Di zaman dunia buku sedang bergerak dari bahan bacaan dalam bentuk fizikal ke bentuk elektronik, muncul berbagai-bagai alat bacaan elektronik (e-reader) dalam pebagai jenama, bentuk dan spesifikasi. Baru-baru ini muncul pula satu lagi e-reader terbaru yang kalis air iaitu Kobo Aura H20.
Mengikut sumber rasmi dari laman sesawang Kobo, e-reader terbaru keluaran mereka ini mampu tenggelam selama 30 minit didalam air sedalam satu meter tanpa dimasuki air disamping beberapa ciri-ciri tambahan yang tidak terdapat pada versi Kobo sebelum ini. Ia akan mula dijual secara rasmi pada 01 Oktober 2014. Untuk maklumat anda boleh layari laman sesawang rasmi Kobo Aura H20 di www.kobo.com/koboaurah2o
***
Sumber: Kobo