Membaca novel-novel klasik dalam bahasa Inggeris memang bukan satu perkara yang mudah. Antara faktor-faktor yang menyebabkan membaca novel-novel klasik mengambil masa yang lama adalah kekangan bahasa dan juga ketebalan novel.
Baru-baru ini, muncul satu aplikasi yang dikenali dengan nama Spritz yang membuktikan bahawa anda boleh membaca sesebuah novel dalam masa yang singkat. Menurut kajian yang dijalankan oleh Spritz sendiri, hanya 20 peratus masa digunakan untuk membaca sesebuah novel manakala 80 peratus lagi adalah untuk menggerakkan mata untuk membaca huruf-huruf didalam novel tersebut.
Walaubagaimanapun, dengan bantuan aplikasi Spritz, seseorang dikatakan boleh membaca 1000 perkataan setiap minit. Berikut adalah beberapa contoh bagaimana anda boleh meningkatkan kelajuan membaca anda dengan menggunakan aplikasi Spritz.
250 perkataan seminit
350 perkataan seminit
500 perkataan seminit
Jika dikira dengan tepat, menggunakan aplikasi Spritz ini membolehkan anda membaca novel Lolita tulisan Vladimir Nabokov yang mengandungi 112473 patah perkataan dalam masa 1.9 jam dan Madame Bovary tulisan Gustave Flaubert (117963 patah perkataan) dalam masa 2 jam.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik di pautan INI .
***
Sumber: Bookish