Tahukah anda bahawa tiada perkataan “salad” dalam bahasa Korea? Sebaliknya ia menggunakan perkataan “saleodu” yang di fleksi daripada perkataan bahasa Inggeris. Sebenarnya tiada juga perkataan salad dalam bahasa Inggeris. Salad berasal daripada perkataan latin “insalata” yang merupakan nama yang digunakan untuk ikan masin.
Melawan ancaman ketidakmampuan untuk diterjemah, perkataan berpindah dengan mudah dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain. Perkataan pinjaman, seperti yang didefinasikan oleh para ahli etimologi, berakar dalam bahasa yang baru tanpa banyak modifikasi dan mengekalkan rasa dan getar bahasa asal.
Kadang-kadang bahasa berpindah menerusi asimilasi, dengan cara terjemahan terus atau “calque” dari satu bahasa ke bahasa yang lain. Perkataan Inggeris “scapegoat” contohnya diterjemah semula oleh William Tyndale daripada teks ibrani dalam karya Leviticus kepada perkataan Inggeris kurun ke 16 yang kasar dan dipenuhi dengan koma. “Calque” juga sebenarnya merupakan perkataan pinjaman daripada perkataan Jerman, Lehnwort.
Walaupun para pemurni dan preskriptivis sentiasa mencari asal-usul sesuatu bahasa, lidah manusia itu sendiri sebenarnya adalah pembiak bahasa yang amat selesa antara satu sama lain. Emerson pernah menyatakan “semua perkataan adalah puisi fosil” dan dari sudut yang sama, semua perkataan adalah milik orang lain.
Terdapat lebih 6000 bahasa yang dituturkan di seluruh dunia ketika ini dan sejarah membuktikan kebanyakan manusia boleh memahami atau bertutur lebih dari satu bahasa.
Kita menterjemah puisi dan abstrak dari satu bahasa ke dalam bahasa yang lain dengan susah payah sekali tetapi dalam masa yang sama, bahasa-bahasa berbeza yang wujud di dunia ini terus bercakap antara satu sama lain.
***
Artikel ini merupakan terjemahan ringkas ulasan buku Dictionary of Untranslatables oleh Matthew Battles yang diterbitkan oleh Barnes & Nobles pada 1 Julai 2014. Teks asal dalam bahasa Ingeris boleh dibaca di SINI