Dalam usaha untuk menghilangkan tekanan akibat kesibukan kehidupan harian, setiap daripada kita akan melakukan pelbagai perkara seperti mendengar muzik, menonton televisyen dan sebagainya. Sebagai seorang penggemar buku, sudah pastinya salah satu cara untuk menghilangkan tekanan adalah dengan membaca buku. Tapi tahukah anda membaca buku sebenarnya adalah kaedah paling berkesan untuk menghilangkan tekanan berbanding aktiviti-aktiviti lain?
Mengikut infografik yang dikeluarkan oleh CBC Books dengan kerjasama Canada's National Reading Campaign, seorang pembaca buku biasanya mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik daripada mereka yang tidak gemar membaca buku. Dengan membaca buku selama 6 minit sahaja, seseorang dapat mengurangkan lebih 60 peratus tekanan yang dihadapinya. Mengikut infografik ini lagi, membaca buku adalah 68 peratus lebih berkesan untuk mengurangkan tekanan daripada mendengar muzik, bermain permainan video (600 peratus) dan meminum segelas teh (100 peratus).
Untuk melihat infografik lengkap, anda boleh klik di pautan INI
***
Sumber: Galleycat
Sumber gambar: google image