Jika anda seorang pengguna Reddit, anda pastinya tahu bahawa terdapat pelbagai thread yang diwujudkan berdasarkan minat penggunanya. Buat mereka yang tidak biasa dengan Reddit, ia merupakan sebuah laman sesawang yang berfungsi seperti sebuah laman sosial (seperti twitter) dimana penggunanya yang berdaftar boleh memuat naik artikel, pautan laman sesawang, menulis teks dan sebagainya dan penggunanya boleh mengundi dan meninggalkan ulasan untuk menentukan kedudukan bahan-bahan yang dimuat naik ini (baca lanjut di SINI). Di Reddit, anda boleh menemui thread seperti untuk penggemar kereta, sukan dan sudah tentu juga thread untuk penggemar buku.
Mengambil ilham dari thread buku Reddit, seorang pengusaha kedai buku di San Francisco yang juga merupakan pengguna Reddit telah mewujudkan satu ruang khas di kedainya. Ruang ini merupakan ruang mempamerkan buku dimana buku-buku yang dipamerkan adalah buku-buku yang dibincangkan didalam thread buku Reddit.

Turut dipamerkan adalah ulasan-ulasan yang diberikan oleh pengguna lain tentang bagaimana sesebuah buku mengubah hidup mereka (ulasan-ulasan ini dipamerkan dengan kebenaran).
Satu idea yang bagus bukan? Malangnya thread buku ini dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Jadi agak sukar untuk mereka-mereka yang kurang mahir menggunakan bahasa Inggeris untuk turut serta. Jika anda mempunyai kepakaran atau/dan masa terluang, mungkin anda juga boleh mewujudkan ruang yang sama dalam bahasa Melayu. Sama-samalah kita menunggu untuk melihat siapa yang sanggup menyahut cabaran ini.
***
Sumber: Galley Cat