Sepanjang saudari @alinaise menjalankan tugas sebagai kurator @twt_buku minggu ke #29, beliau sempat menjalankan temuramah dengan susuk yang tidak asing lagi iaitu saudara @fathiarisomar yang merupakan editor portal berita Malaysiakini dan penulis buku Patah Balek.
Berikut adalah temuramah yang dijalankan oleh saudari @alinaise bersama @fathiarisomar untuk dikongsi buat rujukan bersama (temuramah disalin secara verbatim dari susur masa @twt_buku) :
@twt_buku: Apa khabar sdr @fathiarisomar ? Boleh kita mula?
@fathiarisomar: boleh mula. Ever ready (macam bateri)
@twt_buku: yang pertamanya, apa pandangan sdr ttg penerbitan buku di malaysia?
@fathiarisomar: Makin bagus, khususnya yang muda2, sendiri2. Grup diskusi juga makin byk. Tetapi kualiti buku, ruang kupasan perlu lebih luas. Tapi, buku dan baca saja belum memadai. Apakah hasilnya? Mutu perbualan, mutu debat isu, mutu tulisan & sikap2 kita - apa kesan?
@twt_buku: maksud kualiti buku itu dari sudut apa?
@fathiarisomar: misalnya novel yang membawa ragam pemikiran yang lebih beragam sisi, kompleks. Bukan sekadar hiburan klise
@twt_buku: bagaimana pula dengan isu moral dlm sesebuah karya?
@fathiarisomar: Moral soal yang relatif. Ia hanya satu isu untuk teladan. Untuk rempuhan dgn diri pembaca. Interaksi. Walau ada orang kempen moral, misalnya Tuhan Manusia. Ia tidak jadi isu. Ia sampaikan satu sisi pandang moral, nilai
@twt_buku: saya ada baca tulisan tak siap sdr ttg kesedaran. Dlm konteks penulis dan karya, kesedaran kausaliti juga pentingkah?
@fathiarisomar: Dalam buku, kita cari sisi lain diri kita. Kita intai apa yang kita tidak alami, sisi lain yang kita tak terlintas. kesedaran di sisi saya berkaitan kawalan, tradisi, kuasa dan bahasa. Ia dijelaskan sikit di awal buku saya Patah Balek. causality itu hanya satu sistem logika berfikir. A berakibatkan B. Tetapi pengalaman lebih luas dari itu. Maksudnya, apakah yang menjadikan "diri kita" hari ini? Apakah kita sedar? Bg saya, perlu gali asas berfikir, thought process
@twt_buku: bermakna sesebuah karya, atau buku itu tidak patut dihukum, rejam atau haram?
@fathiarisomar: buku idea semuanya "halal" kecuali yg anjur kemusnahan harta, nyawa, anjur diskriminasi atau bakar perkauman. Orang takut buku umumnya takut kepercayaannya tergugat. Jadi org macam ini lemah, kian lemah sbb tak buka diri pd pilihan2 hidup. Kalau kita cari sesuatu "yang sama" pd buku, filem, dan rakan, kita akan kecil dan terpencil, itu manusia paling membosankan
@twt_buku: sdr pernah tinggal sebentar di Indo. Pembaca di sana lebih terbuka. Adakah kesan buku2 terjemahan yg berlambakan?
@fathiarisomar: di Indonesia, idea2 nya rancak, beragam, termasuk yang langgar kelaziman umum. Jadi kita ada banyak pilihan. Sedia berbeda. Saya tegaskan, buku bermakna cari sisi lain diri. Di Indonesia, kita temui sisi-sisi lain diri yang cabar kita untuk fahami
@twt_buku: berbalik skjp pada moral buku, ada argumen yg berckp ttg pengaruh tulisan kpd minda pembaca. soalan moral tadi rujuk kpd platonis.
@fathiarisomar: memang ada pengaruh. Semua komunikasi, makna ada pengaruh tetapi tidak semua mahu kita hadam. Pilihan kita. Kalau kita takut pengaruh (asing?), seharusnya kita tinggal di kamar kecil saja. Atau, penjara. Pengaruh (luar) ada di mana2. pengaruh buku seperti "bercinta", ada masa tegang, kendur, bosan dan lupa. Ia tidak sepanjang waktu tegang. Orang takut sesat sebab dia baca satu atau dua buku dan kemudian terus yakin. Baca, diskusi beragam2 buku hampiri kepuasan batin
@twt_buku: jadinya, kebebasan karya penulisan seperti kebebasan dalam filem dan drama?
@fathiarisomar: benar. Buku, filem dan drama menzahirkan makna melalui medium berbeda. Idea tersembunyi di situ. Komunikasi. Tapi buku lebih aktif berbanding filem. Kita dekati buku; filem datangi kita. Kita masuk ke ruang buku lebih aktif. Kita harus selongkar buku, masuk ke ruang logika pengarang. Idea buku tidak akan datang kepada pembaca. Sgt peribadi, sunyi. Sebab itu baca buku lebih penat drpd tonton filem. Baca sendiri, tonton boleh berdua-duaan :)
@twt_buku: ya, saya kira sdr lebih arif tentang sekatan dlm penulisan memandangkan sdr wartawan yg disekat suaranya
@fathiarisomar: sekatan kami wartawan atas sebab politik. Dan politik kita ini sejenis hayawan buas yang bengis :) saya rasa sekatan kerajaan "tidak sangat berbahaya" kini. Geng2 NGO Islam, ortodoks kaum lebih mengerikan. Contohnya, sikap ISMA terhadap artikel saya tentang Allah. Mereka ini lebih "bahaya" daripada pemerintah
@twt_buku: kita tinggalkan dulu isu buku dan moral. Kita jengah Nama Tuhan. Yang fundamentalis agama terangnya pertahan. Pandangan sdr? sdr ada tulis tentang ini, tetapi untuk warga twtbuku yg belum baca
@fathiarisomar: Saya rasa dua2 pihak ada hujahnya. Dua2 pihak ada relevannya. Tapi saya yakin pro-Allah untuk semua lebih kuat hujahnya
@twt_buku: adakah bahaya sehingga menggugat? Besarkah pengaruh mereka?
@fathiarisomar: Yang bataskan 'Allah', satu kelemahannya ialah - mereka hujah berasaskan "prasangka" agama dan kebimbangan pd Kristian. ISMA sebagai simbol di luar kuasa rasmi pemerintah, maksud saya. Kekangan fikiran dan kurang toleransi pd keragaman hujah. Tekanan non-pemerintah ini "lebih halus" dan merimaskan kerana orang ramai tidak sedar kecuali terkepung dalam belenggunya
@twt_buku: platonis yg menyarankn karya itu perlu depiksi realiti, takada penambahan imaginasi dan seharusnya buang segala tak bermoral. cthnya karya perlu islamik. Cthnya lah.
@fathiarisomar: Saya tidak setuju asas moral "platonis" seperti itu. Buku, bahasa, komunikasi tidak mungkin ungkap realiti! Semua perlambangan. Dunia real terlalu kompleks. Buku, filem, kata2 tidak mungkin selami semua itu. Perlambangan juga terbatas. Iya2. Saya bantah keras keseragaman sisi pandang dan pemaksaan satu2 aliran berfikir, asas moral
@twt_buku: mereka sebenarnya takut dihukum Tuhan. ;)
@fathiarisomar: Kalau bangsa ini mahu besar, harus lebih banyak buku dengan ragam judulnya, ragam disiplin, ragam kedalaman isunya. Kalau kita mahu satu asas moral, kita akan kembali ke zaman Captive Mind (Milosz) atau Life is Elsewhere (Kundera)
@twt_buku: cepat masa berlalu. Sebelum kita buka soalan, kata2 terakhir sdr?
@fathiarisomar: (1) Ketakutan saya ialah pada kesedaran palsu, kita tidak sedar siapa diri kita, bagaimana kita menjadi kita. (2) Kepada yang belum baca, saya bingkiskan lama tentang kejahatan kawalan negara & kesannya pd fikiran http://t.co/NMQUeDj9Cm . pesan akhir (3) nikmati hidup dengan idea2 baru dan jangan takut digelar "pelik". Saya ingin kenali 1,000 buku dan 1,000 kekasih
@twt_buku: Sy ada soaln peribadi. Sdr @fathiarisomar ini dulu reformis. Adakah masih lagi? Dan adakah reformis yg masih teguh dgn pegangan mrk asal?
@fathiarisomar: Reformist? Seperti dilakarkan dalam Patah Balek. Masih ber-idealisme :)
@fathiarisomar: kepada semua peminat @twt_buku Alina, saya dahulukan terima kasih atas kesudian melayan bebelan saya malam2 begini. Tkasih :) Pesan akhir hari ini - jangan rela dihududkan gara2 curi buku. Pinjam buku, pulangkan. Kepada semua, selamat malam!
Disamping temuramah diantara @alinaise dan @fathiarisomar , saudara @fathiarisomarsempat juga menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pengikut-pengikut @twt_buku yang mana boleh dirujuk disusur masa @twt_buku . Pihak @twt_buku mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian saudara @fathiarisomar untuk ditemuramah dan @twt_buku mendoakan supaya saudara @fathiarisomar terus sukses dalam kehidupan beliau.
****
Disamping temuramah diantara @alinaise dan @fathiarisomar , saudara @fathiarisomarsempat juga menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pengikut-pengikut @twt_buku yang mana boleh dirujuk disusur masa @twt_buku . Pihak @twt_buku mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian saudara @fathiarisomar untuk ditemuramah dan @twt_buku mendoakan supaya saudara @fathiarisomar terus sukses dalam kehidupan beliau.