Selama ini orang-orang yang hilang deria penglihatan atau dalam terma lebih mudah: orang buta, membaca sesebuah buku dengan bantuan tulisan braille. Kini dengan teknologi yang lebih canggih, mereka mempunyai satu lagi pilihan iaitu membaca buku yang dicetak menggunakan teknologi cetakan 3 Dimensi.
Projek untuk menghasilkan buku 3 Dimensi ini adalah hasil usaha pengkaji-pengkaji dari Universiti Colorado Boulder, Amerika dan ianya difokuskan untuk kanak-kanak yang hilang deria penglihatan. Mereka telah menukar imej-imej dari buku cerita kanak-kanak Goodnight Moon dan Harold and the Purple Crayon kepada cetakan objek 3 Dimensi yang boleh disentuh dan dirasa oleh kanak-kanak ini. Berikut antara contoh cetakan buku 3 Dimensi yang mereka hasilkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek ini, anda boleh klik di pautan INI
***
Sumber: Tactile Picture Book Project