ULASAN BUKU MINGGU #28


Sepanjang saudari @nrziati menjalankan tugas sebagai kurator pada minggu ke #28 (03hb November 2013 - 10hb November 2013), beliau telah mengulas beberapa buah buku untuk dikongsi bersama-sama pengikut @twt_buku . Beliau telah berbesar hati untuk membuat kompilasi tweet beliau sepanjang minggu beliau menjalankan tugas sebagai kurator. Justeru itu, dikongsikan disini kompilasi tweet dan ulasan buku oleh saudari @nrziati untuk rujukan bersama:



HIKAYAT HANG TUAH

Sebelum saya bicara tentang Silalatus salatin, eloklah saya cerita dahulu tentang Hikayat Hang Tuah dan sosok Hang Tuah itu sendiri. Ada beberapa buku saya nak ulas, kebanyakannya tentang sejarah. Novel sejarah pun ada. Termasuklah tentang Raffles. Ini teaser sahaja.

Untuk makluman, minat pada sejarah menjadikan saya berkobar-kobar baca buku sejarah. Kelulusan saya bukan sejarah tapi Ekonomi.  Saya kongsikan apa yang saya baca, kaji dan cari. Kalau ada yang silap, tolong betulkan saya *Saya budak baru belajar*

Tetapi sejarah selalu hadir dengan maklumat yg menggemparkan. Kadang kala mengelirukan. Ada yang kata 'ini konspirasi'.  Ada yang kata sejarah ditulis oleh orang yang menang. Tapi pada saya sejarah ditulis oleh yang berkuasa. Tak ada kuasa, main jauh-jauh :/ (Saya akan guna kependekan HHT utk Hikayat Hang Tuah, HT = Hang Tuah, SS = Sulalatus Salatin.)

Ada yang sebut SS sebagai Sulatus Salatin. Dalam SS terdapat juga kisah HT. Ini membuktikan HT bukan mitos kerana turut disebutkan namanya dalam teks lain, bukan sekadar HHT. Tapi kenapa ada yang kata HT mitos? Kerana dalam, HT hidup sepanjang zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sepanjang zaman maksudnya dari awal penubuhan Melaka hingga perang dgn Portugis dan ghaib sesudah itu.





Kronologi dalam HHT juga dikatakab kacau dan kelam kabut. Dalam SS, tempoh masanya jelas dan tersusun.  Jawatan beliau ialah Laksamana yg mengetuai angkatan laut, jaga keamanan laut, ketua perutusan drp istana Melaka ke kawasan takluk. Ramai yang mengangkat HJ sebagai wira sebenar berbandinh HT tetapi tahukah kita yang HJ sangat jahat dan HT berhati mulia?

Kita anggap Hang Jebat seorang sahabat setia yg membela Hang Tuah tetapi hakikatnya tidak . Ada beberapa kisah dalam HHT yang menunjukkan HJ mengkianati persahabatannya dengan HT sebelum HT dijatuhkan hukuman mati. HJ sentiasa cuba menyaingi HT dan cuba mendapatkan sesuatu yang lebih. Contohnya, jawatan laksamana yang HT sandang dicemburui HJ, banyak pesanan yang HT berikan tapi HJ tidak ikuti terutamanya ketika dia dijatuhkan hukuman. Nasihat HT tidak diendahkannya. Malah HJ mendesak Raja Melaka supaya mempercepatkan pemberian gelaran tanpa kehadiran bendahara dan temenggung.  

HJ ada ramai gundik, bermukah dengan dayang, biduanda dan gundik raja lama sebelum HT dihukun bunuh. Selepas HT kembali dari persembunyian dan HJ hampir mati ditikam, HJ mengaku telah bermukah dgn Dang Baru yg mengandung 7 bulan. HJ sendiri bukan pembela HT. Ketika Raja Melaka jatuhkan hukuman, HJ dan Hang Kasturi mengheret leher HT uk dibawa kepada Raja. Kalau pembela sahabat, HJ pasti tidak akan laksanakan arahan Raja dan terus mengamuk. Bukannya mengamuk selepas HT dihukum mati. Logik tak?


Selepas Ht disembunyikan, HJ cepat-cepat ambil keris tamingsari. Supaya dia ada kuasa. Begitulah jahatnya Hang Jebat. Selepas ini tentang Hang Tuah pula. Kemudian sama-samalah kita nilai semula kefahaman kita terhadap HHT.

Sifat pejuang dalam diri HT sudah terserlah sejak apabila dia dan rakannya menewaskan lanun disebuah pulau. HT juga mempunyai ilmu firasat yang tinggi. Dia boleh mengagak dengan tepat perkara buruk yang akan berlaku. Kebanyakannya ketika dia berada di Majapahit bersama rombongan Raja Melaka sehingga berjaya menyelamatkan nyawanya banyak kali. Patih Gajah Mada yang selalu mencari jalan membunuh HT sering gagal kerana HT dapat menghidu taktik Patih lebih awal. Dalam banyak hal, HT tidak mementingkan diri sendiri. Tidak hairanlah dia sanggup menerima hukuman dari Raja Melaka dan tidak menentang.

Walaupun ada yang kata HT setia membuta tuli, itulah maksud taat kepada ketua. Sikap ini dahulu sangat tinggi nilainya. Dahulu, ketua adalah seorang yang ideal dan sangat dihormati. Tidak menghormati ketua dianggap derhaka. Zaman kini, kita tak rasa nak hormat atau taat pada ketua kerana ketua tidak mempunyai sifat dan sikap yang murni dalam menjadi pemimpin. Ini melahirkan perasaan kurang senang pada pengikut lalu cuba melahirkan ketidakpuasan hati menerusi sikap yg bertentangan dengan kebiasaan. Maka lahirlah konsep raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah bukanlah kata-kata Hang Jebat. Ia adalah dialog ciptaan SN Usman Awang dalam skrip drama. Drama itu berjudul Matinya Seorang Pahlawan - Jebat. Dalam Hikayat Hang Tuah atau Sulalatus Salatin, tak wujud pun dialog tu.

Sama seperti 'Takkan Melayu Hilang di Dunia'. Ini bukan keluar dari mulut Hang Tuah. Ok, jangan terkejut. Kata-kata itu dicipta dalam sebuah karya kreatif kemudian diangkat seolah-olah Hang Tuah yang menuturkannya. Fakta ini saya dapat dari beberapa pengkaji Hikayat Hang Tuah. Tapi dalam dunia akademik, mereka sendiri tahu akan hal ini. Saya tak ingat judul novel yg meletakkan dialog Hang Tuah itu. Sama ada Laksamana Tun Tuah atau Zaman Gerhana. Keduanya karya A Samad Ahmad.


Kenapa kita kena sokong HT berbanding HJ? Sebab Hang Tuah baik, Hang Jebat jahat. Seperti yang saya sebutkan tadi, konsep taat dan setia sekarang ni tak sama seperti dahulu. Kita kena tengok konteks dahulu, bukan semasa. Oleh sebab itu kita tak boleh melulu tuduh HT setia semberono kerana memang itulah sebenarnya sikap dan sifat taat dan setia kepada pemimpin.

Selesai tentang Hang Tuah-Hang Jebat. Saya nak cerita sedikit tentang Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah. SS vs HHT. Watak HT wujud dalam SS dan HHT. Ada sisi lain kajian mengatakan HHT adalah sebuah fiksyen, bukanlah sejarah yang benar-benar wujud. Memfiksyen HHT itu adalah bersandarkan kepada watak HT yang wujud dalam SS. Diangkatnya watak HT menjadi sebuah epik dan lagenda Melayu. HHT seolah-olah teks sejarah kerana tokohnya (HT) adalah tokoh yang benar wujud dalam SS, tempat yang sama, latar masa pun sama.



Sulalatus Salatin misalnya ada 32 versi di seluruh dunia. Maksudnya, SS disalin dan tersebar ke seluruh dunia dalam pelbagai bahasa juga. Fakta ini saya kutip ketika menyertai (sekejap) Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin di DBP minggu lepas. Saya ada tweet dalam account personal, saya salin semula di sini. Semasa Seminar 400 Sulalatus Salatin tempohari, ada dimaklumkan tentang edisi Krusenstern di Rusia. Satu dimensi baharu dalam sejarah?


Hebat tak hebat Melayu, Sulalatus Salatin pun sampai ke Rusia. Kita masih sibuk kata dahulu melawan Portugis guna keris dan pedang. Baca ini untuk memahami Sulalatus Salatin yang disalin oleh Krusenstern, pelayar Rusia: http://www.ukm.my/penerbit/sari/SARI25-2007/sari25-2007[10].pdf 

Pada tahun 1798, Krusenstern bekerja sebagai pelaut sukarela di angkatan laut Inggeris, kunjungi Melaka dan salin sebuah manuskrip Melayu. Apabila pulang ke Rusia, salinan manuskrip itu diserahkan ke perpustakaan Akademi Sains. Selama 200 tahun, manuskrip itu tidak diselidiki. Ini bermakna manuskrip HHT tersebut dalam bahasa Rusia. menarik tak? :)

Rupa-rupanya HHT adalah sebuah fiksyen. Ok, ini kajian dari sisi lain ya. Masih boleh disanggah jika tidak setuju. Sebab apa mengatakan HHT sebuah fiksyen?
  1. Watak HT wujud sejak Melaka dibuka (1400) hingga diserang Portugis (1511) - dikatakan tak logik.
  2. Dalam SS, ketokohan Tun Perak lebih menonjol dari HT. Tun Perak adalah arkitek sebenar membina empayar Melaka
  3. HT dalam SS tidaklah sehebat dalam HHT. Hanya kerana beliau laksamana dan berada dlm zaman kegemilangan Melaka, dia dianggap tokoh besar

Riwayat dalam SS menjadi asas kepada pembinaan watak Hang Tuah. Maksudnya, dalam SS, pelaku kepada sesuatu kisah adalah orang yang berbeza tapi dalam HHT pelakunya adalah Hang Tuah itu sendiri. Jadi pengarang HHT menggunakan peristiwa itu bagi mengangkat watak HT.

Dr Farish Noor dalam satu artikel dalam buku ini membuka bicara baru tentang HT pula. Katanya, HHT ada dua bahagian. Yang selalu kita selalu dengar ialah kisah sehingga HT bunuh HJ selepas dia keluar dari persembunyian. Itu bahagian pertama. Bahagian kedua ialah HT insaf dan taubat atas perbuatannya. Apa yang berlaku?

Selepas itu, HT berubah watak. Banyak mengembara, menjadi ahli sufi dan pendakwah. Terkejut? Bahagian ini tidak dipandang orang - seolah-olah HT kena setia sahaja kepada ketua, bab insaf tu tak perlu ambil peduli. Jadi bahagian ini telah dieksploitasi untuk kepentingan sesetengah pihak - pemimpin misalnya. Kena taat dan setia. Taat dan setia. Bila masuk bab insaf tak mau cerita. Kononnya HT dah tak macho, tak bersifat perwira, tak cukup jantan bila bertaubat. Sedangkan ketika itu HT menyedari kesilapan yg dilakukan, menjadi matang dan meninggalkan kepentingan istana dalam mencari kehidupan sebenar.

Baiklah, cukup setakat ini tentang Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah. Eloklah dibaca buku-buku ini supaya lebih faham. Tapi saya rujuk kajian, makalah, artikel, kritikan tentang HHT dan SS untuk lebih faham :)


RAFFLES: THE DEFINITIVE BIOGRAPHY

Buku untuk ditweet-ulas petang nanti, 2 buah buku serentak: Raffles: The Definitive Biography dan Duka Tuan Bertakhta. Raffles: The Definitive Biography ditulis oleh Maurice Collis, sudah diterbitkan lama sebelum versi dalam gambar ni. 1960-an macam tu. Buku dalam gambar ni diterbitkan oleh Marshall Cavendish, beli di Big Bad Wolf. Sebenanrya terjumpa dlm longgokan buku yang bercampur-campur. Harganya RM8, saja tak tangalkan stiker harga pada cover depan tu :)


Saya takkan kupas sepenuhnya tapi cerita secara ringkas tentang Raffles sejak hidup sampai dia mati. Saya akui agak obses dengan Raffles. Sebabnya selain dari menjadi pentadbir, buka Singapura (kononnya) dan berkhidmat dengan pejabar kolonial british, Raffles banyak kaji Melayu.

Baik saya mulakan dari awal. Nama penuhnya Thomas Stamford Raffles, lahir pada 6 Julai 1781 di atas kapal 'Ann' berhampiran Jamaica. Bapanya pun pelaut, berumah tangga atas kapal agaknya. terus lahir atas kapal. Ditakdirkan hidup Raffles pun penuh dengan pelayaran. Dia meninggalkan sekolah ketika berusia 14 tahun kerana bapanya tidak mampu bayar yuran asrama kerana bebanan hutang.

Raffles pun bekerja di East India House sebagai kerani. Bapanya meninggal dua tahun kemudian, ketika dia berusia 16 tahun. Maka Raffles terpaksa bekerja keras menyara ibu dan 6 orang adik beradiknya. Selama 10 tahun dia bekerja tanpa kenaikan gaji. Raffles tahu dia perlu menggunakan segala kemahiran yang ada untuk mendaki tangga kerjaya. Satu-satunya cara ialah menerusi pelajaran. Oleh itu Raffles mengorbankan masa lapangnya dengan tidak dihabiskan dengan berhibur dan bergembira seperti orang muda yang lain. Dia bersungguh-sungguh membaca, belajar, menambah ilmu dan mempelajari belajar bahasa lain.

Beberapa peristiwa penting dunia berlaku ketika itu. 1786 Pulau Pinang menjadi millik Company. 1795 Melaka diambil alih dari Belanda. (Company = East India Company = EIC = Kompeni Hindia Timur Inggeris = KHTI)

Dalam usaha menguatkan kedudukan di Pulau Pinang, Company melantik ramai pegawai baru. Raffles terpilih sebagai penolong Ketua Setiausaha. Dia terpilih dari ramai kerani di East India House. Ketika itu berusia 24 tahun. Gajinya naik dari 70 pound setahun kpd 1500 pound setahun. Dia tiba-tiba berkahwin dengan Olivia Fancourt, seorang janda kematian suami pada Mac 1805, sebulan sebelum berangkat ke PP. Olivia berusia 34 tahun, 10 tahun lebih berusia dari Raffles ketika itu. Raffles sudahpun 10 tahun bekerja dengan Company tetapi punya pengalaman dan kemahiran tinggi kerana rajin.

Kemahiran Raffles adalah bahasa. Berkat usaha, dia fasih berbahasa Perancis. Dalam pelayaran ke PP selama 6 bulan, dia belajar bahasa Melayu. Sebaik mendarat di PP, dia sudah fasih berbahasa Melayu. Oleh itu dia tidak hadapi masalah komunikasi.Sedangkan orang lain tak buat apa pun. Nobody else in the staff of the new presidency knew or had any intention of learning. Raffles was always ahead of his contemporaries. Berada ditempat baru menyebabkan banyak kerja perlu dilakukan. Raffles kerja dari siang hingga malam. He made himself indispensable. Segala surat dari tanah besar dibalas dan diterjemah dengan pantas, developing rapidly into a first-class secretariat man. 18 bulan selepas berada di PP, dia dilantik sebagai Chief Secretary to the Government pada usia 26 tahun.

Beberapa peristiwa dalaman berlaku selepas itu dan Raffles dihantar ke Melaka. Di Melaka, dia berkenalan dengan Abdullah Munsyi. Abdullah mengkagumi Raffles, yang dikatakan pandai bawa diri. Dia boleh berbicara dengan baik dengan orang atasan dan orang kebanyakan. Raffles ketika itu menunjukkan minatnya dalam budaya dan adat orang Melayu, sejarah, botani dan zoologi. He paid assistants out of his own pocket to collect moths, insects, butterflies, collect plants, oyster shells, fishes and buy Malay books.

Dalam masa yang sama dia merencanakan sesuatu untuk mendapatkanJawa di Sumatera. Oleh itu, Raffles bekerja dan mengkaji sehingga lewat malam. Akibat Perang Napoleon, British mengambil alih jajahan Belanda ketika Belanda menduduki Perancis. Ini termasuklah pulau Jawa. Lalu Rafles dilantik sebagai Leftenan Gabeno pulau Jawa pada 1811. Selama di sana, dia membetulkan banyak hal pentadbiran yang kucar kacir. Tetapi, administration of Java was bound to very expensive. The island's commerce had been largely disrupted as a result of Napoleonic wars. Ini memberi kesan yang hebat kepada hidup Raffles apabila dia kembali ke London lama selepas itu. The money already spent on the Java expedition and to be spent on the island's administration was far more urgently needed at home.

Raffles menjadi Leftenan Gabenor di Jawa dari Sept 1811 - Mac 1816. Raffels melawat Sultan Solo dan berkenalan dengan Dr Horsfied, an American naturalist, antiquarian and artist. Raffles berminat dan membeli hasil kerja Dr Horsfield. Kemudian Raffles menziarahi Sultan Jogjakarta. Pentadbiran Belanda sebelum itu di Jawa mendatangkan masalah. Dutch administration was mercentile, sebaliknya EIC lebih liberal. Dutch East India Company (DEIC) bawa pulang semua hasil dari Jawa ke Belanda dengan keuntungan 100%. The peasants were forced to grow only what they were ordered to grow, and were not allowed to sell to anyone outside the dutch Company. Petani dipaksa buat jalan tanpa gaji, cukai dikenakan pada barang, dan boleh dihukum sesuka hati.

Berbeza dengan EIC, petani bebas menanam apa sahaja. gaji dibayar pada kadar yang berpatutan. DIEC dan EIC bagai langit dengan bumi. Sekali lagi berlaku perbalahan dalaman antara Raffles dan beberapa pentadbir serta London akibat perbelanjaan yang perlu dikeluarkan. Isterinya, Olivia meninggal tiba-tiba di Jawa pada 26 November 1814 pada usia 43 tahun. Raffles pula menghadapi 17 pertuduhan salah laku. Gillespie, salah seorang Council cemburu dengan Raffles, menuduh pelantikan Raffles sebagai Leftenen Gabenor tak mendapat pengesahan London.

Oleh itu, segala keputusan Raffles tentang kewangan, claim, ketenteraan dikatakan dibuat bukan atas kapasiti sebagai leftenan gabenor. Raffles menjawab segala tuduhan dengan tenang, menyiapkan laporan dan tiba-tiba Gillespie mati. Kes pun terbiar buat sementara. Raffles kembali sibuk dengan kerja siang malam. Dia mendalami arkeologi, botani dan sastera Jawa atas dasar minat, bukan atas sebab kerja. Raffles berusaha menyiapkan buku History of Java dengan segala maklumat yang dia ada pada waktu itu. He sent home to the Oriental Museum in the East India House specimens of animals, birds, insects & plants. He had all ancient sites surveyed.

Ketika itulah dia menemui Candi Borobudur yang dibina beribu tahun lalu, sesuatu yang Dutch gagal temui meskipun sudah lama menjajah Jawa. Pelantikan sebagai Leftenan Gabenor Jawa tamat dan Raffles kembali ke London bersama dengan segala koleksi yang dikumpul selama ini. His collection of manuscripts, carvings, textiles, plants, stuffed animals, insects, fruits, folks art was so large. It weighed thirty tons and was packed in upwards of two hundred cases. Dia mahu semua ini dihantar ke muzium dan zoo untuk dikaji di sana.

Raffles sebenarnya mengalami sakit kepala yang sering mengganggu kehidupannya. Oleh itu dia diminta pulang ke London untuk ubah angin. Dia pun kembali ke London bersama dengan 200 kotak. Dia juga menyiapkan History of Java. Pada 22 Feb 1817, Raffles mengahwini Sophia Hull (30 tahun). Raffles ketika itu 36 tahun. 'She had neither rank, fortune nor beauty'. Pada 20 Mac 1817, Raffles dilantik sebagai Fellow of the Royal Society F.R.S. Tiga minggu kemudian, History of Java pun siap dalam 2 volume. Pada 29 Mei, Prince Regent conferred on him a knighthood yang membawa gelaran Sir. Raffles dilantik sebagai Leftenan Gabenor Bengkulu/Bangkahulu dan berlayar bersama isterinya. Segala koleksi yang ada dibawa bersama ke sana.

Dalam pelayaran Raffles tak berehat - never relax his occupations, regularly devoted his mornings to study, read and wrote serious subjects. Dalam pelayaran itu, anak perempuannya, Charlotte dilahirkan. Sebelum tiba di Bengkulu, berlaku gempa bumi yang memusnahkan rumah yang bakal dia tinggal bersama keluarga. Mercantile system yang dilaksanakan di Jawa juga diguna pakai di Bengkulu. Kopi dipaksa tanam, dibeli pada harga rendah lalu menyiksa petani. Raffles membesihkan semua ini dan menghapuskan perhambaan, sama seperti yang dibuat di Jawa meskipun ditentang rakyat tempatan.

Bagi menjadikan dia 'mesra' dengan kawasan Bengkulu, Raffles menjelajah Bengkulu bersama isteri, anak dan pegawainya. Dalam perjalanan ini, dia menemui sesuatu di dalam hutan. It is perhaps the largest and most magnificent flower in the world. The whole plant weighed fifteen pounds. Bunga itu dinamakan Rafflesia, sempena namanya. Perjalanan itu mengambil masa 3 bulan (Mei - Julai 1818). The chiefs of the various Sumatra tribes became attached to him. Partly because his manner with them was so easy and pleasant, and also because he was abolishing practices which were oppressive. Partly because his manner with them was so easy and pleasant, and also because he was abolishing practices which were oppressive.

Tetapi keadaan Bengkulu tak sesuai sbg pelabuhan, tak seperti Pulau Pinang. Untuk mengelakkan kos naik seperti di Jawa, langkah awal diambil. Raffles berbincang dengan Hastings, Gabenor Jeneral di Culcatta utk mencari pelabuhan baru di luar selat, asalkan bukan dlm jajahan Belanda. Beberapa tahun sebelum itu, pencarian telah pun dibuat oleh William Farquhar, Residen Melaka. Dia mencadangkan kepulauan Karimun. Tetapi tiada maklumbalas tentang itu. Jadi sekarang mereka mencari kawasan baru. Reference is made to the islands already investigated by Farquhar. There are 3 groups lying adjacent to each other - Riau, Lingga, Karimun. Mereka memilih Riau sebagai pelabuhan baru. Sebelum Raffles berangkat, Hastings meminta dia melihat kawasan Johor sekiranya Riau tak sesuai. If on inquiry Johore seemed satisfactiry, 'you will be pleased to open negotiations with the Chief of Johore'. Raffles mendapat arahan agar terus ke Singapura. The ships anchored off a fine sandy beach at 4pm on 28 January 1819.

Baiklah, sekarang Raffles sudah menjejakkan kaki ke Singapura. Kita akan lihat bagaimana dia memperdaya Sultan. Singapura ketika Raffles tiba sudah pun ada penduduk. Tapi pada 1819, there was nothing remarkable about its appearance. Marco Polo pernah melewati Singapura pada 1284 tetapi dia mendarat di Riau. Ketika Raffles mendarat, Belanda belum menjejakkan kaki di Singapura. Maka ini sangat baik kerana tak perlu berhadapan dengan masalah lain. Dia menghantar pesanan untuk bertemu pemimpinnya yang ketika itu ialah Temenggung. Esoknya bersama Farquhar, Raffles menemui Temenggung. Raffles did not delay in coming to the point. The British would like to make a settlement on Singapore island. Kalau Temenggung suruh sewa, Raffles sanggup bayar. Tetapi masalahnya Singapura milik Johor, sama seperti Riau, Lingga, Karimun.

Temenggung suruh minta consent of the Sultan of Johore. Namun Raffles tahu, succession to the throne of Johore was in dispute. Sultan mangkat enam tahun yang lalu, meninggalkan 2 anak. Tunku Long yang tua merupakan pewaris yang sepatutnya. Ketika Sultan mangkat, Tunku Long tiada di Johor. Apabila pulang, dia melihat adiknya sudah memangku tugas Sultan dan enggan berganjak. Raffles apa lagi, plans to turn this disputed succession to his advantage. Adiknya disokong Belanda. Tunku Long berada di kepulauan Riau. The Johore royal family was scattered - the usurping brother on Linga, uncle in Riau, Temenggung in Singapore, the righful heir in Bulang.

Belanda pula yang mengambil alih kepulauan Riau dan Linga tidak pula memasukkan Singapura sekali. In all this Raffles saw his chance. Dia mahu Tunku Long menjadi Sultan dan to grant him concession. Satu usaha dilakukan 'mengambil' beliau dari Bulang. Raffles merancang bersama Temenggung untuk meraikan kehadiran Tengku Long apabila tiba di Singapura nanti. Diraikan sebagai seorang Sultan. (Tengku Long = Tengku Hussein.) Dia takut-takut menerima tawaran, kerana risau Belanda akan mengganggu kerana adiknya disokong Belanda. Raffes dengan mulut manisnya begitu menenangkan. Menurut tulisan Abdullah Munsyi - smiling with infinite charm, his words sweet as a sea of honey.

Tunku Long tiba di Singapura pada 1 Februari. Pada 6 Feb dia ditabalkan sebagai Sultan dalam 'satu majlis ringkas'. Three chairs, the biggest for Raffles, the other two for Farquhar and the new Sultan, were placed in one of the tents. Raffles membaca perjanjian dan menurunkan tandatangan. Sultan's seal was attached. Acara pun selesai dengan rasminya. Mereka bertukar hadiah. Union Jack dinaikkan, meriam pun ditembak. Mereka pun dibawa minum. Toast after toast was drunk, making everyone very lively. Sebagai ganjaran. Tunku Long / Sultan Hussein diberi 5000 dollar Sepanyol setiap tahun dan dilindungi oleh British dari sebarang gangguan. Temenggung pula menerima 3000 dollar Sepanyol setiap tahun. Tetapi ada juga syaratnya - tidak boleh ada orang luar mengganggu Singapura.

Raffles pun mengatur para pentadbir dan kakitangan bagi menguruskan Singapura. Farquhar diarahkan mencari kawasan yg sesuai untuk pelabuhan. No customs dues were to be levied; Singapore was to be a free port. Askar pun di bawa masuk. The whole business had only taken a week. Raffles meninggalkan Singapura kepada Farquhar pada 7 Feb 1819 menuju ke Pulang Pinang, menghantar laporan kepada Gabenor Jeneral.

Anak kedua Raffles dilahirkan di Pulau Pinang, diberi nama Leopold ketika dia sibuk uruskan Singapura. Keadaan kesihatan Raffles pula membimbangkan. Ada masanya dia diserang sakit kepala yang teramat sangat. Ada kalanya dia langsung tak bangun. Dia memikirkan untuk pulang ke England. Mungkin cuaca tropika tak sesuai dengan dirinya. Doktor juga menasihatkannya pulang. Sophia dalam catatannya berkata, Raffles rose at 4 in the morning, worked in his garden until breakfast; then wrote and studied until dinner. Namun begitu, mereka menerima kelahiran dua orang anak lagi, Stamford Marsden pada 1820 dan Ella pada 1821.

Meskipun mereka gembira tinggal di Bengkulu, akhirnya datang tragedi yang tidak sangka. Tiga anak pertamanya meninggal seorang demi seorang. Within the last six months we have lost out three eldest children, kata Sophia. Ada yang disebabkan kolera, ada juga oleh dysentery. Atas ketakutan itu, Sophia menghantar Ella pulang ke England. Raffles semakin sakit oleh pemergian anak-anaknya. Namun begitu Raffles berusaha juga untk ke Singapura, melihat perkembangan pembangunan yang dilaksanakan oleh Farquhar. Dia meletakkan batu asas bagi Singapore Institution, sebuah kolej untuk org Melayu belajar hal Eropah dan org Eropah belajar tentang Melayu. Abdullah Munsyi yang bersama-sama Raffles sejak 1811 sudah menetap di Singapura dan membantu mengemaskan barang Raffles untuk dibawa pulang.

In his memoir, Abdullah declares they numbered 309 bound volumes which filled three trunks six feet in length. Ada manuskrip lama jawa dan Bali, alat muzik, salinan inskripsi, tulang haiwan, burung, serangga, ular yang dilabelkan oleh Abdullah. Raffles dan isterinya bertolak dari Singapura pada 9 Jun 1823 dan tidak kembali lagi selepas itu. Meskipun dia dikatakan membuka Singapura, ada isu yang berlaku diperingkat pentadbiran oleh sifat dengki sesetengah pegawai British. Singapore had not yet been recognized as a British settlement by the court of Directors and English government. Ramai pula yang menentangnya.

Farquhar mendakwa dia menemui Singapura ketika membuat pencarian di sekitar kepulauan Riau-Lingga-Karimun. Raffles dituduh mencuri ideanya. Dalam pada itu, lahir lagi seorang anaknya yang dinamakan Flora. Tetapi Raffles tetap tidak putus diserang sakit kepala. Raffles mengambil keputusan untuk pulang. Dia menanti kapal bernama Fame tiba untuk membawa semua koleksi yang dia ada. Sementara menanti, dia menulis kisah bagaimana dia menemui Singapura. Keputusan mahkamah juga masih belum diterima. Apabila Fame tiba, beratus-ratus kotak dimasukkan ke dalam kapal untuk dibawa pulang. Setelah semua dimasukkan, pada malamnya Fame TERBAKAR. Raffles had no difficulty in counting his losses. He had lost everything. Nota sejarah Sumatera dan Borneo, kisah pembukaan Singapura, peta, natural history specimens with 2000 drawings, haiwan hidup yg dibawa pulang seperti tapir dan harimau semuanya musnah. All, all has perished.

Tetapi, the very next morning after the disaster he began a fresh map of Sumatra, set his draughtsmen to work dan mengarahkan masuk ke hutan. Dua bula kemudian, barulah ada kapal belayar ke England. Dalam pelayaran pulang dia belajar bahasa Greek, Latin dan Hebrew meskipun sakit. Sebelum pulang, Flora meninggal menjadikan empat anak mereka mati di Bengkulu. Tinggal Ella di England sebagai anak tunggal mereka. Di England, Raffles turun naik mahkamah banyak kali dalam usaha menyelesaikan pertuduhan sewaktu dia mentadbir Jawa, Bengkulu dan Singapura. Dia membeli rumah dan ladang lalu tinggal di luar bandar. Dia mahu menyelesaikan kajian yang telah dilakukan sebelum itu.

Kemudian, petaka lain pula tiba. Surat dari mahkamah tiba berkaitan pentadbirannya di tiga kawasan itu dan pampasan yang perlu dibayar. Ketika membuka Singapura, dia meninggalkan tugasnya di Bengkulu dan dia perlu membayar semula gaji yang telah dibayar oleh Company. Surat demi surat tiba memburukkan lagi kesihatannya. The tumor on his brain was bound to kill him soon, shock or no shock. Dia diarahkan membayar 22000 pound, sesuatu di luar kemampuannya. Dia diserang stroke beberapa kali.

Pada 4 Julai 1826, Sophia menemui Raffles terbaring di tangga. Dia disahkan mati akibat apoplectic stroke brought on by abscess on the brain. Raffles tidak dikebumikan sebaliknya 'placed in a vault which the family had purchased' dalam kawasan gereja. Sophia terpaksa menanggung hutang Raffles yang perlu diselesaikan meskipun telah mati. Semua harta bendanya terpaksa dijual. Ella yg dihantar pulang dari Sumatra hidup sehingga berumur 9 tahun. Ini bermakna Raffles tidak mempunyai waris - left no direct descendants. Sophia tinggal bersendirian, menulis Memoir-nya bersama Raffles dan meninggal pada 1858 pada usia 72 tahun.



PRAMOEDYA ANANTA TOER

Kalau orang kata buku Pram dalam tetralogi Buru tu sedih, pada saya Gadis Pantai lebih sedih dan rasa terhina. Berhari-hari saya termenung. Gadis Pantai Sangat sadis. Tak perlu guna senjata, cukuplah Pram memainkan kata-kata menggambarkan perasaan seorang perempuan. Bagaimana Pram boleh menyelami perasaan seorang perempuan yang ditindas oleh tradisi Jawa yang kuat dengan feudalisme dan adat yang menekan.


Saya tak tahu macam mana Pram boleh lukiskan watak dengan sangat terperinci. Perasaannya, ekspresi wajahnya, kocakan dalamannya...sadis. Dan Gadis Pantai sebenarny abuku yang bahaya berbanding tetralogi Buru kerana buku ini hanya ada satu bahagian dan terhenti tanpa sambungan. Pemerinthnya rampas dan bakar buku ini. Kita tak tahu apa jadi pada watak perempuan itu akhirnya, selepas dia dihantar pulang ke kampung. Dan apa yang terjadi pada anaknya yang ditinggalkan pada ibu bapanya. Sambungannya tidak akan kita tahu. Pram pun telah pergi.

Nota: Tetralogi BURU ialah 4 novel bersiri Pramoedya Ananta Toer ditulis ketika dipenjarakan di Pulau Buru. Nove itu ialah Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah, Rumah Kaca. Sudah diterjemahkan ke pelbagai bahasa.

Saya ada banyak juga buku Pramoedya Ananta Toer. Tapi dalam banyak buku, Gadis Pantai pada saya adalah masterpiece-nya. Tasi saya dah cerita tentang Gadis Pantai. Jadi malam ni nak cerita tentang penulisnya sahaja – Pram. Ini buku tentang Pram dari sisi adiknya. Siapa abangnya dan mengapa abangnya menjadi begitu.

Saya akan ulas 2 buku ini - Bersama Mas Pram: Memoar Dua adik Beradik Pramoedya Ananta Toer dan Pramoedya Ananta Toer Dari Dekat Sekali. Pram anak sulung. Koesalah dan Soesilo Toer adalah adik kandungnya. Blora yang selalu menjadi latar merupakan kampungnya. Kisah yang Pram tulis kebanyakannya berkenaan dirinya - kehidupan di kampung, cengkaman Belanda, kemiskinan, kelaparan, kritik politik.

Awalnya Pram di panggil Mas Moek oleh adik beradiknya. Dia digelar Mas Pram oleh teman sepenjara di Pulau Buru. Pram tidak begitu senang duduk di tengah keramaian. Jika di jemput menghadiri majlis, dia cepat gelisah, tidak gemar menjadi perhatian orang. Dia gemar duduk seorang diri, atau meminggirkan diri di tempat gelap atau yang tiada orang. Kadangkala dia meninggalkan majlis lebih awal. Dia boleh sahaja meninggalkan isteri dan anaknya, pulang bersendirian tanpa ada yang perasan. Senyap-senyap.

Hobinya? Membakar sampah. Ya, ini suatu keganjilan. Segala daun, dahan, pokok, sampah dikumpul dan dibakar dengan sengaja. Pram asyik melihat sampah yang dibakar, merenung asap yang berterbangan, api yang memakan sisa kayu atau kertas atau daun yang dikumpulkan. Pram sanggup menebang pohon yang tumbuh subur hanya kerana dia sudah kehabisan sampah untuk dibakar. Apakah ini memberinya ilham berkarya?

Pram tidak mahu bicara banyak tentang wang. Sesekali apabila menyebutnya dihadapan Koesalah, Pram lekas-lekas memutuskan perbualan. Ketika tahun 70-an, buku Keluarga Gerilya menjadi buku teks STPM subjek BM - Kajian Kesusasteraan Melayu di sini. Buku teks itu cetak di Malaysia. Khabarnya Pram tidak menerima royalti. Dan dia pun tidak mengungkitnya. Tidak tahulah sama ada dia tidak dibayar atau duit tidak sampai ke tangannya Pram mengakui ayahnya nasionalis kiri dan ibunya dari kaum feudal. Jadi dia menerima 'pendidikan nasionalis kiri' sejak kecil.

Ibunya meninggal ketika zaman Jepun, dia berusia 17 tahun dan bertanggungjawab membesarkan adiknya. Tetapi dia memutuskan ke Jakarta. Pram menjadi mangsa tahanan politik sejak zaman Belanda, diikuti oleh Sukarno dan Suharto. Keseluruhannya, dia ditahan hamppir 20 tahun. Meskipun dibebaskan pada 1979, dia dikenakan tahanan di rumah sehingga 1992 dan perlu melaporkan diri selalu. Ketika mula-mula ditahan, dia sudah pun menulis. Penahanannya ada kena mengena dengan tulisannya yang keras dan penglibatan dalam LEKRA.

Tetralogi Buru dihasilkan ketika dalam tahanan di Pulau Buru. Dia mencipta watak Minke dna dikembangkan dari sehari ke sehari. Dia tidak dibenarkan menulis atau menggunakan mesin taip. Kalau pun boleh ditulis, hasilnya akan di rampas, dibuang atau dibakar. Oleh itu, tetralogi Buru lahir dan berkembang dalam penjara. Dia seperti penglipurlara bercerita tentang watak-wataknya berulang kali.

Setelah keluar penjara barulah dia menaip keseluruhan novel. itu pun ramai penerbit yang takut menerbitkan. Taku disita dan ditangkap. Banyak karyanya yang tidak ditemui. Hilang dirampas Belanda, Sukarno dan Suharta. Ternyata karya Pram amat ditakuti mereka. Di penghujung usia, Koesalah menyaksikan sendiri bagaimana abangnya sudah tidak mampu berkarya, semakin susut tenaga. Pram sudah tidak mampu berbicara panjang, pendengaran berkurangan dan semakin pikun (lupa). Catatan Koesalah ini sungguh menyedihkan. Namun begitu, dia masih boleh berbicara tentang menjadi tua yang tak bisa dipelajarinya dari orang lain. Hari-hari ini memang rawan baginya.

Dia belajar sendiri bagaimana menjadi seorang tua -cara duduk, bercakap, baring, memusingkan badan dll. Semua itu harus dipraktikkan sendiri. Pram beberapa kali pernah di war-warkan untuk dicalonkan dalam anugerah Nobel. Mungkin kerana tidak kuat melobi maka hajat tidak kesampaian. Menurut satu pendapat, jika mahu memenangi anugerah nobel, terjemahan ke dalam bahasa Inggeris haruslah sebaik bahasa asalnya. Panitia Nobel cuma membaca terjemahan Inggeris. Jika terjemahannya bagus, maka baguslah karya itu. Mendengarkan itu, Pram enggan bicara lagi.

Rasanya ini sahaja yang dapat saya kongsikan dari pandangan seorang adik. Ssuatu yang jarang kita dengar bila baca karya Pram. Dah lama saya baca buku ni, jadi ingat-ingat lupa kronologinya dengan baik.

Soalan dalam satu temubual: Apakah politisi sekarang mengenal Multatuli? Jawabnya: Saya yakin bahawa politisi sekarang tidak membaca apa-apa. Penulis favourite Pram ialah John Steinbeck. Diikuti William Saroyan, de Saint-Exupery, Lode Zielens, Maxim Gorki dan juga Multatuli. Walaupun dia tidak menggemari gaya Multatuli tetapi dia suka dengan konsep humanismenya tanpa kompromi apa pun. Sekian, yang pendek sahaja utk buku Bersama Mas Pram: Memoar Dua adik Beradik Pramoedya Ananta Toer & Pramoedya Ananta Toer Dari Dekat Sekali. Multatuli ialah orang Belanda tetapi banyak menulis tentang perasaan simpatinya terhadap rakyat Indonesia. Nama asalnya Eduard Douwes Dekker


CUT NYAK DIN: KISAH RATU PERANG ACEH 

Buku ini tentang Cut Nyak Dhien, srikandi Aceh yang berjuang melawan Belanda sekitar awal abad ke-20. Kisahnya amat menyayat hati. Di Aceh, ramai juga wanita yang menjadi srikandi memimpin penduduk kampung berperang. Satu lagi nama yang sering disebut Teungku Fakinah.

Dhien asalnya bukanlah ingin menjadi pahlawan. Dia membesar sama seperti gadis lain - supaya nanti boleh menjadi isteri dan ibu yang baik. Dia boleh menulis dan mengajar orang kampung terutama perempuan tentang jihad, kepahlawanan terutamanya dalam syair. Ketika itu, sekitar 1850-n, Belanda memang sedang mengganas di Aceh kerana ia antara negeri yang belum berjaya ditakluk sepenuhnya. Aceh agak liat ditawan kerana semangat juang yang ada dalam diri masyarakatnya dalam mempertahankan tanah air dari dijajah.

Oleh itu, ketumbukan askar Belanda sering datang menyerang dan diserang balas. Tak dapat menawan sepenuhnya. Pelbagai tipu helah dibuat. Dhien berkahwin dengan Teuku Cek Ibrahim Lamnga tetapi suaminya meninggal dalam satu pertempuran. Dhien marah dan berikrar tidak mahu berkahwin lagi kecuali jika orang itu membenarkannya turun ke medan perang. Teuku Umar berjaya meyakini Dhien dan mereka bernikah. Dhien pun dibenarkan menyertai Teuku Umar dalam setiap serangan ala gerila.

Melihat betapa hebatnya orang Aceh menentang, Belanda buat helah dengan berbaik-baik dengan mereka. Teuku Umar tidak mahu terpedaya. Teuku Umar dan Dhien juga merencana tipu helah kepada Belanda. Seoalah-olah mereka berpihak kepada Belanda. Belanda tertipu. Senjata, meriam banyak diseludup keluar dan diserahkan kepada orang kampung tanpa disedari. Senjata inilah yang digunakan untuk melawan Belanda pula.


Apabila dapat tahu helah ini, Belanda melancarkan serangan besar-besaran. Rumahnya, masjid dan bangunan dibakar. Tanahnya diratakan. Akhirnya, Teuku Umar gugur tertembak di Meulaboh pada 1899. Dhien dan anaknya Cut Gambang meneruskan perjuangan ini. Ketika anaknya menangisi kematian ayahnya, Dhien berkata: Sebagai perempuan Aceh, kita tidak boleh menumpahkan air mata pada orang yang syahid. Dhien terus melawan dan melawan. Memimpin pasukannya hingga terpecah menjadi kelompok kecil. Mereka kian kurang senjata, ubat dan bantuan.

Belanda menyerang mereka habis-habisan, melakukan pelbagai taktik dam menakutkan penduduk kampung supaya jangan memberi bantuan. Dhien pula semakin tua dan matanya mulai rabun. Namun semangatnya tidak mudah patah. Orang kanannya, Pang Loat Ali merasa kasihan dengan keadaan Dhien. Dia menyerah kepada Belanda dan memberi maklumat keberadaaan Dhien. Tujuan Pang Loat ialah supaya Dhien dapat ditangkap dan berhenti dari berperang kerana sudah tua. Dia pun mengenakan syarat kepada Belanda. Dhien pun tertangkap dengan mudah hasil maklumat Pang Loat. Dia merasa sedih. Katanya: 'Ya Allah Ya Tuhanku, Inikah nasibku? Dalam bukan puasa aku diserahkan ke tangan kafir?' Kepada Pang Loat dia berkata: 'Tidak kusangka sekalipun kalau engkau adalah pengkhianat, Pang Loat. Lebih baik kau menunjukkan budi baikmu padaku dengan menikamku!'

Pang Loat dan Belanda setuju untuk menempatkan Dhien ke kampungnya di Aceh. Tetapi Belanda belot dan membawa Dhien ke Sumedang, Jawa Barat. Belanda risau jika api perang di Aceh kembali marak jika dihantar kembali ke Aceh meskipun sebagai tawanan perang. Meskipun Dhien dihantar ke Sumedang, identitinya dirahsiakan oleh Belanda. Di sana, Dhien hidup seperti biasa, mengajar al-Quran dan agama. Dia meninggal pada 1908, iaitu 3 tahun selepas ditahan. Identitinya dikenalpasti pada 1960 apabila Belanda mendedahkan maklumat Dhien. Ini bermakna tiada siapa tahu Dhien adalah srikandi Aceh ketika di Sumedang sehinggalah dia meninggal dunia.

Sekian tentang buku Cut Nyak Din: Kisah Ratu Perang Aceh - MH Skelely Lulofs, asalnya dalam bahasa Belanda, diterjemahkan ke bahasa Indonesia. Saya beli buku ini di Gramedia Grand Indonesia, Jakarta pada 2009. Kisah Dhien juga ada difilemkan, bolehlah tonton utk rasai perjuangannya.




TIVI

Pernah baca Tivi oleh Shahnon Ahmad? Buku ni senang sahaja, tentang tv. Ya, televisyen yang kat rumah tu. Shahnon punya tema mudah tapi dia punya perlambangan bila buat cerita, kita rasa nak makan-makan je buku dia. Cara dia cerita sangat detail dan menggunakan ayat yang berulang-ulang. Kadang-kadang kita baca rasa nak muntah. Tapi muntah nak muntah pun, kita baca juga. Kerana nak tahu apa akan jadi nantinya. Contohnya dalam novel Tivi.

Latar Tivi kita boleh anggap 80-an atau 70-an, zaman ketika tv belum menjadi barang keperluan di rumah. Zaman bila satu tv dikongsi tonton. Bila sorang jiran ada tv, jiran-jiran lain berkerumun datang. Atau duduk menebeng kat kedai kopi sampai sudah. Samalah seperti Tivi. Dalam novel ini, Chah seorang gadis kampung baru dapat kerja di kilang. Kilang tu kat bandar. Kilang buat skru.

Shahnon cerita pasal skru pun makan tiga hingga empat muka surat. Skru besar, skru kecil, skru pendek, skru panjang, skru kontot, skru mampat. Bila kerja di bandar, Chah bawa perangai bandar bila dia balik kampung. Pakai baju ketat, seluar ketat, rambut diwarnakan. Tapi Chah baik dengan adik-adiknya, selalu belikan barang. Dia juga ajar adiknya Hasnah berdandan. Ajar pakai baju ketat dan seluar sendat.

Satu hari Chah bagitau dia nak bawa balik tetamu. Tetamu itu ialah sebuah tv. Apa lagi, gamat satu rumah. Mereka kelam kabut fikir mana nak diletakkan tetamu ni. Depan ke, belakang ke. Akhirnya ruang solat jadi tempat letak tv yang sungguh istimewa. Kiranya, kalau nak solat, tempat lain pun boleh. Tv ni penting. Fuh, dalam betul dia menyindir. Inilah yang dimaksudkan dengan perlambangan. Bila tv datang, maka kehidupan Pak Isa pun berubah. Sekejap sekejap tv. Sampai rumah tak terjaga. Rumput naik panjang. Kerbau lembu terbiar. Mereka jadi leka dengan tv. Entah apa siaran semua ditonton. Termasuklah siaran yang tak berapa senonoh menjadi tontonan sekeluarga.

Solat pun tak berapa nak solat, masak nasi hangit. Semua sebab teringat adengan dalam tv. Asyik terbayang sampai tak boleh buat kerja lain. Gambar orang naik kuda, ayam togel, babak dakap peluk cium bibir semua menjadikan mereka tak keruan. Orang kampunglah katakan.

Apa yang jadi akhirnya? Akhirnya berlakulah sumbang mahram. Itu sebenarnya Shahnon nak cerita - bahana tv dan kesan buruknya. Pak Isa memperkosa Chah. Tapi bukan macam memperkosa je sebab dah macam suka dan faham selepas tengok tv. Kemudian akibat tak tahan, Pak Isa cuba perkosa Hasanah pada suatu petang yang hujan. Tapi kilat yang memancar menghala ke arah mereka. Keduanya terbunuh, tertanam dan ditelan bumi. Mak Chah pun dipanah petir. Hassan yang sedang tengok tv pun dipanah petir. Tv hancur berkecai.

Orang kampung mula mencari punca tragedi ini. Kata mereka bukan Pak Isa atau Hasanah atau Mak Chah atau Hassan yang patut dipanah. Orang sebenar ialah Chah kerana bawa balik tv hasil dari kerja di kilang skru. Tapi Chah tak apa-apa, tak berubah. Dan Chah tetap begitu. Tamatlah novel Tivi oleh Shahnon Ahmad. Simple tapi cukup makan dalam.

Bercakap tentang SN Shahnon, di Malaysia ni dia seorang sahaja yang guna teknik pengulangan macam tu. (Setakat yang saya jumpa lah.) Penulis terdekat yang guna cara yang sama ialah Azizi Hj Abdullah. Hampir sama tapi Shahnon sangat unik. Contohnya dalam cerpen Kelapa Nan Sebatang, wataknya cuma nak menyeberang sungai. Tapi dalam nak menyeberang tu, boleh jadi satu cerpen.

Dia masukkan tentang sampah sarap, bangkai binatang, budak-budak di seberang sungai, burung, batang kelapa yang menjadi titi menyeberang. Dia bayangkan dia jatuh ke dalam sungai dan cerita pasal kematian. Tapi akhirnya Wak Da berjaya menyeberang sungai tanpa sebarang masalah. Latarnya ialah nak menyeberang sungai sahaja tapi dah cukup membina satu cerpen. Cerpen ni saya baca sebab dulu subjek Sastera kaji antologi Kelapa Nan Sebatang.

Cikgu Azizi menggunakan teknik yang hampir sama dengan Shahnon. Tetapi caranya tak se-scary Shahnon dalam memperincikan watak dan latar. Satu novelnya yang sering disebut-sebut ialah Seorang Tua di Kaki Gunung.  Saya ingat lagi dalam satu bengkel tentang bagaimana dia dapat idea buat novel ni. Asalnya dari satu keratan akhbar tentang gempa bumi. Kalau tak silap, gempa bumi di Afghanistan. Lama dah. Satu rumah runtuh hempap seorang pak cik. Kaki dia tersepit. Isterinya nak bantu. Cara dia bantu suaminya yang tersepit ialah dengan menggergaji kaki suaminya.

Tapi dalam novel Seorang Tua di Kaki Gunung, kaki Tukya dihempap pokok cengal. Besah isteri Tukya pun gergaji kaki suaminya. Huh, seram. Tukya cari cengal tu sebab nak buat rumah baru sebab anak menantu dia tak nak balik kampung sebab depa orang bandar. Lalu Tukya kecil hati.


ULASAN

BLOGGER: 1
Loading...
Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: ULASAN BUKU MINGGU #28
ULASAN BUKU MINGGU #28
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdaH-239RhyHMfSfKSWitIg1IBXe5MV1OrI_ixs3LQZJlHhv7P1-9XCcmIxmIArzzekSoeDkXyo8PWiaBHdG0we9vMf4_ECqF3IjwbsF4K3BG9lcgEy0JiXMEOIxElLFHY1q6CxEuo0Bc/s640/book-review-1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdaH-239RhyHMfSfKSWitIg1IBXe5MV1OrI_ixs3LQZJlHhv7P1-9XCcmIxmIArzzekSoeDkXyo8PWiaBHdG0we9vMf4_ECqF3IjwbsF4K3BG9lcgEy0JiXMEOIxElLFHY1q6CxEuo0Bc/s72-c/book-review-1.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2013/12/ulasan-buku-minggu-28.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2013/12/ulasan-buku-minggu-28.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin