Apakah yang lebih kool dari kedai buku yang dibuka 24 jam setiap hari?
Liu Erxi, seorang pelajar yang berasal dari negara China dan sedang menuntut dalam bidang senibina di Universiti Tunghai di bandar Taichung, Taiwan telah membuka sebuah kedai buku 24 jam yang diberi nama 1200bookshop di bandar kelahirannya iaitu Guangzhou, China.
Liu menyatakan konsep kedai buku 24 jam ini diilhamkan dari rangkaian kedai buku Eslite yang beroperasi 24 jam setiap hari yang beliau temui di Taipei tidak berapa lama dulu. Liu juga menyatakan kedai bukunya membenarkan mana-mana pengembara untuk berehat di sofa didalam kedai bukunya secara percuma selepas pukul sebelas malam sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka keesokan harinya.
Jika anda berpeluang ke Guangzhou, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi kedai buku milik Liu Erxi ini.
***