Sepanjang saudara @ZeryHamzah menjalankan tugas sebagai kurator @twt_buku minggu ke #15, beliau turut berkesempatan menjalankan temuramah twitter bersama saudara @amirmu; seorang penulis dan pembikin/penerbit filem yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Filem-filem arahan beliau dan juga buku-buku tulisan beliau sentiasa mendapat tempat di hati penonton filem dan pembaca buku di Malaysia.
Berikut adalah temuramah yang dijalankan oleh saudara @ZeryHamzah bersama @amirmu untuk dikongsi buat rujukan bersama (temuramah disalin secara verbatim daripada susur masa @twt_buku):
@amirmu: Saya post je. Rasanya ditulis tangan (belum ada komputer). Tak pakai orang dalam. Alamat ke 'The Editor' gitu.
@twt_buku: Was it a one-time punya writing ke terus jadi columnist or macam mana?
@amirmu: Mula2 book reviews. Kemudian jadi youth columnist;editornya Auntie @roseismail. Bila buat movie reviews kasi ke Auntie @fatibee. Stint paling panjang jadi kolumnis ruangan Sastera; editornya Uncle @ktchye. Masatu Salleh ben Joned pun tulis utk NST.
@twt_buku: Apa atau siapa yang menjadi pencetus untuk menjadi penulis? Lebih gemar/selesa menulis dalam BM atau English?
@amirmu: Pencetusnya ialah saya suka baca. Masa kat sekolah sy bukan ahli band, sukan etc. So sy pun menulis utk rasa special. Gitu. Lebih gemar & senang tulis English. Sbb bahasa pertama saya. Bak kata Rushdie:"Sometimes u dont choose a language, it chooses u."
@twt_buku: Ada idola dalam bidang penulisan/penerbitan? Jika ada, siapa dan mengapa?
@amirmu: Saya masih ingat sy interbiu lelaki yg menjadi novelis feveret saya (masatu). Umur saya 21 kot. Namanya Martin Amis. Sy tanya dia: "Who do u write for?" Jawapannya: "A younger version of myself." Jawapan paling jujur sy pernah dengar ttg hal ni. Tapi di kalangan penulis lokal, berkenalan dgn Salleh Ben Joned sgt istimewa. Pandangan dunianya luas & (ini rare) dia ada humor.
@twt_buku: Dah berumah tangga? (Jangan salah tafsir niat). Ramai yang belum tahu. Kalau ada, adakah anak-anak mengikut jejak langkah?
@amirmu: Setiap buku yg saya tulis ialah anak saya. Kahkah.
@twt_buku: It takes someone to be given the trust to write, right? Hari ni, semua orang boleh claim jadi writer, through blog writing saja.
@amirmu: Utk zaman sekarang rasanya lebih banyak penulis Internet yg lagi bagus drp mana2 akhbar cetak kita.
@twt_buku: Sebab akhbar cetak ada 'garis panduan ideologi' untuk menulis?
@amirmu:
@twt_buku: Kenapa Buku Fixi? Sedangkan ada Matahari Books? Apa beza konsep/misi kedua-dua penerbitan ini?
@amirmu: Matahari Books utk non-fiction. Dan akaun dia bersepah! X pernah bukak akaun bank pun. So sy pun buat Fixi dgn lebih sistematik.
@twt_buku: Rasanya bro @amirmu tak ada menyumbang hasil tulisan untuk Fixi, betulkan? Kerana beri peluang penulis-penulis (muda) kah?
@amirmu: Sy x reti tulis novel. Sy akan stick dgn non-fiction & certot. Siapa ntah yg kata, utk jadi novelis kena ada personaliti bovine (mcm lembu). Kena kunyah byk kali pengalamannya sblum dikeluarkan
@twt_buku: How do you cope with being labeled as 'controversial?' Apa perasaan masa filem di-ban di negara sendiri?
@amirmu: Terlalu senang jadi kontroversi di malaysia. Nasib baik video seks saya belum didedahkan.Dulu biskut pun pernah jadi kontroversi. Ada org buat laporan polis sbb kata corak biskut tu mcm salib. Jadi utk penulis apa lagi.
@twt_buku: Ada cadangan untuk menerbitkan buku untuk pasaran antarabangsa? Ke dah ada dan kami (baca: saya) je yang belum tahu?
@amirmu: Sebuah buku Fixi akan keluar di Perancis hujung tahun ni, Dieu willing. Sy juga makin rajin pergi bookfairs antarabangsa.
@twt_buku: Apa pandangan bro @amirmu tentang penulis-penulis (mungkin muda) yang tidak mementingkan gaya bahasa, ejaan & tatabahasa yang betul?
@amirmu: Kekadang tatabahasa yg x betul ada nilai puitis. Contohnya Cormac McCarthy yg sampai skrg tak reti guna apostrophe. Bab terakhir Ulysses yg langgar semua hukum tandabaca tu lebih bagus drp semua buku terbitan @DBPMalaysia dulu kini selamanya.
@twt_buku: Kalau @amirmu jadi Ketua Pengarah @DBPMalaysia, apakah perubahan yang ingin dibawa? Kalau la...
@amirmu: Rasanya takleh buat apa dah. Terlalu kronik. Harus dipunahkan supaya sesuatu boleh bangkit ala phoenix. Sebenarnya DBP khususnya majalahnya zaman 70an sgt dinamik. Siap ada terjemahan Mishima, etc. Apa jadi lepas tu? Salah Anwar kot. 2 novel 'lokal' sgt penting: MALAYAN TRILOGY Burgess & SOUL OF MALAYA Fauconnier. Terkilan blum ada terjemahan BM setelah berabad.
@twt_buku: Kenapa @amirmu taknak terjemahkan dua karya tersebut?
@amirmu: mungkin....saya pernah emel ejen Burgess tahun lepas pasal ni. Mereka setuju dgn syarat tiada satu ayat pun dipotong. Jadi perlu cari penterjemah yg bagus & faham konteks.
@twt_buku: Jadi, apakah solusinya? Adakah perlu ditubuhkan badan baru?
@amirmu: Solusinya bukan pada 'badan' tapi 'sikap'. Contohnya @selutbooks berjaya popularkan puisi tanpa apa2 dana.
@twt_buku: Ini soalan mainstream, apakah karya-karya penulisan/filem yang bakal keluar nanti?
@amirmu: Saya akhirnya akan keluarkan buku sy yg ke-4 SEJARAH MELAYU RELOADED ujung tahun ni. Start tulis 3 tahun lepas! Utk filem, tiada rancangan utk filem menstrim. Buat yg kecil2 yg x perlu hantar ke LPF.
@twt_buku: OMG! A must-have!!! SEJARAH MELAYU RELOADED Nak beri sedikit teaser tak?
@amirmu: 1st draft bab-bab awal SEJARAH MELAYU RELOADED boleh dibaca di: http://www.mataharibooks.com/sejarahmelayu/
@twt_buku: Sementara itu, bro @amirmu ada apa-apa nasihat untuk penulis-penulis yang baru nak 'berkaki'?
@amirmu: Masa saya muda sy tak suka dgr nasihat. Jadi a 'younger version of myself' pun gitu kot. Cuma 1: "make interesting mistakes."
@twt_buku: Apa pula kesnya kalau suatu karya dikritik keras umum tetapi penulis masih defend karya sendiri dengan alasan 'seni itu subjektif'?
@amirmu: Itu sebahagian drp rencah kehidupan. Manatau, lepas dia mati dia akan disanjung. Mcm Bolano.
@twt_buku: Adakah tugas penulis mem-brain-wash para pembaca dengan ideologi sendiri atau sekadar berkongsi pandangan?
@amirmu: Bak kata Razak Mohaideen, "Seni itu subjektif." Satu buku boleh ada reaksi ekstrim oleh pembaca lain.novelis2 sy paling suka: Flaubert, Nabokov, Henry James, Paul Bowles, James Baldwin. Mungkin hanya Baldwin terkenal dgn 'ideologi'. Oh lupa sorang lagi: Jim Thompson. Lagilah xde 'ideologi' (tapi ada worldview). Kulit2 buku Jim Thompson jadi inspirasi utk Fixi.
@twt_buku: Sebelum @amirmu berehat untuk sesi qiamullail nanti, ada apa-apa kata-kata untuk para pengikut akaun ini?
@amirmu: Saya akan quote salah satu novel feveret saya. Ia bukan femes. Penulisnya pun lebih femes utk skrip (MARATHON MAN, BUTCH CASSIDY). Bukunya THE COLOR OF LIGHT oleh William Goldman. Ia tentang seorang penulis yg melalui pelbagai cabaran. Pada akhir,setelah macam2 berlaku,naratornya sedar: "All life is material. U just have to live long enough to know how to use it."
@twt_buku: Ouch. So @amirmu terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami di twt buku.
@amirmu: Terima kasih! Sekarang nak pergi bincang novel yg sedang ditulis oleh @mimjamil.
......
Sepanjang sesi temuramah, saudara @amirmu juga ada menjawab beberapa pertanyaan daripada pengikut-pengikut @twt_buku yang boleh dirujuk pada susur masa @twt_buku . Pihak @twt_buku sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana kesudian beliau untuk ditemuramah. Pihak @twt_buku mendoakan semoga beliau terus sukses dalam karier dan hidup beliau.