Selebriti samada pelakon, penyanyi, bintang sukan atau ahli politik selalunya lebih dikenali kerana bidang yang mereka ceburi. Namun begitu, dalam masa senggang mereka, selebriti-selebriti ini juga mempunyai hobi atau minat tersendiri yang berbeza dengan apa yang mereka lakukan setiap hari. Salah satu hobi atau minat para selebriti yang sering menjadi perhatian adalah membaca buku.
Seperti dalam artikel yang pernah dipos didalam blog ini iaitu Perpustakaan Peribadi Bruce Lee, Bruce Lee bukan sahaja hebat dalam seni bela diri, malah beliau juga seorang yang gemar membaca buku sehinggakan perpustakaan peribadi beliau menyimpan lebih daripada 2500 buah buku. Bintang pop Miley Cyrus pernah menyatakan bahawa buku The Catcher In The Rye adalah buku kegemarannya manakala Angelina Jolie pula memilih buku Vlad The Impaler, In Search of The Real Dracula karya M.J. Trow sebagai buku kegemarannya.
Dan oleh kerana status mereka sebagai selebriti, sudah tentunya ia akan menarik perhatian apabila mereka bergambar atau gambar mereka diambil ketika sedang membaca buku. Bagi selebriti-selebriti antarabangsa, bukan sesuatu yang susah untuk melihat gambar mereka bersama buku.
![]() |
Keanu Reeves kelihatan sedang membaca buku tulisan Nikolai Gogol
|
Selebriti Korea Selatan, BoA contohnya menerima pujian melambung daripada peminat-peminatnya apabila gambar beliau sedang membaca buku dengan begitu tekun ketika dimuatnaik ke laman twitter.
![]() |
BoA tekun membaca buku
|
Beberapa minggu lalu, akaun twitter @twt_buku ada menjalankan survey untuk mengetahui selebriti manakah yang ingin dilihat bergambar dengan buku. Melalui jawapan-jawapan yang diterima, selebriti-selebriti seperti Lisa Surihani, NamRon, Emma Maembong, Redza Minhat, Malique, M Nasir dan Azwan Ali menjadi pilihan.
Harap-harapnya mungkin selepas ini kita berpeluang untuk melihat selebriti-selebriti ini bergambar bersama buku. Sama-samalah kita tunggu.
***
Kredit gambar: Pop Sugar / Jung Sam Mul / Azlin Abas