Pada tahun 2010, BBC telah menemurah seorang lelaki berasal dari Wiltshire bernama Steve Hare yang telah mengumpul buku-buku kulit lembut terbitan syarikat buku Penguin dengan begitu banyak sekali sehinggakan beliau memiliki lebih 15,000 judul. Malahan, ianya tidak lagi muat untuk disimpan didalam rumahnya sehinggakan ia melimpah ruah ke taman diluar rumahnya. Encik Hare tidak berseorangan memiliki minat pelik sebegini. persatuan pengumpul buku Penguin memiliki lebih 500 ahli (walaupun nampak kecil, harus diingat bahawa satu-satunya tujuan persatuan ini adalah untuk mengumpul sejenis buku yang selalu dinilai rendah), dan carian pantas di Pinterest atau Flickr akan menunjukkan berdozen-dozen rak buku yang dipenuhi dengan tulang-tulang buku yang berwarna cerah.
Walaupun rekaan belang-belang oren dan rekabentuk huruf san serif yang mudah mungkin menjadi ciri-ciri utama buku kulit lembut Penguin, contoh-contoh dibawah membuktikan bahawa dalam ia berevolusi, Penguin turut terus meluaskan sempadan maksud sebuah rekaan muka depan buku yang kemas, digilai dan dikumpul. Berikut antara beberapa rekaan asal muka depan buku-buku kulit lembut terbitan Penguin yang terus menjadi pujaan para penggemarnya.
To Kill A Mockingbird - Harper Lee
***
1984 - George Orwell
(rekaan terbaru yang menunjukkan rekaan belang berwarna oren yang provokatif)
***
Kiss Kiss - Roald Dahl
***
Writings From The Zen Masters - Pelbagai penulis
***
In Cold Bold - Truman Capote
***
A Clockwork Orange - Anthony Burgess
***
Koleksi The Penguin Poets - Pelbagai penulis
***
Lady Chatterley's Lover - D.H. Lawrence
***
Sumber: New Republic