62 PERPUSTAKAAN TERCANTIK DI SELURUH DUNIA


Selain daripada koleksi buku-bukunya, tarikan sesebuah perpustakaan juga terletak pada keindahan senibinanya. Di serata dunia terdapat begitu banyak bangunan perpustakaan yang dibina dengan pelbagai bentuk rekaan yang diilhamkan daripada pelbagai rekaan senibina samada senibina moden atau senibina klasik. Di sini disenaraikan antara bangunan-bangunan perpustakaan yang diakui ramai mempunyai rekaan senibina yang sangat indah dan mengagumkan. 

Sudah tentu senarai ini hanya menyenaraikan sebahagian kecil sahaja perpustakaan kerana adalah mustahil untuk menyenaraikan kesemua perpustakaan indah yang wujud didunia ini. Jika anda fikir ada perpustakaan lain yang patut dimasukkan dalam senarai ini, anda boleh nyatakannya di bawah di bahagian ulasan.

***

1. Trinity College Library, Ireland

Perpustakaan ini merupakan perpustakaan terbesar di Ireland dan berfungsi sebagai perpustakaan hakcipta negara, dimana sesalinan kesemua buku-buku baru mesti dihantar ke perpustakaan ini untuk mendapat perlindungan hakcipta. Perpustakaan ini juga merupakan rumah kepada Book of Kells iaitu manuskrip  terkenal yang ditulis oleh sami-sami Celtic sekitar tahun 800 selepas masihi.


***

2. Bristol Central Library, England

Perpustakaan yang siap dibina pada tahun 1906 ini memiliki kombinasi senibina yang sangat menakjubkan. Senibina luaran dibahagian depan direka mengikut senibina Tudor Revival dan Modern Movement yang cukup indah.


***

3. Codrington Library, England

Perpustakaan ini siap dibina pada 1751. Ia melalui proses renovasi yang cukup besar pada penghujung dekad 1990an untuk memberi lebih perlindungan kepada buku-buku yang terdapat didalam perpustakaan ini dan menjadikannya lebih mesra pelanggan.






***

4. Bibliotheque Nationale de France,Perancis

Bangunan perpustakaan ini telah mengalami proses penambahan yang sangat banyak tetapi bangunan asalnya masih digunakan sehingga ke hari ini. Bangunan perpustakaan ini siap dibina pada tahun 1868 dan pernah menjadi tempat penyimpanan buku paling banyak didunia.


***

5. The Library of El Escorial, Sepanyol

Bangunan yang terletak di Royal Seat of San Lorenzo de El Escorial ini pernah menjadi tempat tinggal raja Sepanyol. Bangunan perpustakaan ini telah diisytiharkan sebagai antara salah satu harta warisan dunia dan ia menyimpan lebih 40,000 jilid buku.


***

6. Biblioteca Geral, University of Coimbra, Portugal

Perpustakaan yang terletak di Universiti Coimbra ini merangkumi dua bangunan iaitu New Building yang dibina pada tahun 1962 dan Joanina Library yang dibina pada tahun 1725. Joanina Library dihiasi dengan hiasan-hiasan Baroque dan menyimpan buku-buku yang ada diantaranya ditulis sebelum kurun ke 18.


***

7. Handelingenkamer, Belanda

Perpustakaan parlimen Belanda ini menyimpan kesemua rekod pendengaran dan perbincangan di parlimen mereka. Memandangkan ia dibina sebelum lampu elektrik dicipta, kubah siling lutsinar yang amat besar dibina yang membolehkan cahaya masuk menerangi perpustakaan ini tanpa perlu menggunakan lilin atau lampu gas.


***

8. Delft University of Technology Library, Belanda

Senibina moden memang mengasyikkan tetapi dalam aspek keindahan, ia jarang dapat menandingi senibina klasik. Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian untuk perpustakaan ini. Dengan rekaan bumbung yang begitu menarik, senibina bangunan perpustakaan ini bukan saja moden malah juga menakjubkan.


***

9. Abbey Library of St. Gallen, Switzerland

Senibina perpustakaan ini bukan sahaja indah malah ia merupakan perpustakaan tertua di Switzerland dan antara perpustakaan terpenting untuk para rahib di dunia. Ia menyimpan lebih 160,000 jilid buku yang ada antaranya berusia lebih 1000 tahun dan perpustakaan ini diiktiraf sebagai antara salah satu warisan dunia.


***

10. Admont Abbey Library, Austria

Dibina pada tahun 1776, ia merupakan perpustakaan untuk para rahib yang terbesar di dunia. Siling perpustakaan ini dhiasi lukisan-lukisan dan rekaan keseluruhan perpustakaan ini melambangkan idea dan nilai pencerahan (enlightenment).


***

11. Melk Monastery Library, Austria

Bangunan perpustakaan yang siap dibina pada tahun 1736 dibina berdasarkan rekaaan yang dibuat oleh Jakob Prandtauer. Perpustakaan ini menyimpan antaranya koleksi manuskrip muzik yang cukup terkenal.


***

12. Austrian National Library, Austria

Perpustakaan terbesar di Austria ini terletak di Hofburg Palace, Vienna dan ia menyimpan lebih 7 juta buah buku. Bangunan perpustakaan ini siap dibina pada tahun 1723.


***

13. Wiblingen Monastery Library, German

Perpustakaan yang siap dibina pada tahun 1744 ini dibina berpandukan senibina Austrian National Library tetapi ia tetap mempunyai tarikannya tersendiri. Diluar bangunan perpustakaan ini terdapat inskripsi “In quo omnes thesauri sapientiae et scientiae” yang bermaksud “Di sini tersimpannya kesemua harta karun pengetahuan dan sains”.


***

14. Strahov Monastery Library, Republik Czech

Perpustakaan yang sangat mengagumkan ini menyimpan lebih 2000,000 jilid buku termasuk judul-judul penting yang pernah diterbitkan di Eropah tengah pada penghujung kurun ke 18. Bangunan perpustakaan ini juga mempunyai laluan rahsia di antara rak bukunya yang sudah tentu mengujakan para pengunjung yang datang.


***

15. Clementinum National Library, Republik Czech

Bangunan perpustakaan yang dibina berdasarkan senibina Baroque menjadi perpustakaan hakcipta sejak tahun 1782. Antara koleksi yang dimilikinya adalah karya-karya sastera Czech dan koleksi unik peribadi milik Mozart.


***

16. The Royal Portuguese Reading Room, Brazil

Perpustakaan yang terletak di Rio de Janeiro ini menyimpan karya-karya dalam bahasa Portugis paling banyak di dunia termasuk karya-karya yang jarang dijumpai. Siap dibina pada tahun 1887, Senibina perpustakaan ini diilhami rekaan senibina Gothic-renaissance yang merupakan senibina yang sangat popular ketika Portugis menjajah Brazil.


***

17. The National Library of Brazil, Brazil

Sebuah lagi bangunan perpustakaan yang menakjubkan di Rio, the National Library of Brazil dibina pada tahun 1810 dan sejak itu ia menjadi perpustakaan terbesar di Amerika Selatan. Berfungsi sebagai sebuah perpustakaan hakcipta, perpustakaan ini memiliki lebih 9,000 koleksi buku dan barang-barang lain termasuk 21,500 gambar yang ada antaranya berusia lebih 200 tahun.


***

18. The National Library of Chile, Chile

Memiliki rekaan senibina yang hampir serupa dengan National Library di Brazil, bangunan ini siap dibina pada tahun 1925. Selain menjadi lokasi perpustakaan nasional, ia turut menjadi ibu pejabat kepada arkib negara Chile.


***

19. The Library of the San Francisco Monastery, Peru

Bangunan yang siap dibina pada tahun 1672 ini menyimpan lebih 25,000 jilid karya-karya yang ditulis seawal kurun ke 15. Ia juga merupakan antara salah satu bangunan perpustakaan tertua di Amerika Selatan.


***

20. Home of Peruvian Literature, Peru

Jika anda merasakan senibina bangunan ini nampak biasa, ia adalah kerana senibina sebegini digunakan dengan meluas untuk membina stesyen keretapi pada awal abad ke 19. Bangunan ini juga sebenarnya dibina sebagai stesyen keretapi dan hanya ditukar menjadi sebuah perpustakaan pada tahun 2009.


*** 

21. Public Library of Lima, Peru

Bangunan ini menempatkan National Library of Peru sebelum di tukar menjadi perpustakaan awam dan ia telah diisytiharkan sebagai monumen nasional. Galeri utama perpustakaan ini menampilkan lantai dan tangga yang dibuat dari batu marmar berserta ukiran dan siling yang sangat cantik.






***

22. National Library, Costa Rica

Bangunan perpustakaan ini masih kelihatan moden walaupun sudah berusia 40 tahun. Malangnya, lokasi ini merupakan kawasan gempa bumi dan perpustakaan ini pernah ditutup beberapa kali atas sebab kerosakan yang dialami akibat gempa bumi.


***

23. Virgilio Barco Library, Colombia

Jika anda peminat rekaan senibina moden, anda pasti menyukai senibina bangunan perpustakaan ini. Senibina bangunan ini telah direka oleh arkitek tersohor Rogelio Salmona dan ia siap dibina pada tahun 2001. Menampilkan dinding batu, kolam air dan laman-laman hijau, rekaan kreatif ini seperti lorong-lorong berwarna-warni yang menyimpan buku-buku didalamnya.


***

24. Spanish Park Library, Colombia

Rekaan senibina modernis bangunan perpustakaan ini benar-benar membuatkannya nampak begitu berbeza dengan perpustakaan yang lain. Menurut arikitek bangunan ini Giancarlo Mazzanti, bangunan ini dibina bagi membolehkan orang-orang miskin yang tinggal di sekitar kawasan berdekatan melihat dan merasai pengalaman dan realiti berbeza dari kehidupan seharian mereka.


***

25. EPM Library, Colombia

Direka seperti sebuah piramid terbalik, perpustakaan yang siap dibina pada tahun 2005 ini mungkin usaha senibina yang unik, tetapi ia lebih dikenali melalui "hutan putih" yang terletak di luar bangunan. Rekaan dalamannya juga indah terutamanya dinding-dinding yang dibina dengan teliti sekali.


***

26. Villanueva Public Library, Colombia

Bangunan ini dibina menggunakan bahan-bahan binaan tempatan dan orang-orang tempatan juga terlibat dalam pembinaanya. Batu-batu yang digunakan dikumpul dari sungai berdekatan dan kayu-kayu pula diambil dari hutan berdekatan. 


***

27. Central Library of Vancouver, Kanada


Banyak senibina bangunan moden direka berdasarkan ikon-ikon sejarah, tetapi tidak banyak yang dibina berdasarkan runtuhan bangunan lama. Perpustakaan ini dibina berdasarkan Roman Coliseum dan ia turut menempatkan kedai, restoran, tempat letak kereta, pejabat dan juga taman berbumbung.


***

28. Library of Parliament, Kanada

Bangunan perpustakaan ini pernah menjadi sebahagian daripada ibupejabat parlimen asal yang dibina pada tahun 1876. Jurubina bangunan ini dikatakan tidak tahu bagaimana untuk membina kubah seperti yang dinyatakan didalam pelan rekaan bangunan ini yang memaksa mereka untuk menempah kubah dari sebuah syarikat kejuruteraan di England yang menjadikan kubah bangunan ini begitu berbeza sekali dengan kubah-kubah lain yang terdapat di Kanada ketika itu.

***

29. Library of Congress, Amerika

Perpustakaan ini cukup terkenal sebagai perpustakaan terbesar didunia dan menempatkan beberapa buah bangunan. Bangunan perpustakaan ini siap dibina pada tahun 1897 dan menampilkan senibina neo-klasikal dan dihiasi mural dan ukiran klasikal yang sungguh indah.


***

30. Stephen A. Schwarzman Library, Amerika

Siap dibina pada tahun 1911, perpustakaan ini memiliki lebih rak buku sepanjang 75 batu ketika ia mula dibuka. Koleksi bukunya terus bertambah yang menyebabkan ia terpaksa dibesarkan dengan menambah kawasan bawah tanah yang menjangkau sehingga berdekatan dengan Bryant Park.


***

31. Frederick Ferris Thompson Memorial Library, Amerika

Sruktur bangunan gotik ini memiliki tiga sayap dan sebuah menara di tengah, dan menyimpan kira-kira sejuta buah buku. Menara utamanya jelas kelihatan tetapi dikatakan tarikan utama  perpustakaan ini ini adalah cermin kaca yang dicat dengan lukisan yang menggambarkan Elena Cornaro Piscopia iaitu wanita eropah pertama yang menerima ijazah kedoktoran dari Universiti Padua.


***


32. Jay Walker's Private Library, Amerika

Majalah Wired menyatakan perpustakaan ini adalah perpustakaan paling mengagumkan didunia. Perpustakaan ini dipenuhi dengan artifak-artifak sejarah dan budaya popular dan bertingkat-tingkat rak buku.


***

33. Harold Washington Library, Amerika

Bangunan Perpustakaan ini dibina dengan cara mengaplikasikan teknik senibina moden terhadap bangunan neo-klasikal. Pereka bangunan ini mendapat inspirasi rekaan mereka dari bangunan-bangunan terkenal di Chicago yang memastikan keharmonian rekaan senibina bangunan ini dengan kawasan sekelilingnya.


***


34. Beinecke Rare Book Library, Amerika

Jika dilihat dari luar, tiada apa yang menarik tentang bangunan perpustakaan ini tetapi jika anda masuk kedalam, anda pasti kagum dengan rekaan dinding marmar yang begitu unik. Perpustakaan ini merupakan bangunan terbesar didunia yang direka khas untuk menyimpan buku dan manuskrip yang begitu sukar didapati pada masa kini.


***

35. José Vasconcelos Library, Mexico

Akhbar-akhbar Mexico memanggil perpustakaan ini dengan nama "Megalibrary" kerana keluasannya yang mencecah 409,000 kaki persegi. Di luar perpustakaan ini terdapat taman botani yang sangat mengagumkan yang melindungi perpustakaan ini dari suasana hingar-bingar di luar. Didalamnya perpustakaan ini pula terdapat lebih 500,000 buku yang dipamerkan diatas rak kaca di setiap tingkat bangunan ini.






***


36. Palafoxiana Library, Mexico

Diasaskan pada tahun 1646, ia menjadi perpustakaan awam pertama di Mexico dan ada juga yang menyatakan ianya merupakan perpustakaan pertama di benua Amerika. Ia menyimpan lebih 41,000 buku dan manuskrip dan bangunan ini juga telah diiktiraf sebagai harta warisan dunia oleh UNESCO.


***


37. The Armstrong-Browning Library, Amerika


Bangunan yang diilhamkan oleh Dr. A.J. Armstrong ini menampilkan senibina Italian Renaissance yang cukup indah, teliti dan unik dan menelan belanja yang cukup tinggi. Menurut Armstrong Dante, beliau berharap perpustakaan ini dapat melahirkan seorang lagi Shakespeare atau Browning.


***

38. Morgan Library, Amerika

Dibina pada tahun 1906, ia pada mulanya dibina sebagai perpustakaan dan muzium peribadi untuk Pierpont Morgan dan selepas kematian beliau perpustakaan ini dibuka kepada umum. Perpustakaan ini memiliki koleksi-koleksi buku yang sukar dijumpai pada masa kini disamping manuskrip, lukisan dan artifak yang dikumpul oleh Morgan sendiri.


***

39. Boston Public Library, Amerika

Diasaskan pada tahun 1848, ia merupakan perpustakaan perbandaran yang pertama dibina di Amerika. Lokasi asalnya adalah disebuah sekolah di Massachusetts. Pada tahun 1972, bangunan ini telah ditambah dan masa kini ia memiliki lebih 8.9 juta buku, koleksi manuskrip yang jarang dijumpai, skor muzik dan banyak lagi. Malah, ia turut menyimpan edisi pertama folio daripada Shakespeare dan skor muzik original milik Mozart.


***

40. Braddock Carnegie Library, Amerika

Bangunan ini dibina oleh William Halsey Wood berdasarkan rekaan eclectic medieval dan mula dibuka pada tahun 1889. Pada ketika ia mula dibuka, bangunan ini memiliki dewan muzik, gimnasium dan kolam renang. Masa kini, tempat-tempat tersebut ditukar untuk kegunaan lain tetapi lantai dan dinding jubinnya masih kekal.



***

41. Indianapolis Public Library, Amerika

Bangunan asal perpustakaan ini yang terletak dihadapan kompleks perpustakaan siap dibina pada tahun 1917 manakala tambahan bangunan perpustakaan yang berciri moden pula pada bahagian belakang perpustakaan ini siap dibina pada tahun 2007. Bangunan asal yang dibina berdasarkan senibina Greek Doric diiktiraf antara salah satu senibina perpustakaan yang menakjubkan di Amerika. Bangunan tambahannya pula tidak kurang heabtnya yang memberi lebih banyak ruang untuk meletakkan buku dan tambahan bilik bacaan.


***

42. Los Angeles Central Library, Amerika

Bangunan asal perpustakaan yang bercirikan senibina Mesir dan mediterranean siap dibina pada tahun 1926. Renovasi yang dilakukan pada tahun 1993 menambah sayap bangunan baru dengan senibina yang dipengaruhi senibina modernis dan Beaux-Arts. Masa kini perpustakaan ini diiktiraf sebagai perpustakaan awam ketiga terbesar di Amerika.


***

43. Hearst Castle Gothic Study, Amerika

Perpustakaan ini begitu terkenal di California tetapi pelancong-pelancong yang datang ke California selalu terlepas peluang untuk datang ke sini. Ruang tetamu di perpustakaan ini direka dengan indah sekali dan satu ketika dahulu menjadi tempat untuk pemilik bangunan ini William Randolph Hearst untuk menjalankan urusan hariannya seperti mengadakan mesyuarat dan sebagainya.


***

44. Skywalker Ranch Library, Amerika

Jika anda mendapat peluang untuk datang ke Skywalker Ranch yang merupakan ladang yang dimiliki oleh pengarah filem terkenal George Lucas, anda perlu mengunjungi perpustakaan ini. Kubah kaca dibina sebagai bumbung yang membolehkan bangunan ini diterangi cahaya matahari pada waktu siang tanpa perlu menggunakan lampu elektrik.


***

45. Suzzallo Library of the University of Washington, Amerika

Bangunan yang siap dibina pada tahun 1923 ini memiliki perincian yang sangat mengagumkan yang mana antaranya adalah figur terracotta seperti Louis Pasteur, Dante, Shakespeare, Plato, Benjamin Franklin, Sir Isaac Newton, Leonardo da Vinci, Galileo, Gutenberg, Beethoven, Darwin, dan ramai lagi. Koleksi buku paling terkenal yang disimpan disini adalah koleksi buku foto negara Bhutan oleh Michael Hawley.


***

46. Fisher Fine Arts Library, Amerika

Pada tahun 1888, kebanyakan arkitek memfokuskan rekaan senibina mereka berpandukan rekaan Romanesque yang menggunakan marmar dan batu kerikil. Tetapi arikitek bangunan perpustakan ini Frank Furnessmahu menampilkan rekaan senibina berpandukan kilang-kilang batu-bata yang banyak terdapat di Philadelphia yang mana ia nampak jelas pada rekaan senibina bangunan ini sehingga ke hari ini.


***

47. David Sassoon Library, India

Siap dibina pada tahun 1870, ia adalah antara salah satu daripada 145 monumen yang dilindungi oleh kerajaan India dan merupakan perpustakaan tertua di Mumbai. Salah satu ciri menariknya adalah taman yang cukup cantik dibahagian belakang bangunan ini yang mana taman seperti ini sangat jarang dijumpai di kawasan sekitarnya.


***

48. Raza Library, India

The Raza Library di Rampur ini siap dibina pada tahun 1904 dan merupakan sebagian daripada bangunan milik keluarga diraja India satu ketika dulu. Perpustakaan ini menyimpan lebih 17,000 manuskrip yang sukar ditemui pada hari ini disamping koleksi lukisan-lukisan kecil dan beberapa koleksi lain lagi.


***

49. The National Library of China, China

Jika anda ingin mendaptkan maklumat tentang sejarah lampau negara China, perpustakaan ini mungkin menjadi tempat yang baik untuk mendapatkan maklumat. Ia menyimpan koleksi buku-buku dan manuskrip lama yang ada antaranya ditulis di atas kulit kura-kura.


***

50. The Tianyi Pavilion Library, China

Dibina pada tahun 1560 , Tianyi Pavilion Library adalah perpustakaan peribadi ketiga tertua didunia. Koleksi yang dimiliki perpustakaan ini memang mengagumkan. Ia menyimpan 300,000 buah buku lama termasuk yang ditulis dengan tangan.


***

51. National Library of Bhutan, Bhutan

Siap dibina pada tahun 1984, perpustakaan ini secara teknikalnya juga adalah sebuah kuil Buddha. Perpustakaan ini menyimpan koleksi kesusasteraan penganut buddha yang paling banyak didunia.


***

52. Grand People’s Study House, Korea Utara

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1982 sebagai penghormatan kepada Kim Il-Sung sempena hari lahir beliau yang ke 70. Bangunan ini memiliki 600 buah bilik yang mampu menyimpan lebih daripada 30 juta buku.


***

53. Nakanoshima Library, Jepun

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1904. Senibina Neo-Baroque bangunan ini mungkin agak janggal di Jepun tetapi bangunan ini sebenarnya sangat cocok dengan Osaka kerana terdapat juga beberapa bangunan lain yang mempunyai ciri senibina yang sama di kawasan berdekatan.


***

54. Beitou Library, Taiwan

Walaupun ia mungkin bukan bangunan perpustakaan tercantik, tidak dapat dinafikan ia adalah bangunan yang paling mesra alam dan yang paling moden. Bumbung bangunan ini berfungsi untuk mengumpul lembapan dan air hujan yang kemudiannya dikitar semula untuk digunakan di tandas dan taman. Perpustakaan ini juga dipasang panel-panel kuasa solar yang sudah tentu mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.


***

55. Victorian State Library, Australia

Perpustakaan ini mula dibuka pada tahun 1856 dengan koleksi 3,800 buah bukunya dan ruang bacaan berkubahnya yang membenarkan cahaya matahari masuk menerangi ruang bacaan ini begitu terkenal sekali di Australia.Pada masa kini, perpustakaan ini memiliki lebih 2 juta buah buku.


***

56. The State Library of New South Wales, Australia

Perpustakaan ini memegang gelaran sebagai perpustakaan tertua di Australia. Ia menyimpan koleksi lebih 2 juta buah buku. Salah satu ruang yang cukup terkenal di perpustakaan ini dinamakan Mitchell Wing sempena David Scott Mitchell yang memiliki koleksi buku-buku lama yang cukup mengagumkan termasuk jurnal asal James Cook.






***

57. The State Library of South Australia, Australia

Dibuka pada tahun 1884, bangunan ini pada mulanya hanya memiliki 23,000 buku yang diurus oleh 3 orang pustakawan. Tetapi koleksinya terus bertambah sehingga ia terpaksa menambah bangunan baru untuk menempatkan koleksi buku-bukunya.


***

58. Victorian Parliamentary Library, Australia

Bangunan ini mula dibina pada tahun 1855 secara berperingkat sehinggalah ia siap dibina pada tahun 1929. Walaupun ia dibina secara berperingkat dan banyak bahagian yang ditambah kemudiaanya, rekaan binaan yang cukup teliti membuatkan ramai orang merasakan ianya dibina sekaligus.


***

59. Barr Smith Library, Australia

Pada tahun 1927, waris terakhir kepada dermawan tersohor di Australia menawarkan £20,000 kepada Universiti Adelaide untuk membina perpustakaan baru dengan syarat ianya dinamakan sempena dermawan tersebut iaitu Robert Barr Smith. Atas sebab itu, maka terbinalah Perpustakaan Barr Smith ini. Masa kini, perpustakaan ini menyimpan lebih 21,000 jilid buku yang mana koleksinya terus bertambah setiap hari.


***

60. University of Otago Central Library, New Zealand

Terdapat 10 perpustakaan berbeza di Universiti Otago tetapi Central Library memiliki koleksi yang paling mengujakan termasuk senibinanya yang cukup moden. Koleksi istimewanya adalah 9000 buah buku yang dicetak sebelum tahun 1801 dan masa kini ia menyimpan lebih 500,000 buah buku.


***

61. The George Forbes Memorial Library, New Zealand

Perpustakaan yang mula dibuka pada tahun 1960 ini sebenarnya terletak diluar kampus Ivey Hall di Universiti Lincoln. Tetapi setelah melalui renovasi dan pemulihan, ia dipindahkan kedalam kawasan kampus tersebut. Walaupun perpustakaan ini kecil, senibinanya diakui cukup indah.


***

62. Tuggeranong Library, Australia

Tasik Tuggeranong adalah tasik binaan manusia yang terhasil akibat pembinaan empangan pada tahun 1987 yang kemudiaannya mewujudkan kawasan perbandaran baru yang dibina disekitar tasik ini. Walaupun koleksi bukunya tidak sehebat mana, pemandangan disekitar perpustakaan ini cukup indah dan menenangkan. 


***

Sumber: Mental Floss
Sumber gambar: google image

ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: 62 PERPUSTAKAAN TERCANTIK DI SELURUH DUNIA
62 PERPUSTAKAAN TERCANTIK DI SELURUH DUNIA
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimFUoJ37dZWRbpgM9yJMojX6_wY5n_FfRZQEeG27nBtv7QK6sQOsqnB2gdBFMQd5DZQAZaFDBLprP9X_YgYLmh_0S877VwGOz9YM1fjxqUV7eDmXMFcd6ojgABCnpuytXlclX01H_f-bI/s640/131112155205-literary-hotels---nomad-hotel-horizontal-gallery.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimFUoJ37dZWRbpgM9yJMojX6_wY5n_FfRZQEeG27nBtv7QK6sQOsqnB2gdBFMQd5DZQAZaFDBLprP9X_YgYLmh_0S877VwGOz9YM1fjxqUV7eDmXMFcd6ojgABCnpuytXlclX01H_f-bI/s72-c/131112155205-literary-hotels---nomad-hotel-horizontal-gallery.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2014/08/62-perpustakaan-tercantik-di-seluruh.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2014/08/62-perpustakaan-tercantik-di-seluruh.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin