Apabila kita membaca sebuah buku terutamanya novel-novel fiksyen, pasti kita dihidangkan dengan pelbagai watak dan karekter. Penulis-penulis pula akan menggambarkan rupa dan ciri-ciri fizikal karekter didalam buku mereka mengikut citarasa mereka. Ada yang menggambarkan dengan terperinci dan ada pula yang hanya menggambarkan secara ringkas ciri-ciri fizikal karekter didalam karya mereka. Bagi pembaca pula, mereka sudah tentunya mempunyai gambaran berbeza tentang ciri-ciri fizikal seperti muka dan badan watak dan karekter yang disampaikan oleh si penulis.
Sebagai contoh karekter Anna Karenina didalam novel yang menggunakan tajuk yang sama tulisan Leo Tolstoy. Karya ini telah diterjemah kedalam banyak bahasa dan medium. Satu lakaran wajah Anna Karenina pernah dihasilkan menggunakan aplikasi yang digunakkan oleh pihak polis yang mana lakaran tersebut adalah berdasarkan gambaran ciri-ciri yang dinyatakan didalam novel Anna Karenina.
![]() |
Lakaran wajah Anna Karenina mengikut aplikasi lakaran wajah yang digunakan oleh pihak polis
|
Ada pembaca buku yang mungkin dapat menggambarkan ciri-ciri fizikal karakter didalam novel yang mereka baca tetapi hanya ketika mereka sedang membaca buku tersebut. Walaupun begitu, kita boleh menyatakan bahawa kita mungkin mempunyai gambaran berbeza tentang karekter-karekter yang kita baca didalam novel namun secara amnya kita mempunyai gambaran yang sama tentang karekter tersebut.
![]() |
Keira Knightly yang melakonkan watak Anna Karenina didalam filem yang menggunakan tajuk yang sama
|
Penulis yang bagus seharusnya berkebolehan untuk merangsang imaginasi kita. Jika tidak, ia hanya menjadi karya yang kaku yang langsung tidak memberi ruang untuk pembacanya berimaginasi.
***
Sumber: Slate