Mengikut infografik yang dikeluarkan oleh Reader's Edge mengenai tabiat membaca penduduk Amerika ketika menggunakan tandas, didapati purata masa yang dihabiskan setiap orang didalam tandas adalah selama 30 minit setiap hari. 37 peratus wanita pula didapati menghabiskan sejam setiap hari didalam tandas berbanding hanya 15 peratus lelaki.
Didapati juga 75 peratus menggunakan talifon bimbit ketika berada didalam tandas dan 24 peratus menyatakan mereka tidak akan ke tandas tanpa talifon bimbit mereka.
Persoalan yang timbul sudah pastinya adalah samada menghabiskan masa terlalu lama menggunakan tandas boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan seperti buasir dan jangkitan mikrobial.
Adakah tabiat membaca rakyat Malaysia ketika menggunakan tandas sama seperti rakyat Amerika?
Infografik asal boleh dilihat di SINI
***
Sumber: Magazine Discount Center
Sila klik pada gambar atau muat turun gambar untuk melihat gambar dengan lebih jelas