Tempoh mengandung dan detik-detik melahirkan anak merupakan waktu penting bagi seorang ibu dan atas sebab itu sebuah syarikat Jepun bernama Kishokai yang memberi perkhidmatan penjagaan ibu mengandung dan melahirkan anak telah menjalankan usaha sama dengan agensi pengiklanan Dentsu untuk menghasilkan buku jurnal Bell-Nett Mother Book yang direka khusus untuk ibu-ibu mengandung yang sedang menanti kelahiran anak mereka.
Buku yang menerima anugerah Gold Lion di Festival Kreativiti Antarabangsa Cannes Lion ini mengandungi 40 mukasurat dalam bentuk 3-Dimensi. Buku ini membantu para ibu mengikuti perkembangan kandungan mereka selama 40 minggu (1 mukasurat setiap minggu) dan setiap mukasurat memiliki rekaan berbeza dan mengandungi ruang kosong untuk para ibu membuat catatan mereka sendiri.
Anda boleh lihat lebih lanjut rekaan unik buku ini melalui klip video dibawah:
***
Sumber: Kishokai / Gizmodo / The Inspiration Room / PSFK / Book Patrol