Pada tahun 1919, Hotel Pennsylvania di New York membuka restorannya yang pertama dengan menawarkan pilihan menu yang terkenal kerana kesederhanaannya: "kambing," "kentang: direbus," dan lain-lain lagi. Hampir seratus tahun kemudian, Statler Grill yang merupakan antara restoran terbaru mereka, menawarkan pilihan menu yang lebih terkini, dari "kambing panggang lollipop Colorado" ke "kentang lenyek bermentega (kentang Idaho dengan mentega dan sedikit krim, diadun sehingga sempurna)."
Anda tidak perlu menjadi seorang pakar bahasa untuk menyedari perubahan dalam bahasa yang digunakan didalam menu, tetapi Dan Jurafsky dari Stanford telahpun menulis sebuah buku mengenainya. Dalam buku The Language of Food: A Linguist Reads the Menu, Jurafsky menerangkan bagaiman beliau dan beberapa orang rakan sekerja beliau meneliti pangkalan data 6,500 menu di restoran-restoran mahal, yang tidak mengejutkan, menggunakan bahasa yang lebih beragam dan lebih panjang berbanding restoran murah yang lain (fikirkan tentang accompaniments dan decafeinated coffee, bukan sides dan decaf).
Juerafsky menulis "setiap penambahan huruf dalam perkataan biasa yang digunakan untuk menerangkan sesuatu makanan akan membuatkan harga makanan tersebut naik sebanyak 69 sen". Berbeza dengan restoran murah, restoran mahal 3 kali lebih cenderung untuk tidak bercakap mengenai "pilihan makanan pelanggan" dan 7 kali lebih cenderung untuk bercakap mengenai "pilihan makanan chef".
Restoran yang menawarkan makanan yang lebih murah lebih bergantung kepada "pengisian linguistik": perkataan-perkataan subjektif seperti menyelerakan, berkerak, dan gebu. Ini tidak menerangkan kandungan dan rasa makanan berbanding harga yang murah. Restoran murah juga menggunakan terma seperti ranum dan segar, yang menurut Jurafsky adalah perkataan "kebimbangan status". Restoran Per Se milik Thomas Keller tidak akan menggunakan perkataan segar -yang sering dipandang remeh- tetapi restoran Subway mungkin akan menggunakan perkataan teresbut. Walaubagaimanapun, Per Se turut menggunapakai penambahan deskripsi pada asal-usul bahan-bahan yang digunakan yang menjadi kebiasaan pada masa kini (tiram Island Creek, buah pic Frog Hollow), Menurut Jurafsky, restoran-restoran yang sangat mahal "menerangkan tentang asal-usul makanan 15 kali lebih kerap berbanding restoran-restoran murah".
Tetapi kemungkinan besar elemen-elemen biasa dalam menu beragam tidak akan selamanya kekal eksklusif. Terma makanan, seperti juga tren makanan, mempunyai cara untuk berpusing dalam satu kitaran penuh, dari sesuatu yang jarang ditemui kepada sesuatu yang biasa kepada sesuatu yang basi dan berpusing semula. Ambil contoh perkataan makaroni yang asalnya dipinjam oleh orang-orang kaya Amerika dari Itali. Jurafsky menerangkan ia biasanya ditemui dalam menu restoran-restoran mahal tetapi secara perlahan-lahan menjadi menu biasa yang akhirnya boleh ditemui di restoran yang dibuka 24 jam. Tetapi ianya mungkin akan berhenti berlaku bila chef-chef tersohor mula mendapatkan semula hak terhadap mac and cheese, mencampurkan makanan seperti truffles, atau udang karang dalam versi dekonstruksi Keller.
Ianya sudahpun berlaku, bahasa menu-menu berorientasikan tempat sedang merebak keluar dari restoran yang lebih bagus ke Subway dan Applebee diseluruh dunia. Menurut pengembang makanan Barb Stuckey, restoran francais pertama yang serius dalam mengambilkira tempat asal-usul makanan adalah Chipotle ("mereka selalu meletakkan Niman Ranch pork dalam menu mereka."). Sekarang, burger McDonalds dihidangkan bukan menggunakan "buns" tetapi "artisan rolls" dan TGI Fridays bermegah dengan "vine ripened tomatoes.".
Atas sebab ini, pengusaha-pengusaha makanan mahal mungkin akan memilih jalan berbeza. "Bila perkara ini mula menjadi kebiasaan, orang-orang kaya perlukan jalan untuk menjadi berbeza semula" kata Jurafsky yang sedar tentang kemunculan banyaknya tren menu yang begitu minimalis, yang boleh dilihat di restoran yang mendapat bintang Michelin iaitu restoran Saison di San Francisco dimana set makanan bermula pada harga $248 dan menu yang dihidangkan selepas makan sebagai cenderamata. Dalam satu sudut, ia adalah "kedatangan semula 200 tahun dahulu dimana bila anda berkata "hidangkan saya makan malam" dan mereka akan memberikan kamu apa yang mereka masak" kata Jurafsky.
Bayangkan apa yang ia boleh buat kepada kepantasan di laluan pemesanan makanan pandu-lalu.
***
Artikel ini merupakan terjemahan artikel tulisan Jen Doll yang diterbitkan oleh The Atlantic pada 13 Ogos 2014. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI