Kita sering rasa kagum apabila melihat perpustakaan yang mempunyai koleksi buku yang beratus ribu banyaknya, tetapi bagaimana pula dengan perpustakaan yang tidak mempunyai sebuah buku pun dalam simpanannya?
Itulah konsep yang cuba diterapkan oleh perpustakaan di Florida Polytechnic University yang baru sahaja dibuka. Perpustakaan yang terletak di tingkat dua bangunan fakulti Inovasi, Teknologi dan Sains ini memberi akses katalog buku elektronik yang berjumlah 135,000 buah kepada pelajar-pelajarnya. Disini juga pelajar-pelajar boleh mencetak bahan-bahan elektronik yang mereka akses walaupun ianya tidak digalakkan.
Siapa tahu, mungkin pada masa hadapan, banyak lagi perpustakaan yang mengamalkan konsep sebegini.
***
Sumber: Los Angeles Times