaja dan manusia teratas senarai dalam list most wanted oleh Amerika membuatkan saya terfikir tentang betapa besarnya jasa seorang tentera. Ah lihat sahaja kata-kata keramatnya, “Aku takkan mati tanpa memeluk musuh!”

2. Gergasi (Khairul Nizam Khairani) | ulasan oleh @ajimzalil



Sebuah novel sci-fi tentang seorang pemuda bernama Rizal yang mempunyai kaitan dengan kewujudan semula Batara Waja, sebuah robot gergasi misteri yang pernah menjadi lagenda ketika zaman kesultanan Melaka tahun 1511. Mungkin akibat jangkaan yang terlalu tinggi daripada cover dan tajuknya yang cool, Gergasi bagi saya seolah-olah macam ada sesuatu yang kurang. Macam ada perkara yang hilang. Novel yang sangat menarik tetapi entah di mana silapnya, saya kurang puas dengan jalan cerita yang dipersembahkan. Untuk berlaku adil, sepanjang pembacaan saya sedaya-upaya cuba untuk tidak membandingkan Batara Waja dengan Iron Man memandangkan secara asas kedua-duanya boleh dikatakan sama, sebuah robot atau sut perisai bersenjata yang dikawal oleh manusia dan mempunyai sumber tenaganya sendiri. Dalam novel ini, power core kepada robot ini diberi nama DEMON atau Device of Activation Armour Nanites yang dipasang di belakang tengkuk manusia.





Plot novel ini agak mengelirukan walaupun boleh dikatakan cliche. Terlalu banyak pertukaran scene dalam satu bab menyebabkan saya cepat lost dan pembacaan menjadi kurang lancar kerana terpaksa berhenti seketika di setiap hujung bab untuk mencantumkan semula pecahan-pecahan cerita. Pada suatu ketika, saya seolah-olah tidak dapat menangkap dimanakah logiknya cerita ini. Segala jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul terjawab agak lambat di bab-bab terakhir novel.

Kewujudan scene cinta dan konflik yang timbul antara Rizal, Anwar dan Siti Nuraini menjadikan novel ini lebih berdrama. Saya tidak berapa menggemari kewujudan scene ini pada mulanya kerana saya anggap terlalu meleweh namun saya akui tanpa scene ini novel ini akan menjadi terlalu kaku. Watak Zohaimi dan robot-robot dari Syarikat Jitu Mekanikal, yang secara kasarnya hanyalah watak tambahan namun berjaya dihidupkan dengan baik. Dapat saya katakan bahawa watak Zohaimi jika lebih kerap dimunculkan sepanjang novel, mampu menenggelamkan watak utama kerana perwatakan Zohaimi yang lebih garang dan bersemangat berbanding Rizal yang agak loser.

Novel ini tetap menghiburkan dan pujian harus diberi kepada penulis kerana idea dan usahanya untuk menulis sebuah novel bergenre sci-fi yang diakui memerlukan imaginasi dan knowledge yang tinggi tentang teknologi sekarang dan masa hadapan.

3. Punk Rock : Di Sebalik Fesyen & Muzik Bising (Dhani Ahmad & Nizang) | ulasan oleh @ajimzalil



Buku ini sebenarnya mengumpulkan beberapa penulis zine/pemuzik punk yang sudah sekian lama bergiat dalam penulisan zine punk & hardcore dalam memberikan interpretasi Punk Rock melalui kacamata mereka. Suatu usaha yang murni dilakukan oleh editor.

Buku ini permulaanya penuh dengan penerangan tentang ideologi Punk itu sendiri sama ada di peringkat global mahupun negara kita. Makna Punk, sejarah-sejarah Punk serta prinsip dan ideologi Punk yang diceritakan secara detail dan jujur. Pertengahannya pula diceritakan tentang scene Punk di Malaysia terutamanya di Kuala Terengganu. Dan akhirnya banyak berkisar tentang pengalaman-pengalaman penulis sepanjang berada dalam scene.

Buku ini bukan sahaja membantu saya untuk faham apa itu Punk malah memutihkan semula pandangan saya tentang budaya melawan arus ini. Saya ada juga cuba-cuba mendengar contoh lagu-lagu Punk yang banyak disebut dalam buku ini dan saya dapati lagu-lagu Punk ini lebih berbunyi prihatin kepada masalah sosial dalam masyarakat berbanding lagu-lagu di radio yang lebih menumpukan soal cintan-cintun. Disebalik nyanyian jerit-jerit dan tidak 'mesra pendengar' itu terselit lirik-lirik melawan penindasan dan ketidakadilan.

4. What Your Teacher Didn't Tell You: The Annexe Lectures (Vol. 1) (Farish A. Noor) | ulasan oleh @nik_ms



Buku ini sangat mengagumkan. Sesuai dengan tajuknya "What Your Teacher Didn't Tell You". Kisah-kisah dalam buku ni memang tidak dijumpai dalam buku sejarah mainstream. Isu-isu seperti isu keris, konsep feudal, politik bangsa, homoseksualiti, PAS dan Hang Tuah diangkat dan dikaitkan dengan sejarah lampau.

Farish Noor cuba menyampaikan kepada kita bahawa keris yang suatu ketika dulu merupakan salah satu alat penting dalam istiadat Hindu-Buddha berevolusi menjadi lambang orang melayu. Seterusnya berkenaan isu feudal maharaja dan dewaraja yang bermula dari Majapahit hingga ke Malaysia hari ini.

Kemudian kita dibawa pula meneliti sejarah politik bangsa yang bermula dari zaman kolonial hinggalah ke alam politik masa kini. Konsep bangsa terus dimainkan dan dilagukan. Seterusnya kita menjengah ke arah homoseksualiti yang dianggap budaya buruk dan jahat berasal dari barat walhal sejarahnya sudah lama bertapak di Asia Tenggara - dalam buku ini Hikayat Panji Semirang.

PAS yang kini menjadi salah satu parti pembangkang di negara kita diceritakan sejarahnya oleh Farish Noor. Bagaimana suatu ketika dahulu PAS dilabel kolot dan sedikit demi sedikit berubah ke arah gerakan yang progresif di bawah pimpinan Burhanuddin Al Helmi.

Kisah Hang Tuah antara kisah yang menarik perhatian saya kerana suatu ketika dahulu saya sering dimomokkan dengan kisah Hang Tuah sebagai pejuang perkauman. Kisah Hang Tuah dalam buku ini adalah sisi lain Hang Tuah yang sering kita terlepas pandang.

ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: ULASAN BUKU
ULASAN BUKU
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuWzl0JfknNsUfLxUWVX5ZDX2Qqc6mbIbthssEu-QM0Yo4QlgLEAt53KCSSIL-Y8dhEWLs3yo9fpet2Aj-DU_9VSUCROSDGl5ED-fv_guXreP_02q1bluyz_Fld2hGtCBYpGlXKQY2wX8/s640/library_book.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuWzl0JfknNsUfLxUWVX5ZDX2Qqc6mbIbthssEu-QM0Yo4QlgLEAt53KCSSIL-Y8dhEWLs3yo9fpet2Aj-DU_9VSUCROSDGl5ED-fv_guXreP_02q1bluyz_Fld2hGtCBYpGlXKQY2wX8/s72-c/library_book.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2013/04/ulasan-buku.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2013/04/ulasan-buku.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin