Jika Charles Bukowski masih hidup, semalam (16 Ogos 2014) menandakan genapnya umur beliau yang ke 94 tahun. Bukowski mula menulis secara serius agak lewat tetapi karya-karya tulisannya terus dibaca dan menjadi rujukan ramai penulis. Antara novelnya yang terkenal adalah Women dan novel pertamanya bertajuk Post Office. Disamping itu, Bukowski juga aktif dalam bidang penulisan puisi sejak dari muda lagi. Sempena meraikan seorang seniman yang begitu berbakat ini, pengarah John Dullaghan telah menghasilkan sebuah dokumentari biografi Charles Bukowski bertajuk Born Into This yang sudah pastinya sangat menarik untuk ditonton.
Disini disertakan dokumentari yang dihasilkan oleh Dullaghan yang anda boleh tonton jika anda minat atau berkelapangan.