Kota Paris satu ketika dahulu pernah tempat penulis dan seniman tersohor berkumpul. Jadi bukan sesuatu yang menghairankan ramai pelancong terutamanya penggemar buku sanggup menghabiskan wang untuk datang ke kota Paris semata-mata untuk menyusuri jejak-jejak penulis kegemaran mereka yang pernah menjadikan kota Paris sebagai "ibu pejabat".
Kehadiran pelancong-pelancong sebegini turut mendapat perhatian pengusaha-pengusaha hotel di kota Paris. Untuk meraikan penulis-penulis tersohor yang pernah menginap di hotel mereka, pengusaha-pengusaha hotel ini telah mewujudkan bilik-bilik hotel yang dinamakan sempena penulis-penulis dan seniman yang pernah menginap di bilik tersebut yang sudah tentunya menarik perhatian pelancong-pelancong ke hotel mereka. Bagi penggemar buku yang berhasrat untuk menginap di bilik atau hotel yang pernah didiami oleh penulis-penulis kegemaran mereka, disenaraikan di sini beberapa hotel yang boleh dikunjungi di kota Paris.
R. Kipling Hotel
Dilengkapi dengan perpustakaan dan hiasan dalaman berkonsepkan india/asia, hotel ini sedaya upaya cuba membuatkan pengunjung-pengunjungnya berasa seperti mereka berada di rumah Rudyard Kipling.
Pautan: www.kipling-hotel.com
***
Le Pavillon des Lettres
Hotel ini menyediakan 26 bilik untuk penulis-penulis berbeza dimana dinding disetiap bilik dihiasi dengan petikan-petikan karya penulis-penulis tersebut.
Pautan: www.pavillondeslettres.com
***
Les Plumes
3 bilik kelas Suite dikhaskan untuk meraikan "cinta" diantara Victor Hugo dan Juliette Drouet, Paul Verlaine dan Arthur Rimbaud dan juga diantara George Sand dan Alfred de Musset.
Pautan: www.lesplumeshotel.com/en/
***
Le Marcel
Terletak bertentangan dengan stesyen keretapi Gare de l'Est, hotel ini meraikan penulis tersohor Marcel Proust.
Pautan: www.lemarcelhotel.com/
***
L'Hotel
Hotel ini merupakan lokasi dimana Oscar Wilde meninggal dunia. Jorge Luis Borges juga pernah menginap di sini.
Pautan: www.l-hotel.com/
***
Pont Royal
Antara penulis-penulis tersohor yang pernah menginap di sini adalah Albert Camus, Jean-Paul Sartre, James Joyce, Arthur Miller dan Gabriel GarcÃa Marquez.
***
Sumber: The Guardian