CERITA HAIDA (BAHAGIAN DUA)


Itulah satu-satunya masa ayah Haida mendengar Midorikawa bermain piano. Selepas dia bermain "Round Midnight" di bilik muzik sekolah menengah itu, dia seperti tidak lagi berminat untuk bermain piano. "Kamu tidak mahu bermain piano lagi?" tanya ayah Haida untuk memecahkan kesunyian ketika itu tetapi Midorikawa menjawab dengan hanya menggelengkan kepalanya. Ayah Haida memutuskan untuk tidak bertanya sebarang soalan lagi. Midorikawa tidak lagi berminat untuk bermain piano. Ayah Haida berharap dia dapat mendengar Midorikawa bermain sekali lagi. Midorikawa mempunyai bakat yang tulen. Itu tidak syak lagi. Permainannya mempunyai kuasa secara fizikal dan mental untuk menggerakkan perasaan pendengarnya dan membawa mereka kedunia lain. Ia bukan satu perkara yang boleh dilakukan dengan mudah.


Tetapi apakah makna bakat yang luarbiasa ini kepada Midorikawa? Ayah Haida tidak dapat memahaminya. Jika kamu memiliki bakat seperti Midorikawa, adakah ia sesuatu yang menggembirakan atau adakah ia menjadi satu beban? Adakah ia satu anugerah atau satu sumpahan? Atau adakah ia merangkumi kesemua komponen ini? Apapun, Midorikawa tidak kelihatan seperti seorang yang ceria. Ekspresi mukanya hanya samada muram atau lesu. Kadang-kadang sedikit senyuman akan terukir dibibirnya tetapi ia selalunya adalah senyuman yang seperti ditahan-tahan dan sedikit ironik.


Satu hari ketika ayah Haida sedang memotong dan mengangkat kayu api di laman belakang rumah peranginan tersebut, Midorikawa datang berjumpa dengannya.


"Kamu minum?" tanya Midorikawa.


"Sikit-sikit" balas ayah Haida.


"Sikit-sikit pun boleh," kata Midorikawa. "Boleh tak kamu minum dengan saya malam ni? Saya sudah bosan minum berseorangan."

"Saya ada kerja yang perlu dibuat pada sebelah petang tetapi saya akan selesai melakukannya pada pukul tujuh setengah."

"Baiklah, awak boleh datang ke bilik saya pada waktu itu." 



Apabila ayah Haida datang ke bilik Midorikawa, makan malam telahpun siap terhidang untuk mereka berdua bersama berbotol-botol sake panas. Mereka duduk berhadapan antara satu sama lain sambil makan dan minum. Midorikawa hanya makan sedikit dan lebih banyak menuang dan meminum sake untuk dirinya sendiri. Dia tidak bercakap apa-apa tentang dirinya, sebaliknya dia bertanya kepada ayah Haida tentang tempat kelahiran ayah Haida (di Akita) dan kehidupannya ketika menuntut di kolej di kota Tokyo. Apabila dia tahu ayah Haida belajar tentang falsafah, dia bertanya beberapa soalan teknikal. Dia bertanya tentang pandangan dunia Hegel dan penulisan-penulisan Plato. Jelas dia memang telah membaca buku-buku falsafah seperti itu. Novel-novel misteri bukanlah satu-satunya buku yang dia baca.

"Oh begitu, jadi adakah kamu percaya kepada logik?" kata Midorikawa.

"Ya. Saya percaya kepada Logik dan saya bergantung kepadanya. Bidang Falsafah pun keseluruhannya adalah tentang logik," balas ayah Haida.

"jadi kamu tidak berapa suka dengan perkara-perkara yang menentang logik?"

"Ia bukan persoalan samada saya suka atau tidak. Saya tidak menentang perkara-perkara yang tidak logik. Saya bukanlah seperti seseorang yang mempunyai kepercayaan yang begitu mendalam terhadap logik. Saya fikir adalah penting untuk mencari titik pertemuan antara apa yang logik dan apa yang tidak logik."

"Kamu percaya tentang kewujudan syaitan?"

"Syaitan? maksud awak makhluk yang bertanduk itu?"

"Betul. Saya tak tahu samada dia ada tanduk atau tidak."

"Jika awak maksudkan syaitan sebagai metafora kejahatan, sudah tentu saya percaya tentang kewujudannya."

"Bagaimana jika metafora kejahatan ini hadir dalam bentuk yang nyata?"

"Saya tak pasti, kecuali jika saya melihatnya sendiri," kata ayah Haida.

"Tetapi jika awak dapat melihatnya, ia mungkin sudah terlambat."

"Kita sekarang bercakap dari sudut hipotetikal. Jika kita ingin berbincang mengenai perkara ini lebih lanjut, kita perlukan bukti kukuh. Seperti jambatan yang memerlukan galang. Semakin kita pergi jauh dengan satu hipotesis, semakin sukar laluannya. Apa-apa kesimpulan yang kita buat darinya menjadi lebih mengelirukan."

"Contohnya?" kata Midorikawa. Dia meminum segelas sake dan mengerutkan mukanya. "Tetapi kadangkala apabila contoh yang nyata muncul, ia akan menjadi persoalan samada kamu mahu mempercayainya atau tidak. Tiada jalan tengah. Kamu perlu membuat satu lonjakan mental. Logik tidak berupaya menolong kamu."


"Mungkin ia tidak berupaya. Logik bukannya seperti buku manual yang boleh dirujuk dengan mudah. Hanya selepas itu sahaja baru kamu boleh menggunakan logik untuk apa-apa situasi yang diberikan kepada kamu."


"Tetapi ketika itu ia mungkin sudah terlambat."


"Tetapi itu tidak ada kena mengena dengan logik."


Midorikawa tersenyum. "Sudah tentunya kamu betul. Walaupun ia sudah terlambat, ia berbeza dengan logik situasi ketika itu. Itu hujah yang baik. Tiada ruang untuk perdebatan."


"Pernah kamu melalui pengalaman seperti itu, Encik Midorikawa? Menerima sesuatu, percaya kepadanya, melonjak melepasi logik?"


"Tak pernah." kata Midorikawa. "Saya tak percaya kepada apa-apa. Saya tak percaya kepada logik dan sebaliknya. Saya tak percaya kepada Tuhan, atau syaitan. Tiada lanjutan kepada hipotesis, tiada apa-apa seperti lonjakan. Saya hanya menerima semua benda secara diam-diam. Itu masalah utama saya sebenarnya. Saya tidak boleh membina tembok pemisah antara subjek dan objek."


"Tetapi kamu sangat berbakat dalam bidang muzik."


"Kamu fikir begitu?"


"Muzik kamu boleh menggerakkan perasaan orang. Saya tidak tahu banyak tentang jazz tetapi saya boleh beritahu kamu tentang itu."


Midorikawa menggeleng-gelengkan kepalanya kerana tidak bersetuju dengan kata-kata ayah Haida. "Kadangkala memang bagus mempunyai bakat. Kamu nampak hebat, menarik perhatian orang, dan jika kamu bernasib baik kamu boleh membuat duit darinya. Perempuan akan tergila-gilakan kamu. Dari segi itu, mempunyai bakat adalah lebih baik dari tidak mempunyai apa-apa. Tetapi bakat hanya berguna jika ia disokong dengan fokus fizikal dan mental yang keras dan berterusan. Hanya satu skru di otak kamu yang perlu tertanggal dan jatuh atau apa-apa bahagian didalam badan kamu berhenti berfungsi dan konsentrasi kamu akan lenyap begitu saja seperti embun diwaktu pagi.


"Sakit gigi biasa, atau bahu yang sengal akan membuatkan kamu tidak dapat bermain piano. Ia benar. Saya pernah melaluinya. Sakit gigi dan rasa sengal dibahu membuatkan visi indah dan melodi yang saya ingin sampaikan hilang begitu sahaja. Tubuh badan manusia memang lemah seeprti itu. Ia sistem yang rumit dan boleh rosak akibat benda-benda yang remeh, dan selalunya amat sukar untuk membaik pulihnya apabila ia sudah rosak. Kamu boleh menghadapi sakit gigi atau bahu yang sengal tetapi ada banyak benda lain yang susah untuk kamu hadapi. Jika kamu bergantung kepada bakat tetapi pada masa yang sama kamu tahu sangat susah untuk bergantung sepenuhnya kepada bakat kamu dan kamu sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku pada minit berikutnya, apa gunanya bakat tersebut?"


"Bakat mungkin bersifat sementara," balas ayah Haida, "dan tak ramai orang yang mampu mengekalkannya sepanjang hidup mereka. Tetapi bakat membolehkan seseorang melakukan lonjakan spiritual yang besar. Ia hampir seperi fenomena yang universal dan bebas yang menjangkau individu itu sendiri. "


Midorikawa memikirkan tentangnya seketika sebelum menjawab. "Mozart dan Schubert mati muda, tetapi muzik mereka terus kekal. Adakah itu yang kamu maksudkan?"


"Itu salah satu contoh."


"Ada pengecualian untuk bakat seperti itu. Kebanyakan orang yang mempunyai bakat seperti itu terpaksa membayar harga yang mahal untuk kegeniusan mereka dengan hidup yang pendek dan mati cepat. Mereka bermain judi dengan menawarkan nyawa mereka sendiri. Samada mereka berjudi dengan Tuhan atau syaitan, saya tidak tahu." Midorikawa mengeluh dan senyap seketika. "Mengubah topik sedikit" dia meneruskan kata-katanya "tetapi sebenarnya - saya akan mati. Saya hanya ada sebulan sahaja lagi untuk hidup."


(Bersambung)



***
Ini merupakan terjemahan bahasa Melayu "Haida's Story" dari novel Colorless Tsukuru Tazaki And His Years Of Pilgrimage tulisan Haruki Murakami. Terjemahan ini adalah terjemahan dari teks terjemahan bahasa Inggeris oleh Philip Gabriel

Baca Cerita Haida (Bahagian Satu) di SINI

Sumber gambar: google image



ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: CERITA HAIDA (BAHAGIAN DUA)
CERITA HAIDA (BAHAGIAN DUA)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8nsKbuA9a-SuFevwrjvgvDAXuPbkxwusW8T0wrW33VKeuPd3J2pK7xmXJTR7MBXHm0V1Iu02Plh2-n3Dv-YXwpvKjnqdbewqScBwY8zMPx9muRjCvxwrNjhwruZx6jBoAvezaHML_C_Y4/s1600/pvklxq5jw3ydgzig05mh.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8nsKbuA9a-SuFevwrjvgvDAXuPbkxwusW8T0wrW33VKeuPd3J2pK7xmXJTR7MBXHm0V1Iu02Plh2-n3Dv-YXwpvKjnqdbewqScBwY8zMPx9muRjCvxwrNjhwruZx6jBoAvezaHML_C_Y4/s72-c/pvklxq5jw3ydgzig05mh.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2014/09/cerita-haida-bahagian-dua.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2014/09/cerita-haida-bahagian-dua.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin