PEKAN KUCING (BAHAGIAN DUA)


Dilahirkan sebagai anak lelaki ketiga dalam sebuah keluarga petani di wilayah Tohoku yang begitu miskin, ayah Tengo meninggalkan rumahnya sejurus apabila dia mampu berbuat demikian dengan menyertai kumpulan petani nomad dan berpindah ke Manchuria pada tahun 1930an. Dia tidak percaya dengan kenyataan kerajaan bahawa Manchuria adalah sebuah syurga dimana tanahnya begitu luas dan subur. Dia cukup sedar bahawa "syurga" tidak akan dijumpai dimana-mana. Dia hanya seorang yang miskin dan kelaparan. Jika dia terus tinggal dengan keluarganya sudah tentu dia akan kebuluran. Di Manchuria, dia dan petani nomad lain diberikan beberapa alatan untuk bertani dan senjata, dan mereka bersama-sama mengusahkan tanah. Tanah disitu begitu tandus dan berbatu dan menjadi beku ketika musim sejuk. Kadang-kadang apa yang mereka boleh makan hanyalah anjing-anjing liar. Walaupun begitu,  dengan bantuan dari kerajaan, mereka masih mampu untuk terus hidup. Hidup mereka menjadi lebih tidak stabil apabila Soviet Union mula menceroboh seluruh Manchuria pada bulan Ogos 1945. Ayah Tengo lebih awal sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku kerana dia telah dimaklumkan secara rahsia oleh seorang pegawai kerajaan yang rapat dengannya mengenai keadaan ketika itu. Pada ketika dia mendengar berita tentera Soviet telah menceroboh sempadan Manchuria, dia menaiki kuda dan menuju ke sebuah stesyen keretapi berdekatan dan menaiki keretapi kedua terakhir menuju ke Da-Lien. Dia adalah antara salah seorang petani dalam kumpulannya yang berjaya kembali ke Jepun sebelum hujung tahun. Selepas perang, ayah Tengo datang ke Tokyo dan cuba menampung hidupnya dengan menjual barangan di pasaran gelap dan sebagai menjadi perantis kepada seorang tukang kayu tetapi hakikatnya dia masih mengalami kesukaran untuk menampung hidupnya.


Ketika dia bekerja sebagai seorang penghantar barang sebuah kedai arak, dia bertemu dengan rakan lamanya iaitu pegawai kerajaan yang beliau kenali di Manchuria sebelum itu. Bila rakannya tahu mengenai keadaan ayahnya ketika itu yang mengalami kesukaran untuk mencari kerja yang sesuai, dia menawarkan untuk mencadangkan ayah Tengo untuk bekerja dengan rakannya di bahagian langganan di NHK dan ayah Tengo menerimanya dengan senang hati. Dia sedar bahawa dia tidak tahu apa-apa tentang NHK, tetapi dia sanggup untuk mencuba apa sahaja selagi ia menjanjikan pendapatan tetap.


Di NHK, ayah Tengo menjalankan tugasnya dengan begitu bersemangat sekali. Antara kelebihan utamanya adalah ketabahannya ketika berhadapan dengan situasi sukar. Untuk seorang yang tidak pernah berpeluang untuk makan dengan kenyang sejak dari dia lahir, carutan-carutan yang diterimanya tidak membawa apa-apa kesan kepadanya. Tambahan lagi, walaupun dia merupakan antara salah seorang kakitangan berjawatan paling rendah, dia berasa puas kerana berada dalam sebuah organisasi yang penting. Prestasi dan sikapnya begitu mengagumkan yang mana beliau diambil sebagai kakitangan tetap hanya selepas setahun dia diupah sebagai pengutip yuran langganan yang merupakan satu pencapaian yang jarang-jarang didengar di NHK. Tidak berapa lama selepas itu, dia mampu berpindah ke pangsapuri milik koperasi dan menyertai skim penjagaan kesihatan syarikatnya. Ia merupakan perkara paling baik yang pernah dia diperolehi dalam hidupnya.


Ketika muda ayah Tengo tidak pernah mendodoikan Tengo dan tidak pernah membaca buku kepada Tengo sebelum tidur. Sebaliknya, dia menceritakan kisah-kisah pengalaman hidupnya yang sebenar. Dia seorang yang pandai bercerita. Kisah-kisah dizaman kanak-kanak dan remaja ayahnya sebenarnya tidak mengandungi banyak makna tetapi kisah-kisahnya menghiburkan. Ada kisah-kisah yang lucu, menyedihkan dan ganas. Jika episod-episod dalam kehidupan boleh diukur melalui warna dan keragamannya, maka kisah hidup yang dilalui oleh ayah Tengo mungkin begitu kaya dengan caranya yang tersendiri.Tetapi kisah ayahnya akan menjadi lesu bila dia menyentuh tentang ketika selepas dia menjadi pekerja NHK. Dia bertemu dengan seorang perempuan, mengahwininya dan memiliki seorang anak - Tengo. Beberapa bulan selepas Tengo dilahirkan, ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Ayahnya membesarkan Tengo sendirian dalam dia bekerja dengan kuat untuk NHK. Habis cerita. Ayahnya hampir tidak pernah menceritakan apa-apa tentang bagaimana dia bertemu dan berkahwin dengan ibu Tengo, wanita bagaimanakah ibu Tengo, apa yang menyebabkan ibu Tengo mati, samada ibu Tengo meninggal dunia dengan mudah atau adakah dia sakit teruk sebelum itu. Jika Tengo cuba bertanya, ayahnya akan mengelak untuk menjawab. Selalunya soalan-soalan tersebut akan menyebabkan anginnya menjadi tidak baik. Tiada juga sebarang gambar ibu Tengo yang masih disimpan.


Tengo sebenarnya tidak mempercayai cerita-cerita ayahnya. Dia tahu ibunya tidak meningal dunia beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Satu-satunya memori tentang ibunya adalah ketika dia berusia setahun setengah ketika ibunya berdiri di sebelah katil bayinya dalam dakapan seorang lelaki yang bukan suaminya. Ibunya menanggalkan blaus dan sarung teteknya, dan membiarkan lelaki yang bukan suaminya menghisap teteknya. Tengo tidur disebelah mereka berdua dan nafas lelaki tersebut jelas kedengaran. Tetapi pada masa yang sama Tengo sebenarnya tidak tidur. Dia sedang melihat ibunya.


Ini merupakan memori Tengo mengenai ibunya. Babak sepuluh saat tersebut terakam dalam otaknya dengan begitu jelas. Ia adalah satu-satunya maklumat kukuh yang dia ada tentang ibunya, satu-satunya kaitan tipis dalam otak Tengo mengenai ibunya. Tengo dan ibunya dihubungkan melalui tali pusat hipotetikal. Tetapi ayah Tengo tidak mengetahui bahawa memori ini wujud dalam ingatan Tengo atau bagaimana Tengo, seperti seekor lembu di padang ragut, memuntahkan cebisan-cebisan memori ini untuk ditelan semula bagi mendapatkan khasiat-khasiat pentingnya.  Ayah dan anak: masing-masing terkunci dalam dakapan yang dalam dan gelap bersama rahsia masing-masing.


Sebagai seorang dewasa, Tengo selalu memikirkan samada lelaki muda yang beliau nampak menghisap tetek ibunya adalah ayahnya yang sebenar. Ini adalah kerana Tengo tidak langsung memiliki ciri-ciri fizikal ayahnya si pengutip yuran langganan NHK yang hebat itu. Tengo adalah seorang lelaki yang tegap dan tinggi dengan dahi yang luas, hidung yang leper dan telinga yang runcing seperti telinga kuda. Jika Tengo memiliki perwatakan yang tenang dan pemurah, ayahnya pula kelihatan gementar dan kedekut. Orang selalu menyatakan bahawa jika rupa mereka berdua dibandingkan, mereka kelihatan agak berbeza.


Apapun, perkara yang menyebabkan Tengo susah untuk mengaitkan dirinya dengan ayahnya bukanlah kerana perbezaan ciri-ciri fizikal tetapi kerana perbezaan psikologi mereka berdua. Ayahnya tidak menunjukkan apa-apa tanda dia memiliki keingintahuan intelek. Memang benar ayahnya dilahirkan dalam kemiskinan dan tidak pernah mendapat pendidikan yang sempurna. Tetapi keinginan asas untuk mendapatkan pengetahuan - yang Tengo andaikan adalah kehendak semulajadi manusia - tidak wujud dalam diri ayahnya. Ayahnya memiliki kebijaksanaan praktikal untuk membolehkan dia hidup tetapi Tengo tidak dapat mengesan apa-apa tanda keinginan pada ayahnya untuk berfikir lebih mendalam dan memiliki pandangan tentang dunia yang lebih besar dan luas. Ayah Tengo tidak pernah kelihatan mengalami apa-apa ketidakselesaan akibat udara yang tidak bergerak dalam kehidupannya yang sempit. Tengo tidak pernah melihat ayahnya membaca buku. Dia tidak mempunyai apa-apa minat terhadap muzik atau filem dan dia tidak pernah pergi keluar bercuti kemana-mana. Satu-satunya perkara yang dia minat adalah jalan-jalan yang beliau gunakan untuk mengutip yuran langganan. Dia akan membuat peta kawasan kutipan, menandakannya dengan pen-pen warna, dan menilitinya setiap kali dia ada masa terluang seperti seorang ahli biologi meneliti kromosom.


Sebaliknya, Tengo memiliki rasa ingin tahu tentang segala-segala. Dia menyerap pengetahuan dari pelbagai bidang dengan begitu efisyen seperti penyodok yang mencedok tanah. Sejak kecil dia dianggap sebagai seorang kanak-kanak luarbiasa yang begitu hebat dalam matematik dan ketika dia di gred tiga dia boleh menyelesaikan permasalahan matematik sekolah tinggi. Bagi Tengo yang masih kecil, matematik merupakan cara efektif dia menjauhkan dirinya dari kehidupan bersama ayahnya. Dalam dunia matematik, dia akan berjalan menuruni beranda yang panjang, membuka pintu-pintu bernombor satu-persatu. Setiap kali, keajaiban baru akan muncul didepannya dan kesan-kesan hodoh dari dunia nyata akan hilang dengan mudahnya. Dia akan berasa bebas selagi dia terus secara aktif menjelajah alam tekal yang tiada penghujungnya.


Jika matematik adalah sebuah bangunan imaginasi untuk Tengo, sastera pulak adalah sebuah hutan magis yang luas. Matematik menghala ke atas menuju ke syurga-syurga tanpa penghujungnya tetapi cerita-cerita pula terbentang dihadapannya dimana akar-akarnya menghala jauh ke dalam bumi. Didalam hutan ini tidak wujud peta atau pintu. Bila umur Tengo bertambah dewasa, hutan cerita ini mula mencengkam hatinya dengan lebih kuat berbanding dunia matematik. Tetapi sudah tentu membaca novel hanyalah salah satu cara untuk lari dari dunia nyata. Sejurus dia menutup buku, dia perlu kembali semula ke dunia. Tetapi ada ketikanya dia perasan bahawa kembali ke dunia nyata dari dunia didalam novel tidak lah begitu memberi kesan yang teruk berbanding kembali dari dunia matematik.


Kenapa ia jadi seperti itu? Selepas berfikir panjang, dia membuat satu kesimpulan. Tidak kira bagaimana sekalipun perkara-perkara menjadi begitu jelas ketika didalam hutan cerita, hakikatnya tidak pernah wujud penyelesaiannya yang mudah, seperti juga dalam dunia matematik. Bergantung kepada sifat dan arah permasalahan tersebut, penyelesaiannya mungkin boleh dijumpai dalam naratif ceritanya. Tengo akan kembali ke dunia nyata dengan naratif tersebut. Ia seperti sekeping kertas yang mengandungi tulisan jampi serapah yang susah dibaca. Ia tidak memiliki arah tuju praktikal yang boleh digunakan dengan segera, tetapi ianya mengandungi kemungkinan.


Salah satu kemungkinan penyelesaian yang Tengo dapat fahami dari pembacaannya adalah ini: Ayah sebenar aku mungkin ada ditempat lain. Seperti seorang kanak-kanak yang kurang bernasib didalam novel Dickens, Tengo mungkin dipandu oleh situasi-situasi pelik yang menyebabkan dia dibesarkan oleh si penyamar ini. Kemungkinan seperti itu adalah mimpi ngeri dan juga harapan yang besar. Selepas membaca Oliver Twist, Tengo membaca setiap novel Dickens yang terdapat didalam perpustakaan. Dalam dia mengembara ke dalam cerita-cerita Dickens, dia turut menenggelamkan dirinya dalam versi imaginasi semula kisah hidupnya. Fantasi-fantasi ini kemudian menjadi lebih panjang dan rumit. Ia mengikuti satu corak, tetapi dengan variasi yang tiada penghujungnya. Dalam kesemua fantasi tersebut, Tengo akan memberitahu dirinya bahawa rumah ayahnya yang sebenar adalah bukan rumah yang dia sedang diami. Dia dikunci dengan salah didalam sebuah sangkar dan satu hari nanti ibu-bapanya yang sebenar akan datang mencari dan menyelamatkannya. Kemudian dia akan memiliki hari ahad yang paling cantik, tenang dan lapang seperti yang dibayangkannya...


Ayah Tengo begitu berbangga dengan gred cemerlang yang diperolehi anaknya, dan bercakap dengan gah mengenainya kepada orang-orang dikawasan kejiranannya. Pada masa yang sama, dia turut menunjukkan perasaan tidak senang dengan bakat dan kebijaksanaan Tengo. Kerap kali ketika Tengo sedang duduk belajar di mejanya, ayahnya akan menggangunya dengan mengarahkan Tengo untuk melakukan kerja-kerja rumah dan berleter tentang perangai Tengo yang dikatakan kurang ajar. Isi kandungan leteran ayahnya selalunya sama: dia bersusah payah setiap hari berkejar kesana sini mengutip yuran langganan dikawasan yang begitu besar dan menahan diri menerima carutan-carutan sedangkan Tengo selalunya tidak melakukan apa-apa dan hidup senang dan selesa sepanjang masa. "Ketika aku berumur seperti kau, mereka membuat aku bekerja begitu keras, dan ayah dan abang-abang aku akan memukul aku dengan teruk tanpa sebab. Mereka tak pernah memberikan aku makanan yang cukup. Mereka melayan aku seperti binatang. Aku tak nak kau fikir kau seorang yang istimewa hanya sebab kau dapat beberapa gred yang cemerlang."


Tengo pada beberapa ketika mula berfikir, lelaki ini iri hati dengan aku. Dia iri hati, samada sebab aku sebagai seorang manusia atau sebab kehidupan yang aku sedang lalui. Tetapi adakah seorang ayah benar-benar boleh merasa iri hati terhadap anaknya? Tengo tidak pernah menghakimi ayahnya, tetapi dia tidak boleh mengelak untuk berasa wujudnya satu bentuk kejahatan yang menyedihkan yang hadir melalui kata-kata dan perbuatannya. Ayah Tengo tidak membenci Tengo sebagai seorang manusia, tetapi dia membenci sesuatu didalam diri Tengo, sesuatu yang dia tidak boleh maafkan...(Bersambung)

***
Ini merupakan terjemahan bahasa Melayu untuk bab Town Of Cats dari novel IQ84 tulisan Haruki Murakami. Terjemahan ini merupakan terjemahan dari teks terjemahan bahasa Inggeris oleh Jay Rubin.

Baca terjemahan Pekan Kucing (Bahagian Satu) di SINI

Sumber gambar: google image



ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: PEKAN KUCING (BAHAGIAN DUA)
PEKAN KUCING (BAHAGIAN DUA)
http://3.bp.blogspot.com/-242_McmDVyQ/U_cP50uKMzI/AAAAAAAAB4I/CnTi_4mCWfI/s1600/Stray-cats-in-Cyprus.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-242_McmDVyQ/U_cP50uKMzI/AAAAAAAAB4I/CnTi_4mCWfI/s72-c/Stray-cats-in-Cyprus.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2014/08/pekan-kucing-bahagian-dua.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2014/08/pekan-kucing-bahagian-dua.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin