Awal tahun ini, pengarang buku Tiger Mother, Amy Chua dan suaminya Jed Rubenfeld telah menerbitkan sebuah buku yang begitu laris di pasaran dan rahsia kejayaan buku ini menurut mereka adalah kerana pakej ganda tiganya iaitu “kompleks tinggi diri (superiority complex), perasaan tidak yakin pada diri sendiri, dan kawalan gerak hati (impulse control)”. Pasangan ini mendakwa karekteristik-karekteristik inilah yang menjelaskan tentang kejayaan luarbiasa yang diperolehi oleh kumpulan etnik dan keagamaan tertentu di Amerika, termasuk Mormon, pendatang Cina dan India.
Kini muncul pula pengarang kelahiran Korea-Amerika yang sangat sinis iaitu Euny Hong untuk menyokong dakwaan mereka itu. dengan kisah-kisah mengujakan tentang bangsa yang menggunakan pakej yang sama untuk memotivasi diri untuk mengubah negara mereka dari negara dunia ketiga yang miskin menjadi sebuah negara yang mengecapi kejayaan ekonomi dan budaya sejak 50 tahun yang lalu. Euny Hong menceritakan tentang bagaimana populasi yang didisplinkan ala tentera di sekolah diyakinkan tentang keunggulan mereka berbanding negara komunis jiran di utara, tetapi pada yang sama hidup dalam ketakutan berlakunya serangan nuklear.
Dilahirkan dan dibesarkan di Chicago sebelum keluarganya berpindah kembali ke Seoul pada tahun 1985 (ketika beliau berusia 12 tahun), Hong berada di posisi yang betul untuk memahami psikologi bangsa Korea yang kompleks tetapi masih mengekalkan jarak (dan sinisime) yang sesuai untuk membolehkan beliau menilainya secara objektif dan menerangkannya kepada pembaca-pembaca di barat seperti saya yang menyangka kejayaan yang dikecapi oleh PSY menerusi lagu pop popular Gangnam Style hanyalah kebetulan.
Rupa-rupanya Negara Korea telah membuat keputusan luar biasa untuk menjudikan masa depannya dengan cara mengeksport budaya-K (K-culture) mereka yang bersinar cerah itu ke pasaran global. Anda tahu bagaimana seriusnya mereka kerana ketika industri hiburan Korea Selatan mengalami kerugian besar akibat muat turun muzik secara haram, kerajaan mereka telah melabur £54 juta (RM291 juta) untuk menyelamatkan K-pop. Dan ianya mendatangkan hasil. Ketagihan terhadap muzik pop Korea, drama televisyen dan permainan video telahpun merebak keseluruh benua Asia dan menuju dengan pantas ke Amerika Selatan, Eropah dan Timur Tengah. Sesiapa yang berumur 40 tahun ke atas di Korea amat faham tentang kemiskinan. Sekarang mereka mensasarkan Negara-negara miskin yang sedang membangun dengan drama-drama lipur lara untuk menarik minat mereka dan merapatkan aspirasi mereka dengan produk-produk Korea yang mereka boleh beli apabila mereka mempunyai wang kelak.
Ianya juga bakal berlaku di negara-negara dunia pertama. Angkat tangan jika anda ada memiliki Samsung Galaxy atau televisyen LG buatan Korea. Kedua-duanya pernah mengalami masalah selepas krisis ekonomi Asia pada tahun 1997. Ia menjadi masalah yang cukup besar kepada Korea sehingga mereka terpaksa meminjam sebanyak £34 billion (RM134 billion) daripada IMF tetapi atas sebab beberapa penjimatan yang dilakukan dan sumbangan-sumbangan peribadi, mereka akhirnya hanya meminjam £11.5 billion (RM62 billion) dan membayar kesemuanya kembali dua tahun lebih awal.
![]() |
PSY yang menempa nama diperingkat antarabangsa menerusi lagu Gangnam Style |

Ketika Hong berpindah kembali ke Seoul pada tahun 1985, produk-produk Samsung dipandang begitu rendah sehinggakan ia digelar “Samsuck” dan ketika tahun 1994, Korea begitu ketinggalan dalam teknologi analog berbanding negara-negara lain sehinggakan ia melupakan usaha untuk bersaing dalam teknologi tersebut dan memilih teknologi digital.
Kerajaan Korea kemudian telah mensiap-sediakan seluruh negara mereka untuk jalur lebar. Samsung dan LG telah menghasilkan talifon digital dan televisyen yang mana ianya telah siap tersedia ketika negara-negara barat baru cuba untuk membangunkan produk yang sama. Talifon bimbit Samsung Galaxy kini merupakan talifon paling laris di dunia.
![]() |
Produk talifon bimbit pintar jenama Samsung
|
Perkara yang lebih kurang sama berlaku terhadap muzik pop mereka. Rock n Roll telah diharamkan di Korea pada tahun '70an, jadi mereka terus memilih muzik elektronika yang menjadikan muzik K-pop moden satu fenomena. Bintang-bintangnya dilatih sejak dari usia muda dalam tarian dan adab yang betul. Walaupun telatah anti-sosialnya dianggap sesuatu yang biasa di barat, PSY dianggap seorang pemberontak kerana – Mengejutkan! Menakutkan! – beliau bukan seorang pelajar yang rajin ketika bersekolah.
Menurut satu artikel, ketika beliau berumur tujuh tahun, beliau berjalan diatas rumput walaupun terdapat papan tanda yang melarangnya berbuat sebegitu. Tampak jelas bahawa ketika ini juga ibu-bapanya berputus asa terhadap beliau.
Hong menceritakan hal-hal ini dengan jenaka dan selalunya dengan kemarahan. kisah-kisah peribadi tentang bagaimana beliau disuruh melompat sekeliling sekolah seperti arnab disulam dengan analisis politik dan budaya yang sangat mendalam.
Beliau kagum dengan kejayaan Korea dan merasakan bahawa terdapat kemungkinan budaya-K masih mampu menelan kita semua. Tetapi beliau bukan seorang yang menggilai pakej ganda tiga. Atau konsep “han” – yang ditakrifkan sebagai “kemarahan yang terhasil kerana fakta bahawa alam tidak akan mampu melunaskan hutang yang ditanggungnya” yang selalu digembar-gemburkan oleh masyarakat Korea. Beliau membuatkan anda tertanya-tanya apakah makna keuntungan yang dicapai sebuah bangsa di mata dunia jika jiwanya masih berasa tidak puas.
***
Ulasan buku tulisan Helen Brown ini diterbitkan oleh Telegraph pada 07 Ogos 2014. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI