PEKAN KUCING (BAHAGIAN SATU)


Di stesyen Koenji, Tengo menaiki keretapi laju laluan Chuo. Gerabak yang dinaikinya kosong. Dia tidak mempunyai apa-apa rancangan pada hari itu. Kemana dia mahu pergi dan apa yang dia mahu lakukan terpulang kepada dirinya sendiri. Jam menunjukkan pukul 10:00 pada pagi musim panas yang tidak berangin, dan matahari memancar terik. Keretapi melintasi Shinjuku, Yotsya, Ochanomizu, dan tiba di stesyen utama Tokyo di penghujung laluannya. Semua penumpang turun dan Tengo turut ikut turun. Dia kemudian duduk di sebuah bangku dan memikirkan kemanakah dia patut pergi. "Aku boleh pergi kemana saja yang aku suka" Tengo memberitahu dirinya. "Nampaknya hari seperti akan jadi sangat panas. Aku boleh pergi ke pantai." Dia mengangkat kepalanya dan meneliti panduan di pelantar stesyen.

Pada ketika ini dia tersedar apa yang dia sedang lakukan sepanjang masa itu. 

Dia cuba menggelengkan kepalanya beberapa kali, tetapi idea yang datang kepadanya tidak mahu hilang. Dia mungkin membuat keputusan tanpa dia sendiri sedari ketika dia menaiki gerabak laluan Chuo di Koenji. Dia mengeluh dengan kuat, bangun dari tempat duduknya, dan bertanya kepada seorang kakitangan lelaki di stesyen tersebut berkenaan laluan paling cepat ke Chikura. Lelaki tersebut menyelak mukasurat-mukasurat jadual perjalanan keretapi yang tebal. Lelaki tersebut menyatakan dia perlu menaiki keretapi ekspres khas pada jam 11:30 pagi menuju ke Tetayama, dan kemudian bertukar menaiki keretapi biasa dan dia akan sampai di Chikura pada jam lebih kurang pukul 2:00 petang. Tengo membeli tiket pergi-balik Tokyo Chikura. Kemudian dia menuju ke sebuah restoran didalam stesyen keretapi tersebut dan memesan nasi dan kari dan juga salad. 

Pergi menemui ayahnya bukan sesuatu yang menyenangkan hatinya. Dia tidak pernah menyukai ayahnya, dan ayahnya juga tidak pernah mempunyai apa-apa perasaan sayang terhadap dia. Ayahnya telah bersara 4 tahun sebelum itu dan tidak lama selepas itu, ayahnya dimasukkan ke sebuah sanatorium di Chikura yang diwujudkan khas untuk merawat pesakit-pesakit yang mempunyai masalah kekacauan kognitif. Tengo hanya pernah melawat ayahnya disitu tidak lebih dari dua kali - kali pertama ketika ayahnya dimasukkan ke situ dan peraturan tempat itu memerlukan Tengo berada disitu kerana dia merupakan satu-satunya ahli keluarga terdekat. Lawatan kali kedua juga melibatkan hal-hal pentadbiran. Dua kali: itu saja.

Sanatorium tersebut dibina di atas satu lapangan besar berdekatan persisiran pantai. Ia merupakan kombinasi pelik diantara bangunan kayu dan bangunan konkrit baru setinggi 3 tingkat. Udaranya menyegarkan tetapi selain daripada bunyi deruan ombak, kawasan tersebut selalunya sunyi. Pokok-pokok pain yang tersusun disepanjang taman bertindak sebagai penghadang angin. Kemudahan perubatan di sanatorium tersebut sangat bagus. Dengan insuran kesihatan, bonus persaraan, wang simpanan dan duit pencen, ayah Tengo mungkin mampu tinggal ditempat tersebut dengan selesa sehingga akhir hayatnya. Ayahnya mungkin tidak mampu untuk meninggalkan harta warisan yang banyak, tetapi Tengo bersyukur kerana sekurang-kurangnya ayahnya mampu hidup disitu dengan selesa. Tengo tidak berhasrat untuk mengambil apa-apa atau memberi apa-apa kepada ayahnya. Mereka adalah dua manusia berbeza yang datang dari -dan menuju ke- tempat yang berbeza. Atas sebab takdir, mereka menghabiskan masa hidup bersama untuk beberapa tahun - tetapi cukup setakat itu saja. Agak sayang ia terjadi seperti itu tetapi tiada apa yang mampu Tengo lakukan mengenainya.

Tengo membayar harga makanannya dan menuju ke pelantar stesyen untuk menunggu ketibaan keretapi ke Tateyama. Satu-satunya penumpang yang turut menuju ke arah yang sama adalah satu keluarga yang kelihatan begitu gembira menuju ke pantai untuk menghabiskan masa selama beberapa hari disana. 

Kebanyakan orang beranggapan hari ahad adalah hari untuk berehat. tetapi sepanjang zaman kanak-kanaknya Tengo tidak pernah merasakan hari ahad sebagai hari untuk dinikmati. Bagi dia, hari ahad adalah seperti bulan berbentuk pelik yang hanya menunjukkan bahagian gelapnya sahaja. Apabila hujung minggu tiba, seluruh badannya mula terasa malas dan sakit dan selera makannya akan hilang. Malahan dia pernah berdoa supaya hari ahad tidak akan muncul, walaupun doanya tidak pernah dimakbulkan.

Ketika Tengo masih seorang kanak-kanak, ayahnya bekerja sebagai seorang pengutip yuran langganan untuk NHK - sebuah stesyen saluran radio dan televisyen separa-kerajaan di Jepun - dan setiap hari ahad, ayahnya akan mengutip yuran langganan dari pintu ke pintu dengan membawa Tengo bersama. Tengo telah mula mengikuti ayahnya sejak sebelum dia masuk tadika lagi dan ianya berterusan sehingga dia masuk ke gred lima tanpa sebarang rehat. Dia tidak tahu samada pengutip yuran langganan untuk NHK bekerja pada hari ahad, tapi sepanjang ingatan dia, ayahnya sentiasa bekerja pada hari ahad. Malahan, ayahnya lebih bersemangat untuk bekerja pada hari ahad kerana dia boleh mengutip yuran daripada mereka yang tiada dirumah pada hari biasa.

Ayahnya mempunyai beberapa sebab kenapa dia membawa Tengo bersama. Salah satunya adalah kerana dia tidak boleh meninggalkan Tengo bersendirian di rumah. Pada hari biasa dan hari sabtu, Tengo boleh pergi ke sekolah atau pusat jagaan tetapi tempat-tempat ini ditutup pada hari ahad. Satu lagi sebab seperti yang pernah dinyatakan oleh Ayah Tengo, adalah kerana ia adalah sangat penting untuk seorang ayah menunjukkan kepada anaknya jenis kerja yang dia lakukan. Seorang anak dari awal perlu belajar apa kerja yang menampung hidupnya dan dia perlu menghargai kepentingan sesuatu kerja. Ayah Tengo turut pernah dihantar untuk bekerja di ladang milik ayahnya, juga pada hari ahad, sejak dari ketika umur Tengo mula boleh memahami apa yang berlaku dalam hidupnya. Dia juga pernah ponteng sekolah ketika datangnya musim-musim yang menyebabkan ladang tersebut begitu sibuk. Bagi Tengo, itulah kehidupan yang diberikan tuhan kepadanya.

Sebab ketiga dan terakhir menurut ayah Tengo adalah sebab yang agak kalkulatif, yang mana menyebabkan hati Tengo benar-benar terluka. Ayah Tengo sedar dengan membawa anak kecil akan membuatkan kerjanya lebih mudah. Malah orang yang begitu susah untuk membayar yuran langganan pasti akan cair apabila ada seorang budak lelaki merenungnya, yang mana ia merupakan sebab kenapa ayah Tengo menangguhkan kutipan yuran untuk orang yang susah untuk membuat bayaran ke hari ahad. Sejak dari mula Tengo dapat merasakan inilah peranan yang dia perlu mainkan, dan dia amat membencinya. Tetapi dia juga berasa dia perlu memainkan peranannya sebijak mungkin untuk memuaskan hati ayahnya. Jika dia memuaskan hati ayahnya, dia akan dilayan dengan baik pada hari tersebut. Dia mungkin juga sebenarnya menjadi seperti seekor monyet yang terlatih.

Satu-satunya perkara yang membuat Tengo berasa bersyukur adalah kawasan kutipan yuran langganan yang dikendalikan ayahnya agak jauh dari rumahnya. Mereka tinggal di sebuah kawasan perumahan sub-urban diluar bandar Ichikawa, dan kawasan kutipan ayahnya adalah di tengah-tengah bandar tersebut. Sekurang-kurangnya dia dapat mengelak daripada melakukan kutipan dirumah-rumah rakan sekelasnya. Tetapi kadang-kadang ketika dia berjalan-jalan di kawasan membeli-belah di pusat bandar, dia ada juga ternampak rakan sekelasnya. Bila perkara ini berlaku, dia akan bersembunyi dibelakang ayahnya untuk mengelak daripada dilihat oleh rakan sekelasnya.

Pada setiap pagi isnin, rakan-rakannya di sekolah akan teruja bercerita tentang apa yang mereka lakukan dan kemana mereka pergi pada hari sebelumnya. Mereka pergi ke taman-taman hiburan dan zoo dan menonton perlawanan bola lisut. Pada musim panas, mereka pergi berenang dan pada musim sejuk mereka pergi bermain ski. Tetapi Tengo tidak mempunyai apa-apa untuk diceritakan. Dari waktu pagi hingga malam setiap hari ahad, dia dan ayahnya akan membunyikan loceng-loceng dirumah orang-orang yang tidak dikenali, menundukkan kepala mereka, dan mengutip duit dari orang-orang yang menyambut mereka di pintu. Jika ada orang tidak mahu membuat bayaran, ayahnya akan membuat ugutan atau memujuk mereka. Jika ada yang cuba berdolak dalih untuk tidak membuat bayaran, ayahnya akan meninggikan suara. Kadang-kadang ayahnya akan mencarut kepada mereka seperti mencarut kepada anjing-anjing liar. Pengalaman-pengalaman sebegini bukanlah sesuatu yang Tengo boleh kongsikan dengan rakan-rakannya. Dia tidak boleh mengelak untuk berasa seperti makluk asing dalam lingkungan anak-anak kelas pertengahan pekerja-pekerja kolar putih. Dia hidup dalam kehidupan berbeza. Nasib baik, gred pembelajarannya disekolah begitu cemerlang, seperti juga kebolehannya dalam sukan. Jadi, walaupun dia seperti makhluk asing, dia tidak pernah dipinggirkan. Dalam banyak keadaan, beliau dilayan dengan penuh hormat. Tetapi setiap kali rakan-rakannya mengajak beliau untuk pergi kemana-mana atau datang berkunjung ke rumah mereka pada hari ahad, dia terpaksa menolaknya. Lama kelamaan, mereka berhenti mengajak Tengo...(Bersambung)

***
Ini merupakan terjemahan bahasa Melayu untuk bab Town Of Cats dari novel IQ84 tulisan Haruki Murakami. Terjemahan ini merupakan terjemahan dari teks terjemahan bahasa Inggeris oleh Jay Rubin.

Sumber gambar: google image



ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: PEKAN KUCING (BAHAGIAN SATU)
PEKAN KUCING (BAHAGIAN SATU)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0020VVyWGpRz25mGT_ZbejESm_mhzoMfR4RMwstbSvAYqjLRg9cRmxcT85dWMP2-HORUkr20LK45DNA4URyT4KHNWdAmZ2HajvVD0DPKwvy1NQVyLDrn1jkPE8vvLs0WVTHpolTOjsTQm/s1600/7098157849_a099b93ae5_b.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0020VVyWGpRz25mGT_ZbejESm_mhzoMfR4RMwstbSvAYqjLRg9cRmxcT85dWMP2-HORUkr20LK45DNA4URyT4KHNWdAmZ2HajvVD0DPKwvy1NQVyLDrn1jkPE8vvLs0WVTHpolTOjsTQm/s72-c/7098157849_a099b93ae5_b.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2014/08/pekan-kucing-bahagian-satu.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2014/08/pekan-kucing-bahagian-satu.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin