Jika anda peminat novel-novel Inggeris, anda pasti teruja dengan peta imaginasi jalan-jalan di kota London yang dinamakan sempena judul-judul lebih 600 buku sastera Inggeris. Antara judul buku yang terdapat dalam peta ini adalah Animal Farm tulisan George Orwell yang digambarkan sebagai sebuah ladang terletak berdekatan dengan Wuthering Heights bersempena dengan novel tersohor karya Emily Bronte.
Jika anda berminat untuk memiliki peta ini, anda boleh mendapatkannya di SINI . Jika anda mahukan peta kesusasteraan Malaysia pula, mungkin anda terpaksa menunggu lebih lama lagi.
***
Sumber: Electric Literature / We Are Dorothy