Kebolehan membaca banyak buku dalam masa yang sama memang menjadi idaman setiap pembaca buku tetapi untuk memiliki kebolehan seperti ini memang memerlukan latihan dan disiplin yang tinggi melainkan anda memang telah dianugerahkan kebolehan sebegini sejak dari kecil lagi.
Editor Book Riot, Amanda Nelson telah bermurah hati untuk berkongsi klip video yang menerangkan tentang bagaimana beliau boleh membaca 4 buku dalam masa yang sama.
Kaedah yang digunakan/dicadangkan oleh beliau adalah seperti berikut:
Buku pertama adalah buku "utama" dimana buku ini adalah buku yang dibaca setiap masa.
Buku kedua pula adalah buku audio yang mana boleh didengar ketika anda tidak boleh membaca buku fizikal contohnya ketika anda sedang memandu, memasak dan sebagainya.
Buku ketiga pula adalah buku yang disimpan didalam talifon pintar. Ia berbeza dengan buku elektronik kerana talifon pintar selalunya berada dengan anda setiap masa dan anda boleh membaca fail buku yang disimpan didalamnya pada bila-bila masa yang anda mahu.
Buku terakhir pula adalah buku yang dibaca sebelum tidur. Anda mungkin tidak mampu untuk membaca buku berjam-jam lamanya sebelum tidur. Jadi buku yang anda baca sebelum tidur mungkin adalah buku-buku cerita pendek atau nipis yang anda boleh baca selama 10-15 minit sebelum anda tidur.
Adakah anda mengamalkan kaedah serupa untuk membaca banyak buku dalam masa yang sama?
***
Sumber: Book Riot