SJÓN


SJÓN, singkatan kepada nama  penuh Sigurjón Birgir Sigurðsson yang sangat susah disebut, bermaksud “penglihatan” dalam bahasa Icelandic. Diluar negara kelahirannya, beliau dikenali ramai sebagai penulis tiga buah novel dongeng tempatan Nordic (kini terdapat dalam versi terjemahan bahasa Inggeris) yang pernah menerima anugerah dan beliau juga merupakan penulis lagu bersama insan kreatif kelahiran Iceland iaitu Bjork.

Jika dihitung kesemuanya, Sjon yang berusia 51 tahun telah menghasilkan 7 buah novel, 13 buku puisi, penulis bersama 4 buah opera, dan menulis sendiri sebuah opera. Beliau telah bekerjasama menghasilkan lagu bersama Bjork selama hampir 20 tahun, termasuk lagu “Oceania” yang dipersembahkan oleh Bjork semasa acara pembukaan sukan Olimpik 2004 dan juga lagu “I’ve Seen It All,” yang dinyanyikan oleh Bjork dalam filem Dancer In The Dark (2000) arahan Lars Von Trier. Lirik yang dihasilkan oleh Sjon untuk “I’ve Seen It All” telah dicalonkan untuk anugerah Golden Globe dan anugerah Akademi.

Novel beliau The Blue Fox (2003) pernah memenangi hadiah Nordic Council’s Literature pada tahun 2005  manakala sebuah lagi novel beliau From the Mouth of the Whale (2008), pernah disenarai pendek untuk hadiah Independent Foreign Fiction 2012.

Masa kini, Sjon merupakan pengerusi lembaga Reykjavík UNESCO City of Literature dan presiden Icelandic PEN Centre yang merupakan satu pertubuhan yang diwujudkan untuk mempromosikan sastera dan mempertahankan kebebasan bersuara. Novel terbaru beliau, Moonstone, telah diterbitkan di Iceland pada bulan Oktober 2013.

Saya dan Sjon bertemu di Hotel Borg yang cukup bersejarah di Reykjavik untuk menyimpulkan kisah lampaunya sebagai seorang "punkster" surealis, novelis cerita-cerita rakyat, dan penulis skrip opera.

I. Punk Reykjavík

ALEX BAUMHARDT: Adakah awak kisah jika kita melakukan sesuatu yang sangat tidak sureal dan bermula dahulu dengan kisah hari-hari awak sebagai seorang punk di Reykjavik? Awak merupakan sebahagian daripada kumpulan neo-surealis pada penghujung tahun '70an dan awal '80an yang digelar Medusa. Apa yang awak semua lakukan?

SJÓN: Sebenarnya, ia lebih kepada sebuah kolektif pemuisi dan kami menerbitkan sendiri karya-karya kami seperti puisi dan karya sastera dengan menggunakan nama Medusa. Ketika itu kolektif kami ada seramai 6 atau 7 orang dan sebahagian daripada kami menubuhkan sebuah kumpulan muzik yang menjadi sangat terkenal ketika Reykjavik dilanda demam kumpulan-kumpulan muzik garaj. Jadi kami pun turut menjadi sebahagian daripada mereka.

Adakah ini ketika muzik punk hadir ke Iceland?

Kami mula sedar tentang muzik punk sekitar tahun '77 dan ada juga sebahagian daripada kami mula sedar tentang muzik punk pada tahun '76, jadi ketika itu muzik punk betul-betul datang dari London, seperti Sex Pistols dan the Clash, dan kami membaca majalah seperti Melody Maker, CREEM, dan Zig Zag. Ketika itu kami ada banyak peluang untuk mengikuti perkembangan semasa tentang apa yang sedang berlaku. Pada tahun '80an terdapat kedai muzik yang dibuka disini bernama Gram, dan ia menjadi tempat pertemuan untuk mereka-mereka yang meminati muzik sebegini.

Tetapi Medusa ditubuhkan pada musim luruh tahun '79 apabila kami sedar bahawa perkara yang paling mengujakan tentang puisi modernis yang wujud di Iceland selepas perang dunia kedua adalah surealisme. Kami tahu bahawa kami ingin mendalaminya dengan lebih teliti dan juga mendalami aspek surealisme yang revolusiner. Jadi kami melakukan banyak demonstrasi dan acara baca puisi, persembahan yang diiringi muzik, pentas dan topeng…

Dan patung-patung boneka, betul?

Hanya selepas itu baru saya membuat patung-patung boneka untuk dua pertunjukan disini. Saya juga ada membuat beberapa persembahan patung boneka. Kami melakukan apa saja untuk menyampaikan puisi. Pada tahun '82 kami membuka sebuah galeri di rumah besi berkarat yang kecil yang betul-betul terletak di belakang bangunan Salvation Army. Ia tiada lagi disitu tetapi ia pernah menjadi ruang kecil yang kami namakan The House of Lightnings, dan kami menjadi sebahagian daripada gerakan muzik dan membaca puisi diantara lagu yang dimainkan dan bereksperimen bersama kumpulan-kumpulan muzik, membuat bunyi-bunyian atau mengetuk dram ketika kami membaca puisi.

Adakah itu yang menyebabkan kamu mula bekerjasama dengan kumpulan muzik pertama Bjork, The Sugarcubes?

Benar. Salah seorang ahli dari Medusa menjadi pemain keyboard dalam kumpulan KUKL, yang merupakan kumpulan yang kemudiaannya membentuk The Sugarcubes, dan seorang lagi dari Medusa iaitu Þór [Thor] yang merupakan antara sahabat baik saya turut menyertai The Sugarcubes selepas itu. Satu hari dia memperkenalkan saya kepada teman wanita barunya, Bjork, dan sejak daripada itu dia turut terlibat dengan Medusa dan membuat beberapa perkara berkaitan seni persembahan. Dia menjadi satelit utama kumpulan tersebut. Dia berada disitu untuk kesemua diskusi tentang metafora surealis dan kaedah-kaedah berbeza yang kami miliki untuk mengubah dunia [ketawa]

Apakah mentaliti ketika itu? Adakah kamu merasakan bahawa kamu semua berada diambang suatu benda baru yang sangat menakjubkan?

Kami tahu bahawa ketika itu kami menentang satu status quo. Kita sedang bercakap tentang Reykjavik ketika tahun lewat '70an, awal '80an, jadi ketika itu hanya ada satu stesyen radio dan satu stesyen televisyen. Kamu memang berpeluang untuk mencipta satu budaya alternatif. Budaya hippi telah wujud disini, tetapi sangat minimal, dan kami merasakan bahwa terdapat peluang dan kemungkinan bagi kami untuk menentang kesemuanya.





Adakah kamu fikir orang-orang disini masih melakukan perkara sebegitu?

Saya tidak tahu. Saya rasa kami telah meninggalkan satu legasi yang masih menarik minat. Ia sebenarnya masih wujud disini, semangat untuk melakukan sesuatu tanpa pertolongan orang lain dan kepentingan untuk keluar dari lingkungan yang telah dikenali ramai. 

Saya rasa berdasarkan apa yang kami pernah buat, kami boleh lihat bahawa salah satu sumbangan penting kami kepada kebudayaan Icelandic adalah kerjasama diantara pemuisi dan pemuzik dan meruntuhkan tembok pemisah antara seni tinggi dan seni orang kebanyakan. Apakah nilai puisi? Seni tinggi? Dan apakah nilai muzik pop dan muzik rock? Bagi kami, ia tidak mempunyai apa-apa perbezaan. Contohnya, saya tidak pernah melihat puisi-puisi saya lebih bernilai tinggi daripada lirik-lirik tulisan penyanyi kumpulan muzik Purrkur Pillnikk iaitu Einar Benediktsson. Kenapa pula saya hendak membezakannya? Kami melakukan perkara yang sama, umur kami sama, dan kami hanya menzahirkan apa yang kami rasa dan cuba mengubah dunia melalui aktiviti-aktiviti kebudayaan [Ketawa]

Adakah kamu pernah belajar dimana-mana institusi akademik? Adakah kamu semua masih bersekolah pada ketika itu? 

Kami semua pernah belajar di politeknik, di mana disini ia seperti sekolah tinggi lanjutan; dari umur 16 hingga 20, dan apabila habis belajar kami akan mendapat diploma. Kebanyakan kami belajar setakat itu sahaja. Saya sendiri pada usia 20 tahun begitu sibuk terlibat dengan penulisan, pertunjukan dan menguruskan banyak hal yang menyebabkan saya berasa tiada keperluan untuk saya masuk universiti. Maksud saya, tiada apa disana. Saya tiada sebarang cita-cita akademik, dan saya betul-betul merasakan bahawa tiada apa yang saya boleh pelajari disana. Jadi kami tidak memilih jalan akademik. 

II. Apa Ada Pada Nama?

Boleh kamu ceritakan bagaimana kamu menggunakan nama pena kamu sekarang, Sjon? Adakah kamu mula menggunakannya ketika buku puisi pertama kamu terbit?

Benar, buku puisi pertama saya terbit pada tahun ’78.

Berapa usia kamu ketika itu?

15, nak masuk ke 16. Dan dalam sejarah Iceland ramai orang yang menggunakan nama artis dan nama pena.

Jadi ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kamu memilih menggunakan nama pena? 

Sudah tentu tidak. Dan saya juga ketika itu begitu obses dengan David Bowie dan Iggy Pop.

Adakah hal ini sama seperti nama Ziggy Stardust?

Benar, dan sudah tentu nama sebenar David Bowie bukan David Bowie, dan Iggy Pop tidak dilahirkan dengan nama Iggy Pop. Ibu-bapa mereka tidak menamakan mereka dengan nama sebegitu.

Apakah album pertama dari David Bowie yang kamu miliki?

Album pertama yang saya beli adalah Diamond Dogs. Album pertama yang saya dengar adalah The Rise and Fall of Ziggy Stardust, yang saya dengar di rumah pakcik saya, dan ianya benar-benar membuat saya kagum.

Pakcik saya dulu bekerja di atas kapal kargo, dan dia sering membawa pulang album muzik dan majalah dari luar negara. Saya masih ingat ketika saya datang melawat kerumahnya, saya dibawa masuk ke dalam bilik dia, dan saya baru teringat, pertama kali saya mendengar Ziggy Stardust ianya sesuatu yang sungguh menerangi hidup saya, dan saya masih ingat ketika saya mendengar “Starman” dan melihat keluar tingkap memerhati kebiruan petang musim sejuk dan melihat salji yang turun dan… fuh. Saya telah dihubungkan dengan sesuatu yang sangat hebat dan sejak itu saya menjadi peminat setia Bowie.

Dan ya, kembali kepada nama saya tadi, ketika itu saya fikir saya patut mencipta nama artis saya sendiri. Jadi saya menyusun-nyusun huruf didalam nama penuh saya dan kemudian saya tersedar bahawa saya hanya perlu mengeluarkan huruf-huruf ditengah dan kemudian terciptalah “Sjon”, yang bermaksud “penglihatan”; dan saya terfikir, adakah nama yang lebih bagus untuk seorang artis dan pemuisi selain “penglihatan”? [Ketawa] Ah, benar, kamu sendiri pun tahu pemuisi itu adalah pelengkap dunia. [Ketawa] Dan sejak dari itu saya terus kekal dengan nama tersebut.

Adakah novel-novel yang kamu tulis merupakan evolusi puisi-puisi yang kamu pernah terbitkan? Adakah kamu menulis dengan niat untuk menghasilkan sebuah novel?

Tidak, tidak. Saya ketika itu begitu setia dengan dogma surealis untuk tidak menulis novel.

Kenapa?

Kerana Andre Breton menyatakan ianya adalah bentuk penulisan sekunder, yang hanya dipenuhi dengan deskripsi tentang perabot, orang masuk ke dalam ruang tamu dan bercakap tentang hal-hal yang tidak penting. Sudah pastinya ada pengecualian, tetapi saya tidak pernah berniat untuk menulis novel. Masuk tahun ’87 saya sudah mula berasa penat dengan pandangan puitis dari sudut orang pertama, dan kesemua elemen puisi seperti itu. Jadi saya fikir ia tentu sesuatu yang menarik untuk menulis tentang karakter-karekter, menyampaikan idea-idea saya melalui karekter dalam situasi berbeza, dan atas sebab itu saya mula menulis novel, dan saya menerbitkan novel pertama saya Night Of Steel pada tahun ’87, yang merupakan sebuah novel yang sangat eksperimental, pos-apokaliptik, novel minimalis, tetapi mengandungi banyak elemen yang saya sedang hasilkan ketika itu.

Adakah kamu pernah menghasilkan novel-novel yang sebenarnya merupakan puisi?

Tidak, tidak. Saya mempunyai peraturan khusus dimana jika sesuatu datang kepada saya, jika sebaris puisi datang kepada saya dan saya sedar saya boleh meletakkannya didalam sebuah prosa, ia sudah cukup bagi saya untuk memutuskan ianya tidak cukup bagus untuk dijadikan puisi.

Adakah puisi masih menjadi bentuk seni yang tertinggi untuk kamu?

Saya merasakan dari satu sudut, ia lebih eksklusif. Saya benar-benar fikir bahawa dalam lingkungan kesemua genre sastera yang berbeza, kamu perlu mencari apa yang benar-benar unik tentangnya dan apakah bentuknya. Dan jika sebaris ayat sesuai diletakkan didalam prosa, ia tidak sesuai diletakkan didalam puisi. Jika sebaris ayat sesuai diletakkan didalam puisi, maka adalah tidak masuk akal untuk meletakkannya ditempat lain kecuali didalam puisi.

III. Tiada manusia hidup sendirian

Kamu mengatakan bahawa kamu menulis dengan kesedaran bahawa kamu dan karekter-karekter kamu datang dari sebuah pulau, dan beberapa deskripsi kamu tentang Iceland adalah sangat gelap, seperti menggambarkan ia sebagai “percikan lava yang hodoh di Atlantik utara” di dalam novel From the Mouth of the Whale. Adakah ia kerana kamu benci tinggal di pulau dan kamu berasa terkepung?

Saya rasa dari satu sudut ia seperti berkata kepada anak kamu “mari datang sini kamu makhluk yang hodoh”, bukan? [Ketawa]

Adakah menjadi seorang yang kritikal merupakan perkara yang kamu paling suka?

Benar. Kami membesar dengan kesedaran bahawa kami hidup disebuah pulau dan dilahirkan di sebuah pulau. Tetapi saya fikir orang-orang yang hidup di pulau tidak merasa terasing. Saya fikir mereka yang tidak dilahirkan di atas sebuah pulau merasakan bahawa kami selalu bertarung dengan perasaan hidup dalam keterasingan. Jika ada lautan disekeliling pulau kamu, yang mana ia selalunya begitu, kamu tidak melihat lautan sebagai sebuah dinding, kamu melihatnya sebagai satu jalan. Kamu tahu bahawa jika kamu dapat mengapungkan apa-apa benda, kamu boleh meninggalkan pulau tersebut. Perasaan bahawa kamu boleh meninggalkan pulau ini [Iceland] jika kamu mahu memang selalu ada.

Kamu tidak pernah rasa tersekat?

Tidak, kami selalu berasa bahawa kami bebas pergi dan pulang. Kami [penduduk Iceland] memang betul-betul rasa bahawa kami boleh pergi mana-mana pusat kebudayaan di dunia, dan memilih benda-benda yang kami suka, dan kembali semula dengannya dan menggunakkannya semula untuk memperbaharui budaya kami. Dan kerana kamu diluar lingkungan budaya besar, kamu tidak mempunyai apa-apa rasa tanggungjawab terhadap mereka. Ini adalah salah satu manfaat tinggal di tempat yang ceruk. Kamu tidak mempunyai sebarang tanggungjawab atau bebanan. Sebagai contoh, pemuisi generasi atom, pemuisi yang benar-benar mengubah puisi Icelandic selepas perang dunia kedua, benar-benar melakukan anjakan paradigma yang tulen. Kami ada anak-anak pekerja miskin dari sebuah perkampungan kecil diluar Reykjavik yang menjumpai puisi-puisi Baudelaire dan Rimbaud dan merungkai puisi-puisi ini untuk mencipta puisi mereka sendiri. Jadi kami benar-benar merasakan jika ianya ada situ, kami boleh mengambil manfaat darinya dan menjadikan ianya milik kami. Di Perancis, kamu mungkin akan berasa penuh ragu-ragu untuk bereksperimentasi seperti ini.

Saya sebenarnya fikir dalam bab mencipta diri sendiri, orang-orang di Amerika mempunyai mentaliti yang hampir sama dengan kami di Iceland. Maksud saya, kami benar-benar percaya kamu boleh mencipta diri kami sendiri, dan kami boleh menjadi seorang anak penjual susu atau anak petani atau wanita pencuci atau apa saja, dan kami juga boleh menjadi seorang penulis. Saya fikir kamu merasai kebebasan di Amerika, tetapi saya tidak fikir ia adalah kebebasan yang kamu tidak boleh dapat dengan mudah di pusat-pusat kebudayaan di Eropah.


Kota besar manakah yang pertama kali kamu kunjungi di luar Reykjavik dan adakah ia dalam mana-mana aspek boleh dibandingkan dengan karekter Jonas “the Learned” dan deskripsi terperincinya didalam From the Mouth of the Whale” mengenai pengalaman beliau ketika pertama kali mengunjungi Copenhagen?



Saya rasa perjalanan saya ke luar negara yang paling signifikan adalah perjalanan kedua saya dari Iceland menuju Moscow pada tahun 1977, yang membawa saya melalui Copenhagen dan dari Copenhagen saya terus ke Moscow dan dari Moscom ke sebuah rumah peranginan musim panas di Laut Hitam. Ia seperti rumah perangingan musim panas untuk anak-anak orang kaya dan anak-anak ketua parti komunis. Dan setiap dua tahun, tempat itu menjadi seperti galeri kanak-kanak yang mempunyai kaitan dengan parti komunis dari seluruh dunia. Di Iceland tidak ada parti komunis, tetapi ada kumpulan pergerakan anak-anak muda dimana mereka diminta untuk mewujudkan satu kumpulan kanak-kanak seramai enam orang untuk dihantar keluar negara.

Dan kamu adalah salah seorang daripada kanak-kanak tersebut.

Dan saya adalah salah seorang kanak-kanak tersebut, tetapi saya tidak mempunyai sebarang kaitan politik atau apa-apa. Saya terlibat kerana ayah saya, yang saya tidak berapa rapat sangat dan tidak tinggal bersamanya sejak kecil, kenal dengan beberapa orang di Iceland. Dia bekerja dengan kumpulan pergerakan anak-anak muda ini. Saya rasa dia percaya saya akan menjadi seorang yang radikal, jadi dia fikir saya akan belajar sesuatu jika saya dihantar ke luar negara. Itulah sebab kenapa saya turut serta ke luar negara. Tidak ada sebarang kemungkinan untuk saya menjadi seorang komunis, tetapi agak bagus juga ayah saya fikir saya mungkin akan menjadi seperti itu.

Tetapi ia benar-benar menakjubakan. Maksud saya, antara memori-memori saya yang masih jelas adalah perjalanan menaiki keretapi dari Moscow menuju Laut Hitam. Kami berada dalam satu gerabak bersama kanak-kanak dari Benin dan kami berbual menggunakan apa sahaja perkataan Inggeris yang kami tahu ketika itu, dan apabila kami sampai di Laut Hitam kami diletakkan didalam bilik yang sama dengan kanak-kanak dari Palestin. Itulah kali pertama saya mendengar cerita tentang bahagian dunia yang lain, dan ianya sangat mengujakan, dan benar-benar membuatkan saya sedar bahawa apa sahaja berita yang kamu baca tentang dunia perlu diteliti dengan berhati-hati.

Ia merupakan perjalanan yang mengubah hidup saya. Saya turut jatuh hati dengan seorang gadis Palestin. Jadi, semuanya ada disitu dan juga kerana saya berada di Rusia ketika itu dan merasai pengalaman berada dalam mekanisma sebuah negara Soviet. Kami dijaga 24 jam setiap hari dan kami melihat perarakan dan pertunjukan yang begitu tersusun seperti seorang gimnastik di lapangan sukan. 

IV. Jangan Tersilap Menganggap Mitos adalah Fantasi 

Apakah perbezaan diantara genre mitos, cerita rakyat dan cerita fantasi didalam buku awak? Adakah buku-buku awak membezakan cerita-cerita ini mengikut kategorinya?

Saya rasa adalah penting untuk melihat perbezaan terutamanya diantara mitos dan cerita rakyat. Saya selalu cuba untuk mengelakkan dunia fantasi kerana fantasi menunjukkan sesuatu yang tidak asli, sesuatu yang dibuat-buat, dan saya amat percaya bahawa dalam kesemua buku saya, saya menulis tentang realiti atau aspek lain realiti dan cara-cara berbeza untuk menerangkan tentang realiti.

Cerita rakyat selalunya adalah tentang orang biasa: perkara yang berlaku dalam kehidupan orang-orang kebanyakan, bagaimana mereka berhadapan dengan kesukaran dan struktur sosial mereka yang berbeza, dimana kedudukan mereka dalam struktur sosial itu dan apakah kesannya kepada mereka. Jadi cerita sebegini memang mengenai kehidupan seharian.

Mitos pula adalah tentang tema besar kewujudan manusia. Dalam mitos, manusia dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Manusia berhadapan dengan – pertama, bagaimanakah dia akan mati, dan kedua, bagaimana memahami tempatnya didalam ciptaan alam semesta, dan kerana itu ia amat menenangkan perasaan apabila kita tahu kita diciptakan oleh seorang tuhan, tidak begitu?

Bagi kamu, apakah perbezaan diantara bahasa keagamaan dan bahasa mitos?

Kamu mempunyai agama pada saat kamu mula mempunyai pantang-larang dan apa yang boleh dan tidak boleh dibuat.  Disitu kamu mempunyai mitos yang digunapakai sebagai agama. Kalau nak diikutkan, manusia didalam mitos adalah serupa dengan manusia didalam agama-agama politeistik juga. Dalam agama-agama ini manusia begitu merendah diri. Dia tahu tempatnya dan dia tidak berada dipuncak ciptaan sepertimana juga jika manusia berada didalam agama-agama monoeistik dimana mereka diciptakan oleh tuhan dan diberikan bumi. Itu sudah tentunya bukan keadaan didalam mitos. Didalam mitos, manusia adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem.

Bagaimanakah kamu menyingkap semula idea dan tradisi yang antik dan sempit tanpa memandang rendah terhadapnya?

Saya tidak memandangnya dengan rendah. Saya rasa ia adalah sebahagian daripada pemikiran dalam cerita rakyat. Jika seseorang memberitahu bahawa dia pergi ke sebuah lapangan lava, dan seekor elf keluar dari celah-celah batu dan memberitahunya dia akan memperolehi tiga orang anak, dan anak keempat akan mati atau sesuatu seperti itu, saya akan terus percaya ceritanya.

Tapi adakah penerimaan sebegini sesuatu yang biasa di Iceland? Kerana saya rasa orang-orang yang mendengar cerita sebegitu tidak akan mengambilnya secara serius. Seseorang penulis mungkin juga akan membuat lawak tentangnya.

Memang susah untuk mengelak daripada membuat lawak tentangnya, tetapi kamu patut membenarkan seseorang untuk mendapat manfaat daripada sesuatu yang kamu sendiri tidak tahu kebenarannya. Kenapa kita tidak boleh percaya kepada mereka jika mereka kata mereka telah diculik oleh makhluk asing atau bigfoot?

Adakah kamu mempunyai had untuk kamu mempercayai cerita-cerita sebegitu? Contohnya jika seseorang datang kepada kamu dan menyatakan dia nampak raksasa berkepala tiga didalam hutan..

Kamu perlu cuba faham. Maksud saya, jika seseorang menyatakan sebegitu, saya akan percaya ceritanya. Itu adalah bagaimana kamu berhadapan dengan idea-idea pelik dari masa lampau. Kerana hanya masa depan yang tahu betapa peliknya idea-idea kita pada masa sekarang. Bolehkah kamu bayangkan bagaimana peliknya kita kepada penulis-penulis masa depan?

Jadi, adakah anda akan memanggil apa yang anda sedang buat sekarang sebagai “cerita rakyat surealis”?

Saya menghubungkan surealisme dan cerita rakyat sejak dari mula. Saya lihat ia sebagai dua benda yang wujud bersama, kerana satu-satunya perkara didalam budaya Icelandic yang boleh dibandingkan dengan surealisme adalah cerita-cerita rakyatnya. Ia bukan fantasi, ia tidak cuba menjadi cerita-cerita yang sukar dipercayai atau tidak benar.




Apa yang saya mahu buat, dan saya rasa saya patut buat, adalah mengambil manfaat daripada semua kaedah yang sastera telah berikan kepada saya. Saya rasa dalam semua buku saya terdapatnya perenggan-perenggan tentang realiti yang ekstrem, dia saya tidak mengelipkan mata ketika menggambarkan ketakutan dalam hidup atau kemuraman atau kebimbangan dalam bahagian-bahagian kehidupan manusia. Tetapi saya rasa pengajaran yang diperolehi daripada surealis adalah kamu tidak tidak boleh menggambarkan seorang manusia hanya melalui kelakuannya dan melalui apa yang dia kata atau buat. Mahu atau tidak, kamu perlu memberikan gambaran tentang kehidupan dalamannya. Salah satu benda yang saya sedar tentang surealisme, dan yang saya suka, adalah bagaimana ia menerangkan tentang konflik diantara prinsip nafsu dan prinsip realiti, dan bagaimana manusia selalu tersepit diantara dua perkara ini. Jadi apa yang berlaku dalam diri seorang manusia? Kamu mempunyai kaedah yang bagus untuk menerangkan tentang hal ini, seperti puisi dan puisi lirikal dan puisi beriak dan juga naratif besar mitos yang indah, dan kamu mempunyai semua tipu muslihat avant-garde, teknik potongan William Burroughs – semuanya saya boleh gunakan; tak begitu?

Tulisan anda sebenarnya mengingatkan saya sedikit kepada lirikisme penulis Beat iaitu Burroughs dan termasuk juga buku surealis The Soft Machine. Adakah awak fikir ini penilaian yang adil, atau adakah kamu fikir buku-buku kamu sebenarnya lebih terarah kepada punk dan neo-surealis?

Bagi saya muzik punk adalah muzik rakyat, rock ‘n’ roll juga adalah muzik rakyat. Kenapa ia tidak boleh dianggap muzik rakyat? Bukankah punk juga adalah muzik rakyat Inggeris?

Adakah kamu boleh fikir mana-mana penulis yang menggunakan kaedah-kaedah berbeza ini untuk menulis cerita rakyat surealis?

Saya rasa kamu nampak kesan-kesan ini di banyak tempat yang menggunakan surealisme dan cerita rakyat untuk mengangkat naratif budaya yang bukan akademik. Saya sebenarnya sebenarnya pernah mengajar satu kursus tentang ini di Freie Universität di Berlin pada semester musim sejuk tahun 2007-’08 dan sudah tentu kursus itu dinamakan Sastera Dunia-dunia Kecil/Sastera Dunia, dan kami mengkaji bagaimana novelis, dalam hal ini penulis Nordic, menggunakan komuniti mereka yang kecil sebagai pelantar untuk cerita-cerita yang universal. Dan salah satu persamaan elemen cerita-cerita ini [yang datang dari komuniti ini] adalah ia mempunyai tema asas berdasarkan pandangan dunia atau kosmologi diluar dari apa yang telah ditetapkan. Dan saya mencari benda-benda ini ketika saya bersiap-sedia untuk kursus tersebut, dan contoh yang bagus boleh dijumpai didalam novel The Brief Wondrous Life of Oscar Wao. Ia bermula dengan ceritera rakyat tentang satu sumpahan yang mereka [para karekter] bawa dari Republik Dominican ke New Jersey dan buku ini adalah tentang sumpahan tersebut.

Kamu merasakan buku tersebut adalah buku cerita rakyat?

Benar, saya rasa ia adalah contoh yang bagus tentang bagaimana seorang penulis kontemporari menggunakan elemen surealis dan cerita rakyat. 

V. Obsesi

Kamu memberitahu saya bahawa kamu sangat berminat dengan manusia-manusia yang obses, di tempat mana kamu berjumpa mereka dan bagaimana obsesi mereka mempengaruhi kelakuan mereka.  Adakah kamu mempunyai apa-apa obsesi yang boleh dilihat dalam novel-novel kamu?

Benar, kita hidup dalam zaman dimana manusia-manusia obses boleh menunjukkan obsesi mereka di internet. Tiba-tiba kamu boleh melihat kumpulan tersorok ini menunjukkan diri mereka secara terbuka. Sebelum ini kita ada benda-benda yang kita iktiraf sebagai “budaya bawah tanah,” dan satu-satunya perkara manusia-manusia obses ini boleh buat adalah melanggan majalah yang diterbitkan di Winnipeg atau Trieste atau dimana-mana, kerana disana terdapatnya orang yang menerbitkan majalah yang mengandungi topik-topik atau perkara yang tersorok.

Tetapi tiba-tiba, semuanya jadi terbuka. Kebanyakan kita boleh saja menjadi ahli message boards yang paling gila, tidak kira berapa gila dan pelik mereka.

Dan berhubung dengan cepat dengan manusia-manusia obses yang lan.

Betul, dan berhubung dengan manusia-manusia obses yang lain. Jadi saya fikir kelakuan obses menjadi kelakuan yang semakin boleh diterima.

Adakah kamu cuba membina makna dari obsesi? Seperti obsesi Valdimar tentang memakan ikan dan keagungan bangsa Nordic didalam The Whispering Muse?

Saya rasa manusia yang obses menggunakan obsesi mereka sebagai cara untuk membongkar sesuatu, atau untuk menangguhkan pembongkaran sesuatu tentang diri mereka. Manusia obses sentiasa cuba untuk mengubah sesuatu.

Mereka bukannya tersekat pada satu benda?

Oh benar, mereka sudah tentu sentiasa cuba mengubah sesuatu melalui benda-benda yang mereka tersekat. 

VI. Iceland Selepas Dijajah

Tiga novel kamu yang terkenal dan selalu dibaca diterbitkan ketika permulaan, puncak, dan tamatnya kemakmuran ekonomi yang berlaku pada dekad lepas. Adakah cara hidup kamu dan persepi kamu tentang cara hidup penduduk Iceland pada masa itu mempengaruhi novel-novel ini? Adakah ini memberi sebarang kesan kepada novel-novel ini?

Saya rasa saya mengambil perkara ini dengan mudah jika saya bersetuju dengan penyataan itu. Saya rasa kamu mungkin boleh menyatakan bahawa dalam The Blue Fox, saya lebih berminat tentang bagaiman masyarakat sedang bergerak meninggalkan prinsip mengambil berat tentang orang-orang yang lemah yang sudah tentu merupakan salah-satu simptom masyarakat tamak yang kita semua sedang alami. Saya sudah tentu saya akan menyatakan bahawa ini adalah salah satu elemen dalam buku tersebut.

Didalam The Whispering Muse yang diterbitkan pada tahun 2005, saya memang menulis tentang idea mementingkan diri sendiri masyarakat Iceland. Pada ketika itu, ia sangat mudah untuk melihat orang Iceland sebagai bangsa yang istimewa, unik, mempunyai kualiti-kualiti yang bagus, dan apabila kamu cuba mewajarkan perkara-perkara ini, sudah tentu alasan-alasan yang kamu berikan nampak bodoh. Seperti mana bodohnya Vladimar yang menyatakan bangsa Nordic adalah bangsa yang hebat kerana mereka memakan ikan. Jadi saya sudah tentu akan menulis tentang mementingkan diri sendiri yang menjadi sebab berkembangnya megalomania di sini.

Dan saya rasa From the Mouth of the Whale jelas dan terang berkisar tentang apa yang berlaku didalam masyarakat yang tidak mempunyai kewajiban moral dan sosial, yang merupakan apa yang berlaku didalam Mouth of the Whale apabila golongan pemerintah tidak perlu lagi  mengambil tahu tentang orang-orang miskin.

Ini  nampak seperti memudahkan novel ini, tetapi didalam semua novel ini, terdapatnya respon kepada ancaman yang sedang berlaku didalam masyarakat.

Sebentar tadi awak ada cakap bahawa Iceland yang moden perlu di difahami dan dipelajari sebagai masyarakat pos-kolonial, yang mana Iceland pernah dijajah Denmark sehingga 17 Jun 1994. Bagaimana itu mempengaruhi dunia kesusasteraan disini?

Saya tak rasa ia tidak nampak begitu jelas dalam karya-karya sastera disini kerana saya rasa orang-orang disini tidak merasanya begitu. Kami hidup dalam mitos bahawa kami tidak pernah benar-benar dijajah kerana mereka tidak menjajah minda kami. Jadi kami masih tidak mahu menerima kenyataan bahawa kami sebenarnya pernah dijajah dan kami telah terjerumus kedalam segala perangkap sebuah negara pos-kolonial. Sebagai contoh, kami kurang rasa tanggungjawab terhadap dunia yang lebih besar. Kami sentiasa rasa kami perlu ada hak-hak istimewa kerana negara kami adalah sebuah negara kecil. Pada masa yang sama kami tidak mahu memikul bersama segala kesengsaraan sebagai sebahagian daripada dunia besar. Kami mempunyai masalah bear dalam menunjukkan rasa simpati kepada negara-negara yang sedang menderita. Kami mempunyai sistem politik sendiri yang diasaskan ketika kami masih dijajah dan masih menderita dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Denmark ketika itu. Karya-karya sastera di Iceland mempunyai semua elemen-elemen pos-kolonial tetapi ia tidak ditulis seperti ini, dan saya rasa saya juga mungkin menulis tentangnya.

Kamu menulis novel, puisi, lagu, buku kanak-kanak, libereto dan melukis – adakah kamu rasa semua ini menguatkan antara satu sama lain atau sebaliknya? Adakah kamu rasa kamu akan menjadi penulis yang lebih baik jika kamu tidak menumpukan terhadap perkara-perkara lain?

Sebenarnya saya rasa kekuatan saya adalah dalam penulisan novel. Penulisan puisi datang secara perlahan-lahan. Tetapi saya memang mendapat manfaat daripada koloborasi semua itu. Saya betul-betul rasa ianya mengkayakan lagi novel-novel saya. Apabila saya membuat koloborasi berbeza, saya belajar muslihat-muslihat baru dan belajar tentang benda-benda baru yang mungkin, atau tidak mungkin, muncul ketika saya menulis novel seterusnya.

Bagaimana kamu membuat transisi ke penulisan liberato? Isteri awak seorang penyanyi opera, bukan?

Benar, saya diperkenalkan ke dunia opera oleh isteri saya dan saya tersedar bahawa terdapat banyak peluang menarik disitu. Ia satu bentuk seni yang menarik dan saya rasa dunia opera wujud di satu tahap reality yang agak istimewa dimana kamu boleh berhadapan dengan perkara-perkara yang mungkin agak sukar untuk dihadapi dalam bentuk-bentuk seni yang lain. Kamu boleh melakukan transisi dari sesuatu yang suram kepada sesuatu yang samawi dengan mudah.

Jadi saya ketika itu berminat untuk melakukan sesuatu dalam bentuk opera, tetapi saya tidak mendapat peluang sehinggalah bila Bjork meminta saya untuk datang berjumpa dia dan Lars Von Trier yang dia baru jumpa kali pertama ketika itu (untuk filem Dancer In The Dark) kerana dia ingin mencadangkan saya sebagai liberatis untuk filemnya. Saya pernah menghasilkan lirik untuk Bjork sebelum itu, tetapi itu adalah kali pertama saya menggunakan puisi dan lirik dalam konteks drama dan saya amat menyukainya. Ia sangat mengujakan. 

VII. Cerita Rakyat Moden

Adakah awak fikir cerita rakyat mempunyai tempat dalam masyarakat moden dan global?

Saya fikir sesuatu cerita akan mengulang dirinya sendiri, dan ada cerita-cerita biasa yang sentiasa diulang-ulang kerana ianya adalah cerita yang sudah wujud sejak zaman-berzaman lagi dan terdapat kebenaran dalam cerita-cerita itu. Ia adalah cerita benar dan ia adalah tentang situasi-situasi sebenar hidup manusia. Ada satu cerita menarik baru-baru ini di Amerika tentang kekecohan disebuah rumah dimana polis telah datang ke rumah tersebut dan mendapati terdapat seorang lelaki berusia 107 tahun dan dia tidak mahu keluar dari rumah itu. Pihak polis tahu lelaki itu memiliki senapang tetapi polis tetap menyerbu kedalam rumah dan tembak menembak berlaku yang menyebabkan lelaki tersebut mati. Bagi orang Iceland, kisah ini serta merta menjadi kisah tentang kematian seorang hero, sepertimana Viking yang terpaksa mati di medan peperangan. Jika mahu pergi ke Valhalla dan mahu hidup gembira selama-lamanya, maka mereka perlu mati berperang. Jadi bagi saya, secara pantas, terdapatnya satu kaitan; cerita-cerita rakyat sebenarnya terus sentiasa berlaku.

Adakah awak rasa awak mengekalkan budaya dan tradisi Iceland didalam penulisan awak?

Saya rasa saya membantunya dengan mencabarnya, dan dari beberapa sudut, saya turut merosakkannya.

Jika awak ingin menceritakan kisah awak sendiri, kisah tentang diri awak, adakah ia akan disampaikan dalam bentuk puisi, novel, lagi atau liberato?

Ah. Saya rasa saya menggemari boneka. Saya rasa itu bentuk yang paling sesuai untuk saya.

Hidup awak akan disampaikan melalui persembahan boneka?

Ya, dan ia juga akan berkait dengan air. Mungkin persembahan boneka didalam kolam renang.
***
Artikel ini merupakan terjemahan artikel temuramah Alex Baumhardt bersama Sigurjón Birgir Sigurðsson bertajuk PUPPET SHOWS IN A SWIMMING POOL: SURREALISM, POETRY, AND CONTEMPORARY FOLKLORE ACCORDING TO ICELAND'S SJÓN yang diterbitkan oleh LA Review of Books pada 30 Julai 2014.

Sumber gambar: google image


ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: SJÓN
SJÓN
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidOBTqM0J_Rh3zEzfMSfGtRCTvKumBovGO_tIMcKuz7qvrh3znBzqdwcUiC7z13K66GSY1tGKN8QtaFRHsX_M7TfA_nzbJK9rUbsCUSs8BcTNpVAMpylAz8fbj1KRifdONOtAIqzgdNJKU/s1600/JBAsjon3.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidOBTqM0J_Rh3zEzfMSfGtRCTvKumBovGO_tIMcKuz7qvrh3znBzqdwcUiC7z13K66GSY1tGKN8QtaFRHsX_M7TfA_nzbJK9rUbsCUSs8BcTNpVAMpylAz8fbj1KRifdONOtAIqzgdNJKU/s72-c/JBAsjon3.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2014/08/temuramah-alex-baumhardt-bersama-sjon.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2014/08/temuramah-alex-baumhardt-bersama-sjon.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin