Perdebatan diantara kelebihan buku fizikal berbanding buku elektronik (dan vice-versa) masih berterusan dan masing-masing mempunyai hujah mereka yang tersendiri.
Untuk penggemar buku fizikal, ada berita baik untuk anda. Satu laporan terbaru yang dikeluarkan hasil kajian yang dijalankan oleh Reading Centre, Universiti Stavenger di Norway menunjukkan bahawa membaca buku fizikal adalah lebih bagus untuk daya pemahaman otak.
Kajian tersebut dijalankan terhadap sekumpulan kanak-kanak pra-remaja. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan diberikan teks dalam bentuk fizikal manakala satu lagi kumpulan diberikan teks dalam bentuk elektronik dan selepas satu ujian dijalankan, didapati mereka yang membaca teks fizikal mempunyai pemahaman yang lebih berbanding kumpulan yang membaca teks elektronik.
Anda boleh baca lanjut mengenai kajian ini di SINI
***
Sumber: Science Nordic
Sumber gambar: google image