SASTERA DAN MUZIK: KARYA SASTERA YANG MENGILHAMI PEMUZIK


Intertekstualiti: ada sebab mengapa ianya begitu ketara di zaman budaya popular posmoden. Dengan memetik karya-karya sedia ada, karyawan - samada penulis, pemuzik atau dalam bidang yang tidak ada kena mengena langsung dengan dua bidang ini - boleh menambah satu lagi lapisan maksud dalam hasil kerja mereka. Pemuzik yang terinspirasi oleh buku sudah tentunya bukan fenomena baru, dan ianya adalah satu ikutan yang boleh ditemui dalam pelbagai genre muzik. Di sini kita akan melihat beberapa orang penyanyi dan kumpulan muzik indie kegemaran ramai yang telah terinspirasi daripada sastera. Daripada mitologi Greek hinggalah ke fiksyen spekulatif kontemporari, pemuzik-pemuzik ini pastinya sudah membaca buku mereka. 


Ini bukanlah senarai lengkap. Jika anda merasakan ada lagu-lagu lain yang tidak terdapat dalam senarai ini, anda boleh nyatakannya pada ruangan ulasan di bawah.



Lagu: Sylvia (The Antlers)
Rujukan: The Bell Jar (Sylvia Plath)

Di peringkat awal mereka sebagai sebuah kumpulan, lagu-lagu The Antlers kelihatan seperti lebih banyak berkisar tentang kematian (sebagai bukti, tajuk album LP mereka pada tahun 2009 adalah "Hospice" yang bermaksud tempat jagaan pesakit yang tidak mempunyai peluang untuk sembuh). Album ini diandaikan sebagai naratif biografikal vokalis mereka Peter Silberman, yang bercerita tentang kematian, kebersalahan dan kemarahan. Pada trek ketiga, "Sylvia", Silberman meraung ketika korus, "Sylvia, get your head out of the oven (Sylvia, keluarkan kepala kamu dari dalam ketuhar)" yang merupakan rujukan jelas kepada penyajak yang pernah menerima hadiah Pulitzer iaitu Sylvia Plath yang mati kerana membunuh diri. Dalam satu temuramah, Silberman menyatakan "Sylvia Plath seorang yang pelik. Saya tidak tahu apa perasaan saya terhadap beliau. Saya fikir dia dipujai oleh ramai anak gadis yang mendapati sisi gelap hidup beliau dan juga tulisannya menenangkan mereka, dan saya habiskan banyak masa untuk memutuskan samada ia perkara yang bagus atau tidak".

***



Lagu: The Inner Light (The Beatles)
Rujukan: Tao Te Ching (Lao Tzu)

Apabila George Harrison menerima buku Lamps of Fire tulisan Juan Mascaro, beliau tertarik dengan salah satu perenggan daripada Tao Te Ching yang terdapat dalam buku tersebut.




Hasilnya, Harrison telah mengambil ayat "Without going out of my door, I can know the ways of heaven" yang diubahsuai sebagai lirik untuk lagu Inner Light.

***


Lagu: The Small Print (Muse)
Rujukan: Faust (Goethe)

Tajuk asal lagu ini adalah "Action Faust" sebelum ditukar kepada tajuk yang sedia ada. Lagu ini mengambil sisi pandangan Iblis dari novel Faust yang boleh dilihat melalui lirik "the priest God never paid" di mana si Iblis telah memanipulasi satu perjanjian untuk mendapatkan jiwa manusia.

***


Lagu: It’s Never Over (Oh Orpheus) (Arcade Fire)
Rujukan: Orpheus dan Eurydice (Gregory Orr)

Apabila Arcade Fire mengumumkan bahawa mereka sedang menulis sebuah album berkonsep tentang kisah dongeng Orpheus dan Eurydice, ramai tidak tahu apa yang hendak dijangka. Tetapi apabila album tersebut mula boleh didengar secara strim atas talian, dan dipasangkan dengan babak-babak filem tahun 1959 Black Orpheus yang berlokasi di Carnaval yang berlangsung Rio De Janeiro, ramai yang mula faham alegori yang cuba disampaikan. Sebagai contoh, cuba dengar lagu “It’s Never Over (Oh Orpheus).” Watak Orpheus yang dilakonkan oleh Breno Mello di dalam filem Black Orpheus menghabiskan banyak masa untuk menyelamatkan Eurydice (lakonan Marpessa Dawn) daripada Death yang turut hadir di festival tersebut. Orpheus kemudian dilihat mencari Eurydice di Biro Orang Hilang tetapi gagal. Death rupanya sudah menjumpai Eurydice, dan Orpheus tidak mampu melakukan apa yang perlu beliau lakukan untuk mendapatkan Eurydice kembali. Teks berkenaan kisah dongeng serupa yang berlaku di tempat dan masa berbeza yang dilapis secara berhati-hati menambah lagi kedalaman maksud lagu ini.

***



Lagu: Four Winds (Bright Eyes)
Rujukan: BookSlouching Towards Bethlehem (Joan Didion)

Lirik “It’s the sum of man slouching towards Bethlehem,” dalam lagu Bright Eyes bertajuk “Four Winds” adalah rujukan kepada dua karya sastera sekaligus. Vokalis dan penulis lagu Bright Eyes, Conor Oberst memetik dua sajak terkenal iaitu “The Second Coming” oleh W.B Yeats dan koleksi esei Joan Didion yang meminjam bait puisi tersebut sebagai tajuk. Yeats menulis “And what rough beast, its hour come round at last / Slouches towards Bethlehem to be born? (dan binatang buas manakah, akhirnya telah tiba masanya / membongkok menghadap Bethlehem untuk dilahirkan?). Lirik Oberst di dalam "Four Winds" juga adalah sama apokaliptik dan memberi pandangan tentang dunia secara lebih moden tetapi tetap pada masa yang sama menyedihkan dan nihilistik. Kedua-duanya juga turut melaungkan tona koleksi esei Didion yang memberi penekanan tentang kekosongan dan kesementaraan di tahun 1960an.

***



Lagu: Ramble On (Led Zeppelin)
Rujukan: The Lord of the Rings (J.R.R. Tolkien)

Lagu ini begitu jelas dipengaruhi oleh novel tersohor tulisan Tolkien ini. Ia boleh dilihat melalui bait lirik "T'was in the darkest depths of Mordor" dan "But Gollum, and the evil one crept up and slipped away with her."

***



Lagu: Ultraviolence (Lana Del Rey)
Rujukan: A Clockwork Orange (Anthony Burgess)

Jika anda pernah membaca A Clockwork Orange, tajuk LP terbaru Lana Del Rey, Ultraviolence, mungkin kedengaran agak biasa. Dalam novel klasik yang sangat susah dibaca karya Anthony Burgess ini yang bercerita tentang keganasan antara kumpulan pada masa depan yang tidak berapa jauh, frasa "ultra-violence" digunakan untuk menggambarkan pelbagai kekejaman yang dilakukan oleh karekter-karekter di dalam buku tersebut, termasuk rogol dan bunuh.




Dalam salah satu trek yang menggunakan tajuk yang sama, Del Rey mendendangkan bait-bait "Ultraviolence. I can hear sirens, sirens. He hit me and it felt like a kiss." (Adalah perlu diambil perhatian bahawa beliau juga memetik lagu kontroversi "He Hit Me" oleh The Crystals). Ini sudah pastinya bukan pertama kali Del Rey merujuk kepada teks sastera dalam lagunya: Lolita karya Vladimir Nabokov turut pernah menjadi pengaruh besar kepada estetika Del Rey dan juga lirik-lirik beliau.


***



Lagu: Who Wrote Holden Caulfield (Green Day)
Rujukan: Catcher in the Rye (J.D. Salinger)

Bukan sesuatu yang mengejutkan novel Salinger ini menjadi inspirasi untuk lagu Green Day kerana ia merupakan antara novel kegemaran vokalis dan pemain gitar Green Day sendiri iaitu Billie Joe Armstrong. Melalui tajuknya sahaja kita boleh sudah mengagak sumber inspirasi lagu ini.

***


Lagu: White Rabbit (Jefferson Airplane)
Rujukan: Alice in Wonderland (Lewis Caroll)

Lagu ini juga tanpa segan silu menunjukkan pengaruh novel Alice in Wonderland. Lihat sahaja bait-bait liriknya seperti "hookah smoking caterpillar" dan "red queen's off with her head."

***


Lagu: Venus in Furs (The Velvet Underground)
Rujukan: Venus in Furs (Leopold von Sacher-Masoch)

Novel ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Severin yang jatuh cinta yang amat sangat kepada seorang perempuan bernama Wanda sehinggakan beliau meminta Wanda untuk menjadi hambanya. The Velvet Underground menterjemahkan cerita ini secara literal di dalam lirik lagu mereka yang boleh dilihat melalui bait-bait lirik seperti "Strike, dear mistress, and cure his heart" dan "Taste the whip, in love not given lightly."

***



Lagu: Samson (Regina Spektor)
Rujukan: King James Bible

Terdapat perdebatan tentang apakah yang cuba disampaikan oleh Regina Spektor dalam lagu "Samson", terutamanya ketika beliau menyanyikan bait "The history books forgot about us and the Bible didn’t mention us." Pertama sekali, kitab Bible (injil) ada menyebut tentang Samson dan Delilah, jadi ada yang menegaskan bahawa lagu ini adalah alegori yang ditulis dari perspektif budak suruhan yang memotong rambut Samson (Delilah tidak melakukannya untuk Samson). Ada juga pendengar yang membuat spekulasi bahawa lagu ini adalah berkisar tentang penjagaan pesakit kanser, atau Spektor sebenarnya hanya mengambil lesen artistik dengan menggunapakai kisah yang sudah diketahui ramai. Macam mana pun, adalah mustahil untuk menolak fakta bahawa lirik tersebut amat sepadan dengan kisah dari kitab injil dimana Samson kehilangan kuasa yang dianugerahkan oleh tuhan selepas rambutnya dipotong.

***



Lagu: A Good Man Is Hard to Find (Sufjan Stevens)
Rujukan: A Good Man Is Hard to Find and Other Stories (Flannery O'Connor)

Flannery O’Connor dilihat sebagai antara figur utama dalam genre penulisan gotik: cerita pendek beliau bertajuk "A Good Man Is Hard to Find" dianggap antara karya contoh untuk genre ini, dan turut menjadi inspirasi kepada lagu Sufjan Steven yang menggunakan tajuk yang sama. Di sini, Sufjan menulis dari perspektif seorang lelaki pelik dan merupakan karekter anti-hero ciptaan O'Connor yang menuruti kod moral secara konsisten walaupun akhirnya beliau membunuh kesemua ahli keluarganya.




Sufjan menyanyikan bait-bait “Twice when I killed them, they were once at peace. They were once like me.”  Ini bukan cubaan pertama Sufjan menulis tentang pembunuh: salah satu lagu beliau yang cukup terkenal bercerita tentang hidup pembunuh bersiri bernama John Wayne Gacy Jr.

***


Lagu: 2+2=5 (Radiohead)
Rujukan: 1984 (George Orwell)

Kumpulan rock pujaan Radiohead tidak asing kepada rujukan-rujukan kesusasteraan. Pertama kali adalah menerusi lagu "Paranoid Android" dari album OK Computer yang merupakan rujukan panjang lebar tentang Marvin dari novel Hitchhiker’s Guide to the Galaxy. Tetapi beberapa tahun kemudian muncul pula lagu “2 + 2 = 5” pada tahun 2003 yang terdapat dalam album Hail To The Thief yang merupakan rujukan terus kepada novel distopia yang sangat berpengaruh tulisan George Orwell bertajuk 1984. Tambahan lagi, setiap trek di dalam album Hail To The Thief ini mempunyai sarikata parentatikal, yang mana untuk lagu “2 + 2 = 5” adalah "The Lukewarm". Ini adalah rujukan berselindung terhadap Inferno tulisan Dante. Hail To The Thief adalah album tentang umat manusia yang berpusing-pusing di dalam longkang menuju ke neraka dan/atau apokalips, dan untuk umat manusia pra-apokalips di dalam lagu ini sudah merasa bahangnya (lukewarm).

***


Lagu: Oryx dan Crake (The Knife)
Rujukan: Oryx and Crake (Margaret Atwood)

Lagu "Oryx" dan "Crake" dari LP terbaru kumpulan muzik elektro-pop The Knife, Shaking The Habitual, merujuk kepada novel Margaret Atwood yang menggunakan tajuk yang sama. Kedua-dua lagu tidak mempunyai lirik dan hanya mengandungi bunyian-bunyian yang boleh digambarkan seperti "cakaran". Walaubagaimanapun, ia masih mampu menimbulkan ketakutan sepertimana di dalam novel yang penuh kegelapan dan futuristik tulisan Atwood, dan mereka melakukannya dalam sebuah album yang tidak boleh lari dari menjadi album yang politikal. Atwood pernah berkata "persoalan apa yang mungkin berlaku dalam Oryx dan Crake secara mudahnya adalah, apa yang mungkin berlaku jika kita terus mengikuti jalan yang sedang kita ikuti? Berapa licinkah cerunnya? Apakah yang menjadi penyelamat kita? Siapa yang mempunyai kekuatan untuk menghalang kita?". Adik beradik Dreijer (yang sama-sama membentuk kumpulan The Knife) turut berkongsi pandangan sama dimana dalam satu temuramah dengan majalah Pitchfork, mereka menyatakan bahawa Shaking The Habitual dihasilkan untuk mengangkat persoalan berkaitan feminisma dan alam sekitar bersama beberapa isu yang pernah disentuh oleh Atwood samada secara terus atau tidak di dalam novelnya.


***


Lagu: Scentless Apprentice (Nirvana)
Rujukan: Perfume (Patrick Suskind)


Apabila Kurt Cobain menulis bait lirik "his smell smelled like no other," ia merupakan rujukan terus kepada Grenouille iaitu watak utama dalam novel ini. Grenouille dilahirkan tanpa mempunyai sebarang bau tetapi sangat sensitif terhadap bau-bauan. Terdapat banyak lagu lain yang diilhamkan dari novel ini tetapi lagu tulisan Kurt Cobain ini adalah lagu yang paling terkenal.


***
Sumber: Bookish
Sumber video: youtube
Sumber gambar: google image

ULASAN

BLOGGER: 1
Loading...
Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: SASTERA DAN MUZIK: KARYA SASTERA YANG MENGILHAMI PEMUZIK
SASTERA DAN MUZIK: KARYA SASTERA YANG MENGILHAMI PEMUZIK
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvV-gXOvVAUuag0w-89j2n4aKtcmYaVs_-rtdAHeAU_gP4FkG2ND8SowfJ9yzawDrCT5_wlcPLWpCx9iW5yVEdYBKy2RpcnNQ0M7tOrPrPqZkoJKadFa20TYqUyAnKShPXl466dnAafcie/s1600/collage.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvV-gXOvVAUuag0w-89j2n4aKtcmYaVs_-rtdAHeAU_gP4FkG2ND8SowfJ9yzawDrCT5_wlcPLWpCx9iW5yVEdYBKy2RpcnNQ0M7tOrPrPqZkoJKadFa20TYqUyAnKShPXl466dnAafcie/s72-c/collage.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2014/08/sastera-dan-muzik-karya-sastera-yang.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2014/08/sastera-dan-muzik-karya-sastera-yang.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin