Sepanjang saudara @ZeryHamzah menjalankan tugas sebagai kurator @twt_buku minggu ke #15, beliau telah menjalankan temuramah twitter bersama @LegasiOakheart ; sebuah syarikat penerbitan buku yang hadir memeriahkan suasana dicelah-celah puluhan syarikat penerbitan buku lain di Malaysia yang tumbuh subur seperti cendawan selepas hujan.
Berikut adalah temuramah yang dijalankan oleh saudara @ZeryHamzah bersama @LegasiOakheart untuk dikongsi buat rujukan bersama (temuramah disalin secara verbatim daripada susur masa @twt_buku):
@twt_buku: Jadi, @LegasiOakheart pada jenamanya sangat unik. Ada sebarang maksud tertentu di sebalik 'legasi' dan 'oakheart'?
@LegasiOakheart: Pemilihan kata 'legasi' membawa maksud warisan untuk generasi akan datang melalui hasil karya yang diterbitkan. ‘Oakheart' pula adalah gabungan pokok oak dan 'heart'. Pokok oak memiliki struktur kayu yang kuat. 'Heart' tentulah hati. Maka, Legasi Oakheart merupakan wawasan kami untuk mewariskan jiwa yang utuh dan jati diri yang kuat kepada generasi akan datang.
@twt_buku: Satu pemilihan jenama yang utuh ya. @LegasiOakheart didokongi oleh orang muda, dan sasaran pembacanya, orang muda juga?
@LegasiOakheart: Terima kasih. Kami tidak mengehadkan sasaran pembaca. Sesiapa sahaja boleh menikmati hasil karya kami.
@twt_buku: Sehingga hari ini ada empat judul terbitan @LegasiOakheart kan? Macam mana pemilihan kandungan buku dibuat? Ada tema khusus?
@LegasiOakheart: Ya,setahun ini 4 judul:Antologi Puisi ELEGAN,Antologi Cerpen CANTUMAN MIMPI,Antologi Puisi RETROSPEKSI,Antologi Puisi Anti-Realiti. Pemilihan kandungan melalui bengkel penulisan yang kami anjurkan. Peserta perlu menghasilkan karya terlebih dahulu sebelum bengkel. Kami tidak mengikat penulis dengan sebarang tema. Walau bagaimanapun, panel penilai akan menapis karya-karya tersebut.
@twt_buku: Dari situ, @LegasiOakheart dapat tapis karya berkualiti. Seberapa kerap bengkel penulisan diadakan dan terbuka untuk siapa?
@LegasiOakheart: Ada beberapa kategori bengkel. 1) Bengkel untuk penerbitan. 2) Bengkel jemputan. 3) Bengkel terbuka. 1) Bengkel untuk penerbitan adalah bengkel khas untuk projek penerbitan karya dalam bentuk buku. 2) Bengkel jemputan bermaksud kami dijemput oleh mana-mana pihak untuk memberikan bengkel penulisan. 3) Bengkel terbuka diadakan hampir setiap bulan kepada mana-mana penulis dan calon penulis yang berminat untuk berbengkel.
@twt_buku: Setuju kalau saya katakan @LegasiOakheart merupakan penerbitan alternatif/ indie? Jika ya, mengapa dan jika tidak mengapa jugalah.
@LegasiOakheart: Kebanyakan projek bergantung kepada usaha Legasi Oakheart sendiri. Independent atau berdikarilah kiranya. Namun, ada juga projek yang dijalankan secara kerjasama dengan pihak-pihak tertentu. =)
@twt_buku: Buku @LegasiOakheart guna bahasa Melayu yang betul, tak ada 'bahasa rojak', kan? Boleh tarik minat pembaca muda untuk beli dan baca?
@LegasiOakheart: Betul.Jika karya tersebut dalam bahasa Melayu,maka bahasa Melayu sepenuhnya.Begitu juga sebaliknya, walaupun dalam satu buku.
@twt_buku: Payah nak jumpa penerbit indie ambil berat perihal bahasa. @LegasiOakheart, apa perancangan masa depan? 5 tahun lagi mungkin?
@LegasiOakheart: Tentang bahasa,setiap orang ada citarasa tersendiri dalam pemilihan bahan bacaan. Kami menawarkan satu bahagian dalam citarasa itu. Kami percaya bahawa penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya itu adalah satu legasi yang patut diperjuangkan demi generasi masa depan. Perancangan sentiasa ada dan berterusan, insya-Allah. Produktiviti dan kualiti dititikberatkan dalam setiap perancangan tersebut. 5 tahun lagi? Kami akan terus berjuang dengan jiwa dan harapnya lebih baik daripada pencapaian sedia ada. Insya-Allah. Dunia penerbitan buku memerlukan keseriusan dalam mengusahakannya. Ini bermakna, kerja ini bukanlah kerja main-main.
@twt_buku: Ada yang minta saya tanyakan, susah ke nak jadi penerbit buku? Apa yang perlu dan apa yang tak perlu ya @LegasiOakheart ?
@LegasiOakheart: Susahnya tentu sekali ketika waktu penelitian kualiti sesebuah bahan dan menyebar-luaskan produk.
@twt_buku: Soalan kedua terakhir, apa harapan @LegasiOakheart untuk pembaca cerap daripada naskhah-naskhah terbitan anda?
@LegasiOakheart: Setiap penulisan akan disoal oleh-Nya suatu hari nanti.Maka,daripada karya-karya itu,kami harap manfaatnya sampai kepada pembaca. Kerana kita adalah apa yang kita baca. =) Dan penulis adalah apa yang dia tulis.
@twt_buku: Tanggungjawab penerbit dan penulis bergerak hampir seiring kan @LegasiOakheart?
@LegasiOakheart: Betul.Memang perlu seiring.Sebagai contoh, seorang penulis harus bertanggungjawab terlebih dahulu terhadap karyanya sebelum editor Maksudnya,penulis harus semak karyanya terlebih dahulu dan bukan menyerahkan manuskrip bulat-bulat kepada editor. Selain daripada itu,penerbit dan penulis juga harus sama-sama turun padang mempromosikan buku-buku mereka.
@twt_buku: Okay soalan sebelum tidur, di mana boleh dapatkan naskhah-naskhah terbitan @LegasiOakheart ? Dengarnya ada kedai buku =p
@LegasiOakheart: Naskhah-naskhah yang dijual boleh didapati di laman Legasi Buku iaitu kedai buku maya Legasi Oakheart di http://legasibuku.blogspot.com
......
Sepanjang sesi temuramah, @LegasiOakheart juga ada menjawab beberapa pertanyaan daripada pengikut-pengikut @twt_buku yang boleh dirujuk pada susur masa @twt_buku . Pihak @twt_buku mengucapkan ribuan terima kasih kepada @LegasiOakheart kerana kesudian untuk ditemuramah. Pihak @twt_buku mendoakan semoga @LegasiOakheart terus sukses dalam menerbitkan buku di masa hadapan.