CATATAN LAMA: ULASAN BUKU "NO EXIT"


Berikut adalah ulasan buku yang dikendalikan oleh pengendali @twt_buku untuk rujukan dan manfaat bersama.


No Exit | Jean Paul Sartre


Satira "No Exit" tulisan Jean Paul Sartre yang begitu terkenal ini boleh dikira sebagai versi mudah kepada magnum opus Sartre tentang  existentialism* iaitu Being & Nothingness.

Untuk menangkap maksud existentialism bukan satu perkara yang mudah. Jadi kita cuba memahaminya setakat mana yang kita mampu. Kali ini, kita semua akan cuba menjadi Sartre. Tak selalu kita dapat peluang untuk menjadi ahli falsafah bukan? Jadi ini masanya. Tujuan saya membedah satira adalah untuk membawa imaginasi anda keluar daripada kebiasaan dan limitasi berfikir anda. Kalau di barat, diskusi tentang existentialism ini boleh dikira sudah basi, tapi tak mengapalah.


Terdapat tiga watak utama dalam satira ini iaitu Garcin, Inez dan Estelle dan mereka semua telah dihantar ke neraka. Neraka dalam satira ini bukanlah neraka yang biasa kita bayangkan; neraka yang panas berapi dijaga oleh algojo berwajah bengis. Sebaliknya neraka didalam ini hanyalah sebuah bilik kosong yang hanya mempunyai sofa tanpa sebarang tingkap dan cermin. Mereka juga tidak akan dapat merasai nikmat tidur kerana kelopak mata mereka sudah tiada.


Pada permulaan satira, tidak diketahui siapakah mereka ini dan bagaimana mereka mati. Apabila satira ini mula mengambil bentuknya, kita mengetahui kisah hidup mereka yang diceritakan daripada mulut mereka sendiri. Persoalan timbul kenapa mereka dihantar ke neraka sedangkan mereka semua ketika didunia hanyalah menjadi diri mereka sendiri. Garcin hanyalah seorang penulis yang enggan menyertai perang. Estelle pula seorang gadis miskin yang berkahwin dengan lelaki kaya. Inez kemudian bertemu seorang lelaki lain dan telah mengandung. Kandungan tersebut gugur yang membuatkan kekasihnya sangat sedih dan telah membunuh diri. Inez pula adalah seorang lesbian yang membunuh diri bersama kekasihnya kerana tidak tertahan lagi hidup di dunia. Walaubagaimapun Estelle menyatakan tidak mungkin mereka tidak mempunyai dosa. Jika tidak kenapa mereka dihantar ke neraka?


Estelle yakin memang ada rancangan untuk meletakkan mereka bersama didalam bilik tersebut. Inez menyanggah dengan menyatakan pasti ada kesilapan yang mana ini dipersetujui oleh Garcin. Mereka kemudian bersetuju untuk tidak bercakap antara satu sama lain demi menjaga keamanan di bilik tersebut. Walaupun begitu, ianya tidak bertahan lama. Tindakan Inez yang mula berbual dengan Estelle telah membuatkan Garcin terganggu.


Jadi untuk memudahkan mereka meniti hari-hari seterusnya dineraka, akhirnya mereka mengaku siapa sebenarnya mereka.mGarcin mengaku beliau seorang penakut yang lari daripada perang kerana takut mati. Garcin juga mengaku beliau selalu mendera isterinya. Estelle pula menyatakan kekasihnya membunuh diri kerana telah melihat Estelle menggurkan kandungannya. Manakala Inez tidak mempunyai sebarang masalah kerana pada awal lagi beliau telah mengaku bahawa beliau seorang lesbian. Selepas itu, barulah mereka sedar bahawa mereka disitu untuk menyiksa (torturer) dan menjadi mangsa (victim) antara satu sama lain. Selepas berlaku pertelingkahan, barulah mereka sedar bahawa mereka tidak mampu mengubah apa-apa dan menerima nasib mereka.


Sekarang kita cuba memahami kaitan existentialism dalam Satira No Exit ini. Mengikut kata Sartre yang paling terkenal “Man is condemned to be free”. Bagi Sartre, manusia dilahirkan bebas untuk membuat pilihan (Free will) dalam apa jua situasi samada mereka sedar atau tidak. Setiap manusia bertanggungjawab terhadap setiap pilihan dan perbuatan mereka. Bagi Sartre, inilah kesengsaraan utama setiap manusia. Kebebasan membuat pilihan bagi Sartre adalah kesengsaraan yang perlu dilalui oleh semua manusia. Ini kerana akibat daripada pilihan samada baik atau buruk akan mempunyai kesan terhadap orang lain. Manusia tidak mempunyai apa-apa alasan untuk mewajarkan perbuatan mereka kerana itu adalah pilihan mereka sendiri.


Dalam syarahan Sartre tentang existensialism, beliau menyatakan seperti berikut:


“We will freedom for freedom’s sake, in and through particular circumstances and in thus willing freedom, we discover that it depends entirely upon the freedom of others and that the freedom of others depends upon our own. Obviously, freedom as the definition of a man does not depend upon others but as soon as there is a commitment, I am obliged to will the liberty of others at the same time as my own. I cannot make liberty my aim unless I make that of others equally my aim."


Perlu diingat, dalam falsafah existentialism Sartre, tiada konsep dosa, pahala, tuhan/pencipta dan moral. Yang ada hanya konsep tanggungjawab terhadap pilihan (choice) dan tindakan (action) seorang manusia. Existentialism juga berkait persoalan subjek dan subjek. Katakan anda duduk seorang diri memerhati sebiji bola. Dalam hal ini anda adalah subjek dan anda memerhatikan bola sebagai objek. Sekarang datang seorang yang lain dan memerhatikan anda pula. Persoalannya sekarang, siapa yang menjadi objek dan siapa pula yang akan menjadi subjek?






Inilah pertarungan yang berlaku didalam satira No Exit, siapakah yang akan menjadi subjek dan siapa yang menjadi objek. Jika diamati, banyak persoalan yang berlegar disekitar ruang falsafah ini.


Jadi untuk tidak terus memeningkan anda dan saya sendiri, persoalan mudah yang saya ingin ajukan adalah seperti berikut. Pertama; Adakah kita hidup untuk membentuk persepsi orang lain terhadap diri kita; atau kita ini sebenarnnya hidup untuk memenuhi persepsi orang lain? Kedua; Adakah menjadi  bebas itu maksudnya apabila kita tidak mengambil kisah tentang persepsi orang lain terhadap diri kita; atau menjadi bebas itu apabila kita dapat membentuk diri kita mengikut acuan persepsi orang lain. Ketiga; apakah maksudnya menjadi manusia yang bebas?


*existentialism/eksistensialisme menurut Kamus Dewan adalah aliran atau gerakan falsafah moden yang menegaskan pentingnya pengalaman dan tanggungjawab seseorang individu dan tekanan-tekanan yang terbit daripadanya ke atas individu berkenaan yang dianggap dapat bertindak dengan bebas. Eksistensialis ialah orang yang menganut falsafah bahawa manusia adalah bebas,bertanggungjawab membentuk kehidupan serta nilainya sendiri dan mesti mengalami kehidupan sepenuhnya pada setiap waktu



ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: CATATAN LAMA: ULASAN BUKU "NO EXIT"
CATATAN LAMA: ULASAN BUKU "NO EXIT"
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhovN1vk2LrQk9XwQJAWOkVy9e2JC4aLnJHzJGYjbCCNCwzYdXOF7bou9oPfsN2SZ91pa8BFwYKuaXOZZzI-TUbJMM_yiLJ9zINeJGeqQ56Q72_azt1fp1F1dv6nzHoTgxgD8dYwwOg8n4/s640/book-review-1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhovN1vk2LrQk9XwQJAWOkVy9e2JC4aLnJHzJGYjbCCNCwzYdXOF7bou9oPfsN2SZ91pa8BFwYKuaXOZZzI-TUbJMM_yiLJ9zINeJGeqQ56Q72_azt1fp1F1dv6nzHoTgxgD8dYwwOg8n4/s72-c/book-review-1.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2013/08/catatan-lama-ulasan-buku-no-exit.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2013/08/catatan-lama-ulasan-buku-no-exit.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin