KEHIDUPAN DIGITAL SALMAN RUSHDIE


Pada tahun 2006, MARBL (Manuscript, Archives, and Rare Book Library) di Universiti Emory berjaya memperolehi arkib Salman Rushdie. Koleksi yang diperolehi termasuk kertas-kertas biasa, surat-surat dan harta karun digital Rushdie termasuk komputer peribadi (satu komputer meja dan 3 komputer riba, dan juga cakera keras) dan satu perjanjian untuk mendermakan kesemua koleksi digital beliau yang akan datang kepada perpustakaan MARBL. Seperti yang dinyatakan oleh Benjamin Moser mengenai arkib Susan Sontag, kebanjiran bahan tulisan dalam bentuk digital memberi cabaran kepada para pengarkib: bagaimana untuk mempersembahkan komputer seorang penulis kepada umum yang pada luarannya hanyalah komputer biasa yang kelihatan seperti pemberat kertas yang besar?

Komputer tertua dalam koleksi Rushdie adalah Macintosh Performa 5400/180. Pihak perpustakaan menghalang pengunjung untuk menghidupkan komputer dan melihat fail-fail didalamnya, tetapi rupa-rupanya, terdapat cara untuk membolehkan pengunjung berasa seperti mereka melihat fail-fail didalam komputer ini.  The Rushdie Born-Digital Archives Working Group yang dianggotai oleh mereka-mereka yang datang dari pelbagai disiplin iaitu jurutera perisian, pustakawan, dan pengarkib di Universiti Emory bekerjasama dalam usaha unik pengarkiban digital untuk membina pelagak (emulator) bagi membolehkan pengunjung MARBL melihat apa yang terkandung dalam komputer meja Rushdie pada hari terakhir beliau menggunakannya (sebenarnya tidak semua kandungan disertakan, ada yang telah dikeluarkan sebelum ianya dipamerkan kepada umum). Salinan keadaan terakhir komputer riba telah dibuat, dan di bilik bacaan MARBL, pengunjung yang menggunakan komputer riba Apple yang lebih terkini boleh melayari fail-fail Rushdie.

Pengalaman menggunakan komputer versi awal, dengan fon-fon kotak, ikon fail, dan latarbelakangnya, boleh mendatangkan nostalgia, terutamanya kepada orang-orang dewasa yang pernah memiliki komputer seperti ini. Arkib digital Rushdie dalam aturan Mac lama, mengandungi perpustakaan hidupnya: penyata bank, artikel akhbar, deraf–deraf cerita, sekurang-kurangnya satu skrip cerita, malah terdapat juga folder bernama “NAMES FOR NEW CHILD” dan “Puppet Motel Folder”. Bahan-bahan digital ini juga datang dengan bentuk marginalia tersendiri, antaranya diandaikan dikumpulkan didalam folder “STICKIES 1999”. Malah terdapat juga folder “Games”, yang membolehkan anda melihat permainan apa yang dimainkan oleh Rushdie ketika bekerja dibawah ancaman fatwa bunuh terhadapnya.

Tetapi tidak semua arkib digital boleh dikendalikan dengan penyelesaian yang sebegitu elegan. Cakera liut dan cakera keras lama kadangkala amat susah untuk diakses oleh teknologi terkini. Contohnya penyajak Lucille Clifton yang arkibnya terdapat di MARBL bekerja menggunakan VideoWriter yang merupakan generasi awal word processor yang tidak lagi digunakan oleh sesiapa. Salah satu cakera liut milik Clifton tidak boleh dibaca oleh VideoWriter yang turut disumbangkan oleh Clifton kepada perpustakaan ini dan ia juga tidak boleh dibaca oleh komputer terkini. Sebaliknya maklumat magnetik terenkod didalamnya terpaksa di ekstrak menggunakan alatan yang dikenali sebagai KryoFlux Floppy Controller, yang merekod corak “1 dan “0 yang tersimpan didalam cakera. Ini masih jauh dalam menyelesaikan masalah; KyroFLux hanya membuat peta magnetik cakera tersebut, tetapi masih belum wujud teknologi untuk membaca data yang dijumpai, yang bermakna akses kepada hasil kerja Clifton bergantung kepada keupayaan MARBL untuk memastikan VideoWriter yang disumbangkan Clifton ini terus berfungsi dan mengelakkan cakera-cakera liut milik Clifton daripada terus musnah.

VideoWriter milik Clifton, yang kelihatan seperti ketuhar mikro kecil yang mempunyai papan kekunci membawa satu lagi persoalan kepada para pengarkib: adakah mesin tersebut sendiri mempunyai apa-apa kesan terhadap kerja yang dihasilkan daripadanya? Secara teorinya, perkara seperti ini perlu dipertimbangkan. Keterujaan terhadap puisi-puisi Emily Dickinson yang digelar “envelope poems” baru-baru ini menunjukkan bahawa pilihan medium dan halangan-halangan yang dihadapi ketika menulis mempengaruhi kertas yang digunakan untuk menulis. 

Rushdie boleh membantu dalam menjawab persoalan ini dengan tenang kerana beliau berada di persimpangan media moden dalam masa ia berubah dari pen dan kertas kepada komputer peribadi, media sosial, dan penggunaan cloud. Sesiapapun boleh mengandaikan bahawa deposit beliau di MARBL yang seterusnya akan termasuk tweet-tweet dan foto-foto instagram, yang akan ditambah kedalam koleksi digital beliau yang berusia berdekad lamanya itu. Kekayaan data, yang kesemuanya dihasilkan oleh hanya seorang manusia, seharusnya membolehkan para ilmuwan mengkaji nuansa dalam prosesnya dan bagaimana mereka terkesan dengan teknologi yang sentiasa pantas berubah.

***

Artikel tulisan Daniel Rockmore ini diterbitkan oleh New Yorker pada 29 Julai 2014. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI

ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: KEHIDUPAN DIGITAL SALMAN RUSHDIE
KEHIDUPAN DIGITAL SALMAN RUSHDIE
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhON0qRN3Gt0MK49OVqPfxEQcRCe_aLaa8sSH6RoLhsHw3ahxBtQtKTbBiDR2_PiAPLpnIgL6SigJKNZlfifG2h2bH8ZvzFqBxnKD5fXxrLeAHwMPXzkxMrpJSFP3BXLnfo_mG98fje1l3V/s1600/Rushdie_1-690.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhON0qRN3Gt0MK49OVqPfxEQcRCe_aLaa8sSH6RoLhsHw3ahxBtQtKTbBiDR2_PiAPLpnIgL6SigJKNZlfifG2h2bH8ZvzFqBxnKD5fXxrLeAHwMPXzkxMrpJSFP3BXLnfo_mG98fje1l3V/s72-c/Rushdie_1-690.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2014/08/kehidupan-digital-salman-rushdie.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2014/08/kehidupan-digital-salman-rushdie.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin