Sepanjang saudari @nrziati menjalankan tugas sebagai kurator @twt_buku minggu ke #28, beliau sempat menjalankan temuramah dengan saudara @zfzamir2 yang merupakan penulis buku Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang (#SBPUBK) yang diterbitkan dibawah rumah penerbitan @dubookpress .
Berikut adalah temuramah yang dijalankan oleh saudari @nrziati bersama @zfzamir2 untuk dikongsi buat rujukan bersama (temuramah disalin secara verbatim dari susur masa @twt_buku):
@twt_buku: mula-mula nak tanya, apa khabar? Boleh perkenalkan diri sikit?
@zfzamir2: Pergh perkenalkan diri ni dah lama tak buat. Saya mahasiswa di UM, dan bekerja di sekolah.
@twt_buku: kerja di sekolah tu maksudnya kerja di kantin sekolah ke atau jadi cikgu disiplin?
@zfzamir2: steady betul soalan. Tp dlm byk masa kdg2 kerja di kantin, maklumlah pekerja bkn sng nk dpt skrg. Guru disiplin kerja sampingan
@twt_buku: mantap. Nak tanya tentang buku Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang #SBPUBK Kenapa judulnya panjang sangat?
@zfzamir2: Sebab dah tak boleh pendekkan. Kalau pendek, maksud tak sampai. SBPUBK - tajuk beri idea keseluruhan ttg buku tersebut :)
@twt_buku: jadi buku #sbpubk ni tentang apa?
@zfzamir2: 1. Mahasiswa & Kebebasan Akademik, 2. Pendidikan Nasional, 3. Politik & Sosial dan 4. Kritik Teater
@twt_buku: jadi betulkah sekolah bukan penjara dan universiti bukan kilang? Ada yang anggap sekoalh tu penjara dan universiti tu kilang ke?
@zfzamir2: pertama kita harus faham, 'penjara' itu bukanlah penjara dalam erti kata fizikal seperti Penjara Sg Buloh.
@twt_buku: maksudnya?
@zfzamir2: dalam konteks ini, penjara melambangkan suasana anti-bebas. Sekolah adlh pusat pendidikan, ttp idea tidak dibenarkan bebas.
@twt_buku: idea tidak dibenarkan bebas? Agak pelik di situ. Jadi bagaimana melahirkan pelajar yang bagus serba serbi?
@zfzamir2: 1. Siapa tetapkan subjek apa yg perlu diambil oleh murid? 2. Sistem kita terperangkap dgn jerat pro-peperiksaan
@twt_buku: jadi bagaimana nak menjadikan universiti itu bukan kilang?
@zfzamir2: mahasiswa perlu faham makna 'mahasiswa' utk faham beratnya tggjwb mrk terhadap masykt. Stp dr mrk ada fungsi sosial khas.
@twt_buku: dalam buku ni ada tips menjadi mahasiswa cemerlang ke?
@zfzamir2: tak ada lansung. Sbb ukuran cemerlang ikut buku ni ialah sejauh mana mahasiswa itu boleh memberi manfaat kpd masyarakat.
@twt_buku: Ada orang cakap saya tak baca buku ni. Huhu sengaja. Belum boleh mencelah ya. Ok, merujuk artikel Listen, Listen, Listen saudara kata ilmu yang terbaik ialah ilmu yg kembali pada masyarakat. Bagaimana tu?
@zfzamir2: ilmu bkn sekeping skrol dgn topi mortar & jubah. Belajar bukan kerna mahu kereta dan rumah besar. Mahasiswa ada tggjwb thdp msykat
@twt_buku: kita ni da macam twt_mahasiswa pula. Tanya soalan lainlah. Teater macam mana yang abam suka tengok?
@zfzamir2: kahkahkah baguslah bincang benda yg deme pun tak bincang. Teater eksperimental lebih enak ditonton sebenarnya.
@twt_buku: macam mana ada tenaga nak menulis bila siang dah sibuk di kantin dan di sekolah? Bagi tips sikit pada mahasiswa yg selalu sibuk tu
@zfzamir2: Ok ni soalan power. Sy ni tak pandai urus masa, tp sy akan pastikan pkr2 yg sy perlu lakukan. Sy anggap menulis sbg tggjwb tp kalau ada mahasiswa anggap tggjwb mrk ialah Fb, drama Korea ataupun Dota, apa nak buat kan?
@twt_buku: sebenarnya, mahasisa kita ni memang macam tu ke? Lesu?
@zfzamir2: Tak juga, cuma sebahagian besar tdk faham makna mahasiswa. Mrk anggap belajar hanya utk diri mrk sahaja. Ini tdk benar sama sekali
@twt_buku: #sbpubk banyak mengangkat isu pendidikan. Apa pandangan saudara terhadap PBS? Dengarnya ramai cikgu mnegeluh nak key-in data?
@zfzamir2: kahkahkah payah nak jawab ni. Sy cuma berpendapat kalau kita beri tugas kpd org yg betul, tiada masalah akan timbul.
@twt_buku: Nak tanya tentang sekolah. Murid sekolah memang tak boleh bawa buku lain ke sekolah? Baca buku sekolah sahaja? Kesian twt_buku
@zfzamir2: Berbeza ikut pentadbir sekolah. Ttp mmg wujud skeptik terhadap buku selain buku teks.
@twt_buku: selalu kita dengar buku kena rampas. Bukankah ini membunuh budaya membaca?
@zfzamir2: byk aspek,slh satunya buku/subjek sekolah yg bosan. Mekanisme rampas ni sbg langkah penguatkuasaan.Malangnya ia berlaku di sekolah
@twt_buku: #sbpubk banyak didiskusikan di IPT. Apakah ada perubahan selepas mereka membaca dan mendengar kupasan buku tersebut?
@zfzamir2: apa yg #SBPUBK blh gerakkan ialah kesedaran. Syukur kini lbh ramai anak muda fhm bhw mrk harus lbh aktif didalam masyarakat.
@twt_buku: baiklah, soalan terakhir. Apa pesanan saudara pada mahasiswa di luar sana selain membeli buku #sbpubk?
@zfzamir2: 1. Faham makna 'ilmu', 'mahasiswa' dan kaitannya dgn msykt; 2. Keluar mengembara; 3. Aktif sukan
***
Selesai temuramah, berlangsung sesi soal jawab diantara pengikut @twt_buku bersama saudara @zfzamir2 . Pihak @twt_buku mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara @zfzamir2 atas kesudian beliau untuk ditemuramah dan pihak @twt_buku mendoakan semoga semoga beliau terus sukses dalam bidang penulisan