![]() |
Penulis Ann Morgan telah mencabar dirinya untuk membaca sebuah buku dari setiap negara di dunia dalam tempoh setahun. Beliau telah menukilkan pengalaman beliau dan apa yang beliau pelajari
***
Saya selalu fikir diri saya ini lebih kurang seperti seorang manusia kosmopolitan tetapi rak buku saya memberikan gambaran berbeza tentang diri saya. Selain daripada beberapa novel dari penulis India dan beberapa buah buku dari penulis Australia dan Afrika Selatan, rak buku saya kebanyakannya tersimpan judul-judul buku dari penulis British dan Amerika. Lebih teruk, saya jarang cuba untuk membaca karya-karya yang diterjemahkan. Bahan bacaan saya masih berlegar sekitar karya-karya yang ditulis oleh penulis-penulis berbangsa Inggeris.
Jadi pada permulaan tahun 2012, saya mencabar diri saya untuk cuba membaca buku dari setiap negara (kesemua 195 negara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga negara yang pernah menjadi anggotanya iaitu Taiwan) dalam tempoh masa setahun untuk mengetahui apakah yang telah saya ketinggalan.
Tanpa sebarang idea tentang bagaimana untuk mendapatkan setiap judul buku dari hampir 200 negara yang terpampang di rak kedai buku tempat saya tinggal, saya mengambil keputusan untuk mewujudkan sebuah blog bertajuk A Year Of Reading The World dan meminta cadangan tajuk-tajuk buku yang boleh saya baca dalam bahasa Inggeris.
Tanpa sebarang idea tentang bagaimana untuk mendapatkan setiap judul buku dari hampir 200 negara yang terpampang di rak kedai buku tempat saya tinggal, saya mengambil keputusan untuk mewujudkan sebuah blog bertajuk A Year Of Reading The World dan meminta cadangan tajuk-tajuk buku yang boleh saya baca dalam bahasa Inggeris.
Maklumbalas yang diterima amat menakjubkan. Tanpa saya sedari, begitu ramai orang dari segenap pelusuk dunia memberi idea dan menawarkan pertolongan. Ada yang mengepos buku dari negara mereka kepada saya. Ada yang secara sukarela melakukan berjam-jam pencarian bagi pihak saya. Tambah lagi, ada beberapa penulis, seperti Ak Welsapar dari Turkemnistan dan Juan David Morgan dari Panama yang menghantar terjemahan novel mereka yang masih belum diterbitkan kepada saya yang memberi peluang yang amat berharga kepada saya untuk membaca karya-karya mereka yang tidak mampu dibaca oleh 62% rakyat British yang hanya fasih berbahasa Inggeris.
Walaupun terdapat ramai bibliofil yang menyokong saya, jujurnya, mengumpul buku-buku ini bukanlah satu tugas yang mudah. Untuk permulaan, hanya lebih kurang 4.5 peratus sahaja karya sastera yang diterjemah diterbitkan di United Kingdom dan Britain, justeru untuk mendapatkan versi bahasa Inggeris buku-buku ini bukan satu kerja yang senang.
Walaupun terdapat ramai bibliofil yang menyokong saya, jujurnya, mengumpul buku-buku ini bukanlah satu tugas yang mudah. Untuk permulaan, hanya lebih kurang 4.5 peratus sahaja karya sastera yang diterjemah diterbitkan di United Kingdom dan Britain, justeru untuk mendapatkan versi bahasa Inggeris buku-buku ini bukan satu kerja yang senang.
NEGARA-NEGARA KECIL
Terlalu sedikit bahan bacaan dalam bahasa Inggeris yang boleh ditawarkan oleh negara-negara kecil seperti Comoros, Madagascar, Guinea Bissau dan Mozambique. Ini adalah realiti sebenar negara-negara Afrika yang menggunakan francophone dan lusophone (bahasa Portugis) dalam pertuturan seharian mereka. Bagi negara-negara ini, saya terpaksa bergantung kepada manuskrip yang belum diterbitkan dan untuk negara kepulauan kecil Sao Tome dan Principe, saya mungkin akan terkandas tanpa sebarang bahan bacaan jika bukan kerana jasa baik penterjermah-penterjermah sukarelawan dari Eropah dan Amerika yang sudi menterjermah cerita-cerita pendek penulis bernama Olinda Beja yang berasal dari negara Satomean ini untuk saya.
Terdapat juga tempat dimana cerita-cerita dongeng tempatan jarang ditulis. Contohnya jika anda mahu mengetahui rantaian cerita-cerita dongeng tempatan di Marshall Island, ia adalah satu cabaran yang amat sukar untuk mendapatkan cerita-cerita ini dalam bentuk buku dan anda mungkin terpaksa meminta kebenaran daripada penghulu tempatan (Iroji) untuk mendengar cerita-cerita ini daripada penglipura tempatan. Hal yang sama juga berlaku di Niger, dimana cerita-cerita lagenda dipelihara oleh penglipura profesional tempatan yang dikenali sebagai Griot (yang mana mereka ini telah dilatih sejak dari umur tujuh tahun dalam seni bercerita dan muzik). Rekod bertulis tentang cerita-cerita dongeng tempatan juga adalah amat sedikit dan jika anda pergi mendengar cerita-cerita ini daripada penglipura tersebut, anda hanya akan dapat menangkap sebahagian kecil sahaja daripada cerita tersebut.
Lebih menyukarkan lagi, keadaaan politik sesebuah negara turut menyusahkan misi saya. Walaupun kemerdekaan Sudan Utara pada 09 Julai 2011 adalah detik indah bagi penduduknya selepas mengharungi perang saudara berdekad lamanya, ianya juga memberi cabaran tersendiri. Adalah sesuatu yang tidak munasabah untuk mengharapkan adanya penerbitan buku dalam bahasa Inggeris bagi sebuah negara yang masih kekurangan jalanraya, hospital, sekolah dan infrastruktur asas. Jika bukan kerana pertolongan penduduk tempatan yang menghubungkan saya dengan penulis bernama Julia Duany yang menulis untuk saya cerita yang selama ini hanya disampaikan dari mulut ke mulut, sudah tentu saya terpaksa ke Juba untuk mendengar sendiri cerita-cerita dongeng tempatan daripada penduduk tempatan sendiri.
Secara keseluruhannya, mencari cerita dengan cara sebegini memang memakan masa yang lama sama seperti membaca buku dan menulis blog. Ianya memang cabaran yang hebat untuk melakukan kesemuanya dalam masa yang singkat dan banyak masa saya habiskan setiap malam membaca buku sehingga mata saya berair demi mencapai misi saya iaitu membaca sebuah buku setiap 1.87 hari.
KONDISI MENTAL
Apapun, ianya satu usaha sangat berbaloi. Dalam saya meneroka lanskap kesusasteraan dunia, banyak perkara menakjubkan berlaku. Jauh dari sekadar pembaca yang mengembara dari tempat duduknya, saya mendapati diri saya mendiami ruang mental para penulis. Saya bukan sahaja mengembara ke tokong-tokong eksotik, malah saya mampu melihatnya sepertimana seorang yang beragama Buddha melihatnya. Saya turut mengembara ke kawasan budak pengembala di kawasan pergunungan Altai di Mongolia. Bersama Nu Nu Yi sebagai pemandu pelancong saya, saya turut merasai pengalaman festival keagamaan di Myammar dari medium perspektif seorang transgender.
Di tangan penulis-penulis yang berbakat, saya mendapati, pengembaraan melalui buku yang saya lalui menawarkan pengalaman yang jarang dirasai oleh pengembara sebenar iaitu masuk ke dalam kotak pemikiran individu yang tinggal beribu batu jauhnya dan merasai sendiri pengalaman kehidupan mereka dari kaca mata mereka sendiri. Lebih mengesankan daripada beribu berita, cerita-cerita yang saya baca ini bukan sahaja membuka mata saya terhadap kehidupan individu di tempat-tempat lain, malah membuka hati saya terhadap apa yang mungkin mereka rasa.
Atas sebab itu juga, ia mengubah cara saya berfikir. Melalui pembacaan cerita-cerita yang dikongsi oleh pembaca-pembaca yang saya tidak kenali dari seluruh dunia, saya menyedari saya bukanlah manusia yang terasing, sebaliknya saya adalah sebahagian daripada rangkaian yang melitupi dunia.
Satu demi satu, nama-nama negara dalam senarai saya yang pada mulanya hanya sekadar bertujuan sebagai latihan intelektual di pemulaan tahun bertukar menjadi tempat yang hidup dan mengujakan yang dipenuhi dengan kasih sayang, kemarahan, harapan dan ketakutan. Tempat-tempat yang selama ini kelihatan terpencil dan eksotik menjadi sangat dekat dan biasa kepada saya. Yang paling penting, saya belajar bahawa fiksyen sebenarnya menjadikan dunia ini benar.
***
Senarai bacaan Ann Morgan boleh dilihat di SINI .
Artikel ini merupakan terjemahan tulisan Ann Morgan ini diterbitkan oleh British Broadcasting Company (BBC) pada 15 Julai 2013. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI
Kredit gambar: Darren Russell
Artikel ini merupakan terjemahan tulisan Ann Morgan ini diterbitkan oleh British Broadcasting Company (BBC) pada 15 Julai 2013. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI
Kredit gambar: Darren Russell