PEKAN KUCING (BAHAGIAN TIGA)


Apabila keretapi bergerak meninggalkan stesyen keretapi Tokyo, Tengo mengeluarkan buku yang dibawanya bersama. Ia merupakan sebuah antologi cerpen bertema pengembaraan dan mengandungi sebuah cerita bertajuk "Pekan Kucing," cerita yang cukup bagus tulisan seorang penulis Jerman yang Tengo tidak berapa kenal. Menurut prakata buku tersebut, cerita ini di tulis diantara masa perang dunia pertama dan perang dunia kedua.

Didalam cerita tersebut, seorang lelaki muda mengembara berseorangan tanpa arah tuju yang jelas. Dia menaiki keretapi dan turun di stesyen-stesyen yang menarik minatnya. Dia akan menyewa sebuah bilik, pergi bersiar-siar, dan akan berada disitu selama mana dia mahu. Bila dia sudah puas, dia akan menaiki keretapi seterusnya. Dia menghabiskan setiap percutiannya dengan cara sebegini.

Satu hari dia ternampak satu sungai yang cantik dari tingkap keretapi. Bukit-bukit hijau yang menyamankan menghiasi sungai yang berliku itu dan dikaki bukit-bukit tersebut terletaknya sebuah pekan kecil yang cantik yang mempunyai jambatan lama yang dibina dari batu. Keretapi berhenti di stesyen yang terletak di pekan tersebut, dan lelaki muda itu turun dengan membawa begnya. Tiada sesiapa yang lain turun bersama dan sejurus dia turun, keretapi pun meneruskan perjalanannya.


Sudah tentu tidak banyak perkara berlaku di stesyen tersebut kerana tidak kelihatan mana-mana pekerja menjaga stesyen itu. Lelaki muda itu berjalan menyeberangi jambatan batu dan menuju pekan tersebut. Kesemua kedai ditutup dan dewan di pekan tersebut tidak berpenghuni. Tiada siapa berada di kaunter di satu-satunya hotel yang terdapat disitu. Kawasan itu nampak seperti langsung tidak berpenghuni. Mungkin semua orang sedang tidur dimana-mana tapi ia mungkin satu hal yang terlalu awal untuk dilakukan kerana jam baru menunjukkan pukul 10:30 pagi. Mungkin ada sesuatu yang berlaku yang menyebabkan mereka meninggalkan pekan tersebut. Apapun, dia tidak mempunyai sebarang pilihan dan terpaksa bermalam disitu kerana keretapi seterusnya hanya akan datang keesokan harinya. Dia merayau-rayau kesekeliling pekan tersebut untuk menghabiskan masanya.


Sebenarnya, ia adalah sebuah pekan kucing. 


Apabila matahari mula terbenam, banyak kucing dari pelbagai jenis dan warna akan menyeberangi jambatan batu untuk datang ke pekan tersebut. Mereka bersaiz lebih besar daripada kucing-kucing biasa, tetapi mereka masih seekor kucing. Lelaki muda tersebut begitu terkejut melihat perkara ini. Dia berlari masuk kedalam menara loceng ditengah-tengah pekan dan memanjat ke atas untuk bersembunyi. Kucing-kucing tersebut mula melakukan hal-hal mereka, membuka tingkap kedai atau duduk dimeja untuk memulakan kerja harian mereka. Tidak berapa lama selepas itu, lebih banyak kucing datang, menyeberangi jambatan untuk datang ke pekan tersebut seperti kucing-kucing sebelumnya. Mereka masuk ke kedai-kedai untuk membeli barang atau pergi ke dewan di pekan tersebut untuk menguruskan hal-hal pentadbiran atau makan di restoran hotel atau minum bir di di kedai minuman keras sambil menyanyikan lagu-lagu kucing yang menghiburkan. Kerana kucing boleh melihat didalam gelap, mereka hampir tidak memerlukan sebarang cahaya tetapi pada malam itu cahaya bulan menyinari seluruh pekan tersebut yang membolehkan lelaki muda tersebut memerhatikan setiap perkara yang dilakukan oleh kucing-kucing itu dari tempat persembunyiannya di atas menara loceng. Apabila subuh menjelang, kucing-kucing tersebut akan menyelesaikan kerja mereka, menutup kedai-kedai dan kembali semula menyeberangi jambatan batu. 


Apabila matahari terbit, kesemua kucing telah tiada dan pekan tersebut kembali tidak berpenghuni. Lelaki muda tersebut turun dari menara loceng dan memilih sebuah katil di hotel dan terus tidur. Apabila dia lapar, dia memakan roti dan ikan yang ditinggalkan di dapur hotel. Apabila hari mula gelap, dia kembali bersembunyi di menara loceng dan memerhatikan aktiviti kucing-kucing tersebut sehingga subuh. Keretapi berhenti di stesyen sebelum tengahari dan awal petang. Tiada penumpang turun dan tiada juga penumpang yang naik. Walaupun begitu, keretapi masih berhenti di stesyen tersebut selama satu minit dan berlepas semula. Dia boleh meninggalkan pekan kucing yang agak menyeramkan itu tetapi dia tidak berbuat demikian. Sebagai orang muda, dia mempunyai perasaan ingin tahu dan sentiasa bersedia untuk sebarang cabaran. Dia mahu melihat lebih banyak episod-episod pelik di pekan tersebut. Jika boleh, dia ingin mengetahui bila dan kenapa tempat tersebut menjadi sebuah pekan kucing.

Pada malam ketiga, laman di bawah menara loceng tiba-tiba menjadi riuh. 


"Hei, awak ada bau apa-apa seperti manusia?" kata salah seekor kucing. "Saya pun sebenarnya baru terfikir yang saya ada terbau bauan yang aneh beberapa hari ini bila awak cakap begitu" kata seekor lagi kucing sambil mengerak-gerakkan hidungnya. "Saya pun sama" kata seekor lagi kucing. "Pelik juga, tiada manusia sepatutnya berada disini" celah seekor lagi kucing. "Tak, sudah tentu tak ada. Mustahil manusia boleh masuk ke pekan kucing ini." "Tapi bau manusia memang sah ada disini."

Kucing-kucing tersebut membahagikan diri mereka kepada beberapa kumpulan dan mula memeriksa seluruh pekan seperti kumpulan pengawal keselamatan. Mereka tidak mengambil masa yang lama untuk mengetahui bahawa menara loceng adalah punca dari mana datangnya bau manusia tersebut. Lelaki muda tersebut mendengar cakaran-cakaran lembut kucing tersebut mendaki tangga menara loceng. Habislah, mereka sudah menjumpai aku! fikir lelaki muda itu. Bau lelaki muda itu nampaknya telah membangkitkan kemarahan kucing-kucing tersebut. Manusia tidak sepatutnya berada di pekan ini. Kucing-kucing tersebut mempunyai kuku besar yang tajam dan taring-taring berwarna putih. Dia tidak mengetahui apakah nasib yang bakal menimpanya, tetapi dia begitu yakin kucing-kucing tersebut tidak akan membiarkan dia meninggalkan pekan tersebut hidup-hidup.


Tiga ekor kucing mendaki ke puncak menara dan membau udaranya. "Pelik" kata seekor kucing sambil menggerak-gerakkan misainya. "Saya ada terbau manusia, tapi tiada siapa disini." 


"Memang betul pelik" kata kucing kedua. "Tapi memang betul tiada siapa disini. Mari kita pergi dan cari di tempat lain."

Kucing-kucing tersebut menelengkan kepala mereka, keliru, dan kemudian menuruni tangga untuk ke bawah. Lelaki muda tersebut mendengar bunyi tapak kaki mereka beransur-ansur hilang dalam kegelapan malam. Dia menarik nafas lega tetapi dia tidak faham apa sebenarnya yang baru berlaku. Mustahil mereka tidak melihat dia. Tetapi entah kenapa mereka memang tidak dapat melihat dia. Apapun, dia mengambil keputusan untuk pergi ke stesyen keretapi apabila pagi muncul dan menaiki keretapi meninggalkan pekan tersebut. Dia tidak mungkin akan sentiasa bernasib baik.


Tetapi, pada keesokan paginya keretapi tidak berhenti di stesyen. Dia melihat keretapi melalui stesyen tersebut tanpa memperlahankan kelajuannya. Keretapi pada sebelah tengahari juga sama. Dia boleh melihat jurutera duduk di ruang kawalan didalam keretapi. Tetapi keretapi tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti. Ia kelihatan seperti tiada siapa nampak lelaki muda itu menunggu keretapi - atau nampak kewujudan stesyen tersebut. Sebaik saja keretapi pada sebelah tengahari hilang dari pandangan, tempat itu menjadi lebih sunyi dari biasa. Matahari mula terbenam. Sudah tiba masanya untuk kucing-kucing datang. Lelaki muda itu tahu yang dia sebenarnya telah hilang. Dia akhirnya sedar bahawa ini sebenarnya bukan pekan kucing. Ini merupakan tempat dia ditakdirkan untuk hilang. Ia dunia yang lain yang telah disediakan khas untuknya. Dan keretapi tidak akan berhenti disitu lagi selama-lamanya untuk membawanya kembali ke dunia dari mana dia datang.


Tengo membaca cerita ini sebanyak dua kali. Ayat "tempat dia ditakdirkan untuk hilang" menarik perhatiannya. DIa menutup buku dan membiarkan matanya melilau memerhatikan pemandangan kilang-kilang yang lesu melewati tingkap keretapi. Tidak berapa lama selepas itu, dia pun tertidur - bukan tidur yang panjang tapi tidur yang lena. Dia terjaga dari tidur dengan badannya dibasahi peluh. Keretapi ketika itu sedang bergerak di sepanjang persisiran pantai di sebelah selatan semenanjung Boso di pertengahan musim panas.

Pada satu pagi ketika dia di gred lima, selepas dia berfikir panjang, Tengo mengumumkan bahawa dia akan berhenti mengikut ayahnya pada setiap hari ahad. Dia memberitahu ayahnya dia mahu menggunakan masa tersebut untuk belajar dan membaca buku dan bermain dengan kanak-kanak lain. Dia mahu menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain. 

Tengo sudah menyatakan apa yang dia mahu kata, dengan jelas dan padu. 


Ayahnya, sudah tentunya, mengamuk. Dia menyatakan dia tidak peduli apa yang keluarga lain lakukan. "Kita mempunyai cara kita sendiri untuk menjalani hidup. Dan kau jangan sekali-kali berani bercakap kepada aku tentang "hidup yang normal" wahai manusia yang serba tahu. Apa yang kau tahu tentang 'hidup yang normal'?" Tengo tidak cuba untuk melawan cakap ayahnya. Dia hanya merenung ayahnya dalam diam, kerana dia tahu walau apa pun yang dia katakan, ia tidak akan mampu sampai kepada ayahnya. Ayahnya kemudian berkata kepadanya bahawa jika dia tidak mendengar cakap ayahnya, dia tidak akan terus menampung hidup Tengo. Tengo boleh berambus keluar dari rumah.

Tengo melakukan apa yang dikatakan oleh ayahnya. Dia telah membuat keputusan. Dia tidak akan menjadi seorang penakut. Ayahnya telah memberi kebenaran untuk dia meninggalkan sangkarnya dan dia sebenarnya berasa begitu lega. Tetapi adalah mustahil untuk seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun hidup seorang diri. Apabila kelas  disekolahnya berakhir, dia memberitahu kesukaran yang dihadapinya kepada cikgunya. Cikgunya adalah seorang wanita berumur pertengahan 30an dan masih belum berkahwin, jujur dan sangat baik hati. Dia mendengar luahan Tengo dengan penuh simpati dan petang itu dia membawa Tengo kembali ke rumah ayahnya untuk berbual panjang. 

Tengo disuruh untuk meninggalkan ruang tamu, jadi dia tidak pasti apa yang cikgu dan ayahnya bualkan, tetapi akhirnya ayahnya terpaksa mengalah. Tidak kira betapa marah pun dia, dia tidak mampu untuk membiarkan seorang budak lelaki berusia sepuluh tahun tinggal berseorangan di jalanan. Tugas seorang bapa untuk menjaga anaknya adalah satu kewajiban dibawah undang-undang. 


Hasil daripada perbualan panjang antara cikgu dan ayahnya, Tengo bebas untuk menghabiskan hari ahadnya seperti mana yang dia mahu. Ini adalah hak yang jelas yang  pertama kali beliau perolehi daripada ayahnya. Dia telah mengambil langkah pertama menuju kebebasan dan kemerdekaan.


(Bersambung)



***
Ini merupakan terjemahan bahasa Melayu untuk bab Town Of Cats dari novel IQ84 tulisan Haruki Murakami. Terjemahan ini merupakan terjemahan dari teks terjemahan bahasa Inggeris oleh Jay Rubin.

Baca terjemahan Pekan Kucing (Bahagian Satu) di SINI
Baca terjemahan Pekan Kucing (Bahagian Dua) di SINI

Sumber gambar: google image


ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: PEKAN KUCING (BAHAGIAN TIGA)
PEKAN KUCING (BAHAGIAN TIGA)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj12LPw4qAy_wEylkZzVm5yaSuyNgyXjT9xOJ4T7qtyS6h-vihS3OJinJsgFRp3Hvv3KDCALEsJ2IBkMkCVelR2y4OFFBLRfJaja08AK7ce6YuwN8d41E685Y-b_oKpZWFE33XaHnjwBVSG/s1600/DSC05278.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj12LPw4qAy_wEylkZzVm5yaSuyNgyXjT9xOJ4T7qtyS6h-vihS3OJinJsgFRp3Hvv3KDCALEsJ2IBkMkCVelR2y4OFFBLRfJaja08AK7ce6YuwN8d41E685Y-b_oKpZWFE33XaHnjwBVSG/s72-c/DSC05278.JPG
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2014/08/pekan-kucing-bahagian-tiga.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2014/08/pekan-kucing-bahagian-tiga.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin