ULASAN BUKU MINGGU #10


Sepanjang kurator @loxxxman menjalankan tugas sebagai kurator gantian @twt_buku minggu lepas, beliau telah mengulas 3 buah buku untuk dikongsi bersama-sama pengikut @twt_buku . Saya telah meminta beliau untuk membuat kompilasi tweet beliau sepanjang minggu tersebut dan beliau telah bermurah hati untuk berbuat demikian. Jadi untuk kebaikan bersama, dikongsikan disini ulasan-ulasan yang dibuat oleh beliau untuk kebaikan bersama





MEMORIES OF MY MELANCHOLY WHORES | GABRIEL GARCIA MARQUEZ


Novel ni diterjemah ke bahasa inggeris oleh Edith Grossman, penterjemah novel-novel bahasa latin yang terkenal serata dunia. Aku beli dan baca buku ni tahun 2005. Beli di Kinokuniya. Jadi kalau ada beberapa detail yang aku terlepas pandang tu, mintak maap la. Novel ni pendek je, cuma ada 5 chapter, 115 mukasurat. Penulisan mantap habis. Kalau konsentret betul-betul, 1-2 jam boleh habis baca. 

Plot novel ni simple. Ada 3 watak utama: Narrator (pencerita), ibu ayam rumah pelacuran dan seorang pelacur dan beberapa watak sampingan. Si narrator ni takda pulak bagitau nama dia siapa. Cuma dia bagitau dia ni editor akhbar El Diario Del La Paz dan menetap di Colombia. Mengikut kata narrator ni, dia tak hensem dan agak pemalu. Tinggal pun kat rumah pusaka mak bapak dia. Hidup pun solo sebatang kara. Sempena hari lahir dia ke 90 tahun yg bakal tiba, si narrator ni telah memasang satu impian yg agak revolutionary. Apa dia impian dia tu? 

Memetik kata narrator ni "the year i turned ninety, i wanted to give myself the gift of a night of wild love with an adolescent virgin". 

Peh, gila bhaiiii.. Boleh ke orang umur 90 tahun ada impian macam tu? Nak main dengan budak perempuan yg masih dara? Biar betik? Main tu dalam konteks ni maksudnya buat seks/bersetubuh/berjimak. Jangan pulak ada yg innocent sgt ingat main tu macam main masak-masak plak. Jadi untuk memenuhi impian dia, si narrator ni telah menalifon Rosa Cabarcas, ibu ayam di sebuah rumah pelacuran. Si narrator ni memang pelanggan tetap kat rumah pelacuran tu. dah jadi macam rumah kedua dia gamaknya. Narrator ni ada bagitau yg sepanjang dia hidup, dia hanya main dengan pelacur yang semuanya dia bayar sendiri. Takda yang main free. Ikut kiraan si narrator ni, masa umur dia cecah 50 tahun dia dah main dengan 514 orang pelacur. Lepas tu dia malas dah nak kira. Sebenarnya si Narrator ni pernah nak kahwin, tapi pada hari perkahwinan dia, dia cabut lari. Pasal tu la umur dah nak cecah 90 tahun pun dia tak kahwin lagi. 





Bak kata dia "whores left me no time to be married". Angkuh gila statement. 

Tapi ada sorang perempuan yang setia dengan narrator ni iaitu orang gaji dia nama Damiana. Aku skip cerita pasal Damiana ni ok sebab nak fokus kat main plot novel ni. 

Berbalik kepada cerita si narrator ni tadi, dia cakap kat Rosa Cabarcas pasal impian dia nak main sama pelacur muda yg masih dara. Gila hang mana nak cari kata Rosa Cabarcas. Rosa Cabarcas cadang ambik pelacur yg sedia ada, mantap-mantap macam Tera Patrick semua apa. Tapi si narrator ni cakap Tok Sey Kawe! Dia insist nak yang muda dan masih dara jugak. Mengada-ngada sungguh orang tua ni. Pening aku dengan hang ni aih kata Rosa Cabarcas. Memikirkan si narrator ni regular customer dia, Rosa Cabarcas try jugak la cari. Cari punya cari punya cari punya cari, akhirnya Rosa Cabarcas jumpa jugak la pelacur yang si narrator ni nak. Sapa dia? 

Nama dia Delgadina. Gadis yg masih dara berumur 14 tahun bekerja di sebuah kilang butang dan terpaksa jadi pelacur sebab kemiskinannya. Delgadina bukan la nama sebenar budak ni. Si narrator yg bagi nama ni. Ada kisah di sebalik nama dia. Boleh baca novel ni kalau nak tau. Kerja Delgadina kat kilang butang ni gila letih. Dari pagi sampai malam dia kerja. Kesian kat dia. Jadi untuk memudahkan kerja Rosa Cabarcas, pada hari si narrator ni nak datang main sama Delgadina, dia bagi budak ni ubat tido. 

Pada hari yang dijanjikan, narrator ni datang la ke rumah pelacuran Rosa Cabarcas untuk memenuhi impian dia tu. Bila sampai je narrator ni masuk la bilik dan dia nampak Delgadina tengah tido baik punya atas katil. So si narrator ni bersiap la mandi semua bagai untuk start buat projek. Tapi bila dia nak main je, tiba-tiba dia rasa lain macam. Lain macam tu bukan la sebab dia tak stim ke hapa, tapi sebab tiba-tiba dia rasa kesian pulak tengok Delgadina ni. Akhirnya dia datang dekat Delgadina, bisik kata-kata jiwang kat telinga Delgadina, cium Delgadina dan terus tido sebelah Delgadina. Bila si narrator ni bangun tido, dia tengok Delgadina tido lagi. 

Komen si narrator pasal kejadian malam sebelum tu adalah seperti berikut: "That night i discovered the improbable pleasure of contemplating the body of a sleeping woman without the urgencies of desire or the obstacle of modesty". 

Sebenarnya si narrator ni dah jatuh cinta sama Delgadina. Baru jumpa sekali dah jatuh cinta? Macam mana pulak tu? Mengikut kata si narrator, dalam 90 tahun dia hidup inilah kali pertama dia jatuh cinta kat perempuan. Walaupun sebelum tu dia dah main dengan beratus orang pelacur, dia tak pernah ada perasaan apa-apa. Jadi camna nak jatuh cinta? Tapi apahal pulak si narrator buang tebiat tiba2 nak jatuh cinta dengan Delgadina yang si narrator ni tak pernah bercakap sepatah haram pun? 

Dipendekkan cerita, setiap kali si narrator ni jumpa Delgadina, Delgadina mesti tengah tido sebab Rosa Cabarcas dah bagi ubat tido kat dia, Setiap kali datang tu jugak la narrator ni akan bawak hadiah la, lukisan la, mainkan lagu klasik untuk Delgadina la. Macam-macam la dia buat. Keadaan berubah dengan serta merta apabila satu hari ada kejadian pembunuhan berlaku kat rumah pelacuran tu. So polis pun datang la ke rumah pelacuran tu. Bila polis dah datang paham-paham je la kan, semua cabut la lari termasuk la Delgadina. Punyalah merana si narrator ni sebab tak dapat jumpa Delgadina lagi. Jadi tak tentu arah dia. Sedih jugak baca cerita dia ni. 

Akhirnya pada hari jadi dia ke 91, narrator ni tinggalkan pesan kat Rosa Cabarcas khas untuk Delgadina. Dia cakap kalau dia mati dulu dari Rosa Cabarcas, semua harta dia akan diwariskan kepada Delgadina. Bagi si narrator, inilah cara dia nak menunjukkan betapa cintanya dia kat Delgadina walaupun tak dapat main dan memiliki Delgadina. 

Seperti yg narrator ni pernah kata "i became aware the invincible power that has moved the world is unrequited, not happy, love". Peh, deep sungguh ayat si narrator ni. 

Lepas tu cerita pun abih. Wassalamu. 

Ok, kalau sekali baca mungkin ada yang cakap gila pervert novel ni. Ada ke cerita pasal orang tua gatal kemaruk nak main sama budak. Tapi bagi aku, apa yg Marquez cuba buat adalah untuk dismantle atau menghurai maksud cinta kepada maksud dan definisi yang lebih luas. Aku rasa ada sebab kenapa watak Delgadina ni diwujudkan oleh Marquez. Katakan Delgadina ni hanya pelacur biasa, mesti boring gila novel ni. Marquez jugak aku rasa cuba lari dari kisah stereotype cinta orang muda yg kita dok hadap hari2 sampai lemau kepala otak. Bosan gila kot. 

Ada beberapa persoalan yang aku reka sendiri tentang tema yg dibawa Marquez dlm novel ni yang boleh dikaji jugak sebenarnya. Pertama, patutkah kita bersimpati kat narrator ni yang dah berumur 90 tahun tapi baru menggelabah nak jatuh cinta? Kedua, adakah si narrator ni sebenarnya seorang hopeless romantic? Kalau ya, adakah cinta dia tu boleh dikira sebagai cinta yg true? Ketiga, adakah si narrator ni sepatutnya lupakan saja tentang cinta dan patut pikir pasal kubur je? Umur pun dah 90 tahun dia ni. Dan keempat, dari segi etikanya, adakah umur tu jadi kayu pengukur samada seorang manusia tu boleh jatuh cinta atau tidak?




 THE TRIAL AND DEATH OF SOCRATES: FOUR DIALOGUES | PLATO

Ok, seperti yang dinyatakan semalam, malam ni kita semua nak pegi melawat dan berkenalan dengan seorang manusia yang diberi nama Socrates. Bila bercakap tentang Socrates ni, nak tak nak kena la rujuk buku. 


Buku apa dia yang nak dirujuk tu? Buku yg dimaksudkan: The Trial and Death of Socrates: Four Dialogues. Mungkin ramai yg familiar dgn Socrates, mungkin juga tak. Socrates ni bukanlah lagenda bola sepak brazil tapi filsuf ulung di Athens dulu. Secara spesifiknya, kita sama-sama cuba bedah salah satu dari 4 dialog didalam buku tadi iaitu dialog yg dikenali sebagai Apology. Apa bendanya dialog yg dipanggil Apology ni? 


Apology dalam konteks ni bukanlah bermaksud nak mintak maaf ke hapa, jauh sekali macam lagu Nirvana bertajuk All Apologies tu. Apology ni adalah dialog/syarahan Socrates ketika membela diri masa dia kena tuduh kat mahkamah Athens dulu. Dialog Socrates dalam Apology ni dicatat oleh anak murid dia bernama Plato. Orang cakap Plato reka je benda ni. Entah la aku pun tak tau. 


Kisahnya bermula pada musim bunga tahun 399 sebelum masihi dimana Socrates telah dihadapkan ke mahkamah Athens oleh Meletus and the gang. Perbicaraan terhadap socrates dijalankan secara terbuka dihadapan ribuan penduduk Athens dan dihakimi oleh 500 orang hakim yang bersidang. Masa tu tak wujud peguam macam Karpal Singh kat Athens, jadi setiap penuduh dan tertuduh akan mewakili diri masing-masing kat mahkamah. Socrates ketika tu berumur 70 tahun. Sebenarnya, sebelum dihadapkan ke mahkamah, geng2 Socrates ada ajak dia cabut tapi Socrates tak mau. 


Ok, Apology Socrates bermula dengan Socrates mengulang pertuduhan yang dikenakan terhadap dia. Pertuduhan tersebut berbunyi:"Socrates is an evil doer, and a curious person, who searches into things under the earth and heaven, and he make the worse appear the better cause and he teaches the aforesaid doctrines to others". 


Dalam maksud lain, Socrates telah dituduh merosakkan pemikiran anak muda negeri Athens dan menolak kewujudan tuhan rasmi negeri tersebut. Sebelum Socrates mulakan ucapan pembelaan dia, Socrates kata "let the event be as god wills, in obedience to the law i make my defence".


Socrates kata mungkin penduduk Athens tertanya kenapa pertuduhan tadi dikenakan terhadap dia. Mesti la ada benda yang dah dia buat kan. Maka Socrates pun menjawab, semuanya bermula sebab dia tak mahu percaya dia orang paling terer kat negeri Athens.


Socrates cerita yang member kamceng dia nama Chaerephon yang baru balik dari lembah suci Delphi ada tanya satu soalan pada si Oracle. Oracle ni aku tak tau la nak explain mcm mana. Mcm Oracle dalam filem Matrix la kot aku rasa. Nak tau pegi la tengok trilogi filem Matrix. Chaerephon ni tanya kat si Oracle ada tak manusia yang lagi terer dari Socrates dan Oracle cakap Socrates la paling terer antara semua. Chaerephon bagitau la benda ni kat Socrates. Socrates tak sure nak percaya ke tak. Dia terpikir jugak takkan la si Oracle nak menipu pulak. Dalam masa yang sama Socrates pun tak percaya dia manusia yang paling terer. Maka Socrates mulakan misi dia merayau kat kota Athens. Tujuan utama Socrates adalah untuk berjumpa orang-orang yg dia rasa terer dan nak tengok betul ka dia lagi terer dari diaorang semua ni. 


Orang pertama yang Socrates jumpa adalah seorang ahli politik yang memang dihormati dan terkenal dengan kebijaksanaannya. Terer habih la.Kata Socrates, lepas dia borak dgn ahli politik ni, dia buat kesimpulan ahli politik ni bukanlah terer seperti yang disangka. Eksyen lebih. Sebab apa Socrates kata macam tu? Kata Socrates "i am better off than he is, for he knows nothing, and thinks he knows, i neither know nor think i know. In latter particular, then, i seem to have slightly advantage over him". Menurut Socrates lagi, dia ada bagitau direct kat ahli politik ni bahawa ahli politik ni tak la terer seperti yang dia sangka. Bila Socrates cakap macam tu, ahli politik tu bengang la. Apa lagi, konfem la Socrates kena blacklist dengan ahli politik ni. Lepas tu Socrates jumpa lagi seorang ahli politik. Tapi rupanya ahli politik ni pun sama dua kali lima macam yg sebelum tu. habuk pun tarak. 


Socrates seterusnya berjumpa pulak dengan para penyajak kat Athens dan mintak diaorang explain maksud sajak-sajak terhebat diaorang. Malangnya takda sapa mampu explain. Hang kata hang tera, tapi apahal sajak sendiri pun tak buleh nak explain? Apa dia hang ni kata Socrates. Socrates pun kata "that showed me in an instant that not by wisdom do poets write poety, but by sort of a genius inspiration; they are like diviners and soothsayers who also say many fine things, but do not understand the meaning of them". Peh, deep sungguh. 


Socrates kemudian berjumpa pulak dengan para artisan. Artisan ni aku rasa maksud dia mungkin macam tukang kayu la kot lebih kurang. Socrates kata para artisan ni memang hebat habis la dalam kerja diaorang. Takda sapa buleh celen bhai. Tapi seperti penyajak tadi, hanya sebab diaorang mahir dalam kerja diaorang, tak bermakna diaorang tahu segala-galanya kata Socrates. Socrates kemudian tanya pada diri dia "wheter i like to be as i was, neither having their knowledge nor their ignorance, or like them both". Lepas dipikir-pikir, Socrates cakap baik dia jadi diri dia sendiri. Tak terer takpa, tapi jangan jadi bebal macam tu la lebih kurang. 


Perbualan Socrates dengan diaorang ni semua boleh la dikatakan menyimpul kata-kata Socrates yang paling femes dalam dialog Apology ni: Kata Socrates "i am the wisest man alive, for i know one thing, and that is i know nothing". 


Lepas tu ingatkan Socrates ni abih dah membebel, tapi rupanya dia still tak puas hati lagi. Sekali lagi dia attack si Meletus. Masa dia attack Meletus ni macam-macam la cerita keluar. Pasal kuda la, perang la, macam-macam la. Aku yg baca dialog ni pun malas nak layan. Tapi ada cerita best masa Socrates tgh attack Meletus ni dan cerita dia ni mungkin jadi basis pada apa yg dikenali sebagai Socratic Justice. Tapi panjang sangat nak tweet cerita Socrates ni sebab kalau nak cakap pasal Socratic Justice, aku kena pulak cerita pasal Platonic Justice. Lepas tu kena pulak explain lagi pasal Rule of Law apekejadah semua. Tak larat nak cerita. Nanti korang pening. Korang baca sendiri la ok. 


Berbalik kepada Meletus ni tadi, attack punya attack, Socrates akhirnya berjaya menyingkap segala keburukan sebenar Meletus and the gang ni. Socrates cakap sebenarnya Meletus dan geng-geng dia semua sebenarnya adalah proxy kepada ahli politik, penyajak dan artisan tadi. Terbuktilah bahawa sbb apa Socrates dihadapkan dan dituduh di mahkamah adalah sbb geng-geng ni tadi nak balas dendam kat dia. Jahak sek-sek ni. Socrates juga berjaya tunjuk betapa pertuduhan yang dikenakan terhadap dia oleh Meletus and the gang ni memang tak masuk dek akal langsung. 


Socrates sebenarnya tau dah kalau dia mengiyakan saja pertuduhan yang dikenakan kat dia, konfem dia lepas dan tak akan kena hukuman mati. Tapi kematian bukanlah sesuatu yang menakutkan Socrates. Apahal lak Socrates kata macam tu? Putus cinta ka hapa? Kata Socrates, kita tak patut takut pada mati. Yg sepatutnya, kita takut kalau tak mampu nak berlaku benar dan adil. Socrates cakap: "There you are mistaken; a man is good for anything ought not calculate the chance of living or dying, he ought only to consider whether in doing anything he is doing right or wrong - acting the part of a good man or of a bad". 


Socrates sempat jugak sound penduduk Athens. Dah alang-alang semua ada kat situ. Memang nak kena tiau la semua. Socrates kata: "Oh my friend, why do you, who are citizen of the great and mighty and wise city of Athens care so much about laying up the greatest amount of money and honor and reputation and so little about wisdom and truth and the greatest improvement of the soul which you never regard or heed at all". Hang tak malu ka wahai penduduk Athens, asyik dok fikir pasal pangkat dan harta ja kata Socrates. Direct je Socrates sound penduduk Athens. Aku ni nak bagi pencerahan kat hangpa semua, tapi hangpa cakap aku ni nak menyesatkan hangpa semua pulak. Apakejadah semua ni kata Socrates. 


Dipendekkan cerita, selepas perbicaraan tamat, undian pun dibuat dan Socrates didapati bersalah dgn undi simple majority 280 berbalas 220. Mengikut tradisi mahkamah Athens masa tu, tertuduh boleh mencadangkan apa jenis hukuman yang bakal mereka terima. Konon2 adil la tu. Podahh. Socrates tau dah dia akan kena hukuman mati. Mula-mula Socrates cakap sepatutnya dia tak patut kena hukum sebab dia tak buat salah apa pun. Sebaliknya dia patut diberi ganjaran iaitu dibelanja makan kat Prytereum. Prytereum ni tempat atlit-atilit yg menang sukan olimpik dijamu makan. Dibelanja makan? Sempat gak melawak Socrates ni. Tapi lepas tu Socrates cakap kalau tak boleh, hangpa semua kasi denda kat aku cukup la. Jadi undian dibuat sekali lagi untuk decide jenis hukuman dan seperti dijangka, Socrates dihukum mati dengan undi sebanyak 360 berbalas 140. 


Hukuman mati ni adalah dengan cara Socrates meminum sejenis racun yang dipanggil Hemlock. Hemlock ni dibuat dari sejenis pokok tak silap aku. Macam aku tweet sebelum tadi, Socrates ni tak takut pun nak mati sebab mati tu konfem dia cakap. Dia pun dah tua. Socrates bagitau: "I cared not a straw of death, and that my only fear was the fear of doing an unrighteous and unholy thing". Socrates jugak cakap "the difficulty, my friends, is not avoiding death, but in avoiding unrighteousness, for that runs faster than death". Dan mengikut dialog Apology ni, sebelum Socrates minum racun hemlock tersebut, Socrates sempat jugak bagi kata-kata terakhir dia. Dia kata:"The hour of departure has arrived, and we go our ways - i to die, and you to live. Which is better God only knows". Lepas tu Socrates pun minum la Hemlock tersebut dan menjadi arwah la dia akhirnya. Rest in peace Socrates. 


Ok, walaupun reviu tadi panjang gila tapi sebenarnya tu basic je kepada isi kandungan Apology si Socrates ni. Ianya hanya intro atau general understanding utk Apology ni. So kalau tergerak nak baca, sekurangnya ada idea Apology ni menatang apa. Jadi, untuk menghilangkan rasa mengantuk, moh ler kita fikir bersama beberapa persoalan daripada Apology si Socrates ni. 


Pertama, kenapa Socrates kata orang terer ni adalah orang yang tau dia tak terer? Kedua, kenapa Socrates tak lari bila geng dia offer untuk bawak dia lari? Kalau diperati betul2, ironi dalam Apology ni adalah Socrates masih taat kepada undang-undang walaupun dia kata undang-undang tu tak betul. Ketiga, apakah yang patut kita buat dengan sistem atau undang-undang yg tidak adil mcm Socrates kena? Dan soalan terakhir utk menyimpulkan semua soalan; apakah konsep keadilan (bukan parti keadilan) yg sebenar-benarnya?






 LETTERS TO A YOUNG POET | RAINER MARIA RILKE

Buku yang dipilih adalah buku Rainer Maria Rilke bertajuk Letters to A Young Poet. Aku hanya refer versi ebook sebab siang tadi aku dok geledah rak buku aku, lepas tu baru teringat buku ni ada orang pinjam tak pulang. Ceh. 


Rainer Maria Rilke ni memang lejen dlm bidang penulisan puisi. Banyak puisi dia yg femes dan jadi rujukan. Boleh google utk maklumat lanjut. Aku rasa releven cakap pasal Letters to A Young Poet ni sebab aku rasa ramai orang muda remaja kat sini. Banyak manfaatnya. Kisah benar ni. 


Ok, walaupun Rilke famous dlm bidang penulisan puisi, Letters to A Young Poet ni bukanlah buku puisi sebenarnya. Jangan tertipu. Sebaliknya Letters to A Young Poet ni adalah koleksi surat/koresponden Rilke dengan seorang anak muda berusia 19 tahun bernama Franz Kappus. Ada 10 surat semuanya tapi semua surat dalam buku ni dari Rilke. Jadi memang tak tau la sebenarnya apa Kappus ni tulis kat Rilke. Budak Franz Kappus ni masa tu tengah training dalam Vienna Military Academy dan pada masa yg sama dia minat nak jadi penyajak mcm Rilke. Jadi dia hantar la surat-surat kat Rilke mintak nasihat semua bagai. Rilke ni dulu pun pernah training jugak kat Vienna Military Academy ni. 


Surat pertama Kappus yang Rilke balas adalah bertarikh 17 februari 1903. Masa ni Rilke tengah lepak kat Paris ala-ala bohemian gitu. Dalam surat ni Rilke cakap si Kappus ni ada hantar puisi-puisi dia mintak Rilke bagi komen apa yang patut. Apa yang Rilke jawab? Rilke kata kat Kappus yang Kappus tak payah la mintak dia komen puisi-puisi Kappus sebab takda sapa pun boleh kritik puisi Kappus tu. Rilke kata, Kappus kena tanya satu benda kat diri dia iaitu adakah Kappus akan mati kalau ada orang halang dia daripada menulis puisi? Lepas tu Rilke cakap, Kappus kena tanya jugak kat diri dia kenapa dia nak menulis puisi? Sebab awek ka atau sebab saja-saja nak poyo. Rilke juga pesan kat Kappus untuk elakkan tulis puisi-puisi cinta sebab puisi cinta paling susah nak tulis. Takut puisi tu nanti jadi bosan. Rilke kata apa yang patut Kappus tulis adalah pasal hidup dia, orang sekeliling dia dan apa jugak yang dia rasa. Tu yang paling bagus sekali. 


Ok, Surat kedua pulak ditulis Rilke masa dia kat Viareggio, Itali bertarikh 05 april 1903. Viareggio ni letaknya tepi pantai. Surat kedua ni aku tak tau camna nak explain tapi apa yg Rilke bagitau kat Kappus, jangan biarkan ironi kawal hidup dia. Rilke jugak ada bagitau Kappus; buku yang ada dengan dia sepanjang masa adalah kitab injil dan juga buku puisi Jens Peter Jacobsen. 


Surat ketiga pulak ditulis pada 23 april 1903 masa Rilke masih kat Viareggio, Itali. Dalam surat ni Rilke tak cerita banyak benda pun. Cuma Rilke rekemen kat Kappus suruh baca buku-buku tulisan Jens Peter Jacobsen. Rilke ada bagitau kenapa kena baca buku-buku Jacobsen ni. 


Surat keempat pulak Rilke tulis masa dia kat Worpswede, Bremen bertarikh 16 julai 1903. Dlm surat ni Rilke banyak cerita jiwang-jiwang je. Tapi ada nasihat yang Rilke bagi kat Kappus yang aku rasa agak berguna terutama kepada orang-orang muda yang baru nak belajar tentang hidup. Kata Rilke, orang muda ni kena byk bersabar. Jangan ikut darah muda sgt. Masa muda ni mmg byk persoalan yg mmg tak mampu dihadam kepala otak. Tapi takpa kata Rilke. Orang muda kena teruskan hidup. Pasti satu hari nanti hidup akan memberi jawapan kepada persoalan yg tak terhadam tu. Rilke ada jugak bagi nasihat pasal seks tapi korang baca sendiri la dia bagi nasihat apa kat Kappus pasal benda ni ok. 


Surat kelima ditulis Rilke masa dia kat Rome bertarikh 29 oktober 1903. Bosan je surat ni sebab Rilke cuma cerita pasal dia baru sampai Rome. 


Surat keenam pulak ditulis Rilke masa dia masih kat Rome lagi bertarikh 23 disember 1903. Dekat nak krismas dah ni. Rilke cakap kat Kappus dia tulis surat ni sebab dia taknak Rilke rasa sunyi time nak krismas ni. Baik hati jugak Rilke ni sebenarnya. Ada satu benda yang Rilke tulis kat Kappus yang aku agak suka sebenarnya iaitu bila Rilke cakap pasal Tuhan. Rilke kata Kappus ada bagitau yang dia rasa seolah-olah dia dah "kehilangan" tuhan dan tuhan telah tinggalkan dia. Rilke kata kat Kappus, bila kau rasa kau kehilangan tuhan, kau kena pikir balik samada kau sebenarnya pernah "memiliki" tuhan? Rilke cakap kat Kappus "why don't you think of him as the one who is coming, who has been approaching from all eternity, the one who will someday arrive, the ultimate fruit of a tree whose leaves we are?". 


Ok, surat ketujuh pulak Rilke tulis masa dia kat Rome jugak bertarikh 14 mei 1904. Nak dekat musim panas dah ni aku rasa. Ha, dalam surat ni Rilke ada bagi kat Kappus kata-kata hikmah pasal cinta. Rilke kata cinta memang membingungkan tapi itu lah yang bagusnya. Rilke kata orang muda kena belajar tentang cinta dan bagaimana mencintai dengan seluruh hidupnya sepertimana kata Rilke: "With their whole being, with all their forces, gathered around their solitary, anxious, upward-beating heart, they must learn to love". Tapi bila tiba bab cinta ni, Rilke kata orang muda kena bawak bersabar sikit la. Belajar slow-slow. Jangan ikut sukahati abah kau yo. Rilke kata cinta tu bukan setakat "simply surrending themselves and giving up their solitude". Rilke kata semua tu tipu. Apahal lak Rilke kata macam tu? Korang kena la baca surat ni kalau nak tau jawapannya. 


Surat kelapan pulak ditulis Rilke masa dia kat Sweden bertarikh 12 ogos 1904. Surat ni nohorom panjang nak mampus, tapi secara ringkasnya Rilke bagitau si Kappus ni selalu sangat rasa sedih, sunyi dan keseorangan. Rilke kata dia tak tau macam mana nak hilangkan kesedihan dan kesunyian Kappus sebab mmg susah nak paham kesedihan dan kesunyian orang lain. Cuma Rilke kata Kappus kena ingat bahawa manusia ni samada dia sedar atau tak memang hakikatnya sentiasa kesunyian. Tapi takpa kata Rilke. Rilke kata "we are solitary. We can delude ourselves about this and act as if it were not true...but how much better it is to recognize that we are alone". 


Surat seterusnya iaitu surat kesembilan pun Rilke tulis masa dia kat Sweden bertarikh 4 november 1904. Dalam surat ni Rilke bagitau yang Kappus ni selalu sangat stress. Banyak betul la masalah jiwa budak Kappus ni. Rilke kata stress tu benda biasa. Stress tu cuma perasaan yang "impure which grasps just one side of your being and thus distorts you". Rilke jugak bagitau yang Kappus ni selalu ragu-ragu tentang diri dan kebolehan dia. Dalam hal ni Rilke bagitau kat Kappus: "And your doubt can become a good quality if you train it. It must become knowing, it must become criticism". Dalam erti kata lain, Rilke kata bila timbul perasaan ragu-ragu, Kappus kena tentang dan lawan perasaan tu dengan sungguh-sungguh. Kalau Kappus terus celen rasa ragu-ragu tu satu hari nanti ia akan jadi "the most intelligent of all the ones that are building your life". 


Surat kesepuluh iaitu surat terakhir dalam Letters To A Young Poet ni ditulis Rilke masa dia kat Paris sehari lepas krismas tahun 1908. Dalam surat ni Rilke ada kata yang Kappus ni dah ok. Takde nak sedih dan stress mcm dulu lagi dah. Rilke saja nak up diri dia sendiri la tu. Dalam surat ni Rilke ada jugak bagitau apa kaitan seni dan kehidupan. Macam biasa boleh baca surat ni kalau nak tau apa Rilke tulis. Lepas tu habis habis la buku Letters To A Young Poet ni. Wassalamu.


ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: ULASAN BUKU MINGGU #10
ULASAN BUKU MINGGU #10
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsSIu8CsaxiwMeIqOJZH-Kly3lwBk0OsKdHWdcxemZDOlTOLitc9o83H7EWXTGmziMxrZa09Pgu9lZo_k0lm0mgZzhEAshvzJidHXpq8LJgpJsFaS_Z1CFIZ1Ddh2NthExgFsL-SX6_VM/s640/book-review-1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsSIu8CsaxiwMeIqOJZH-Kly3lwBk0OsKdHWdcxemZDOlTOLitc9o83H7EWXTGmziMxrZa09Pgu9lZo_k0lm0mgZzhEAshvzJidHXpq8LJgpJsFaS_Z1CFIZ1Ddh2NthExgFsL-SX6_VM/s72-c/book-review-1.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2013/06/reviu-buku-minggu-10.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2013/06/reviu-buku-minggu-10.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin