Menyertai kelab buku adalah antara salah satu cabang dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh seorang penggemar buku. Seorang penggemar buku mungkin akan menyertai lebih dari satu kelab buku supaya mereka boleh bercakap lebih banyak tentang buku-buku kegemaran mereka. Di Malaysia sendiri, mungkin wujud berpuluh malah mungkin beratus kelab buku bagi memuaskan keinginan seorang penggemar buku. Tetapi mungkin terdapat satu kelab buku yang agak mustahil wujud di Malaysia.
Kelab buku yang dimaksudkan adalah kelab buku yang mana ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan wanita yang tidak memakai baju. Sebuah kelab buku di New York yang dikenali sebagai Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society mengambil manfaat daripada undang-undang yang wujud di New York yang membenarkan sesiapa saja tampil di khalayak umum tanpa memakai baju.

Mereka biasanya kerap berkumpul pada musim panas dimana mereka boleh dilihat bersantai di taman-taman awam sambil membaca buku atau melakukan apa-apa aktiviti berkaitan buku dan kesenian.
Jika anda berhasrat untuk memulakan kelab buku seperti ini, anda boleh menghubungi mereka melalui e-mel dan mereka sedia memberi apa saja bantuan yang mereka mampu berikan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari blog rasmi mereka di www.coedtoplesspulpfiction.wordpress.com