PEKAN KUCING (BAHAGIAN EMPAT)



Di kaunter pelawat, Tengo memberikan namanya dan nama ayahnya.

"Adakah awak ada memaklumkan tentang lawatan awak hari ini kepada kami sebelum ini?" Tanya jururawat dikaunter pelawat tersebut. Suaranya sedikit tajam. Jururawat tersebut adalah seorang wanita bertubuh kecil, memakai cermin mata dengan bingkai yang dibuat daripada besi, dan terdapat helaian-helain rambut putih kelihatan pada rambut pendeknya.  

"Tiada. Baru pagi tadi saya membuat keputusan untuk datang ke sini menaiki keretapi" jawab Tengo dengan jujur.

Jururawat tersebut kelihatan sedikit meluat dengan jawapan Tengo. Kemudian dia berkata "setiap pelawat sepatutnya memberitahu kami lebih awal sebelum mereka datang ke sini untuk melihat pesakit. Kami ada jadual kami sendiri yang perlu dipenuhi dan kemahuan pesakit juga perlu diambil kira."

Saya minta maaf. Saya tidak tahu"
"Bila kali terakhir kamu datang kesini?"
"Dua tahun lepas."

"Dua tahun lepas," ulang jururawat tersebut sambil dia menyemak senarai pelawat dengan pen mata bulat ditangannya. "Jadi maksud awak, awak tak pernah datang ke sini sepanjang dua tahun lepas?"

"Benar" kata Tengo.

"Mengikut rekod kami, awak satu-satunya waris Encik Kawana"
"Ya benar" kata Tengo.

Jururawat tersebut memandang Tengo tetapi tidak berkata apa-apa. Matanya tidak menyalahkan Tengo, cuma dia ingin menyemak kebenaran maklumat yang diberikan. Sebenarnya sebelum ini ada ramai lagi yang datang secara mengejut seperti Tengo.

"Sekarang ayah awak sedang berada dalam sesi kumpulan pemulihan. Ia akan tamat setengah jam lagi. Awak boleh berjumpa dengan dia selepas itu."

"Bagaimana keadaan dia sekarang?"

"Secara fizikalnya, dia dalam keadaan sihat. Cuma dalam aspek lain, dia ada naik dan turunnya" kata jururawat itu sambil mengetuk pelipis kepalanya dengan jari telunjuk.

Tengo mengucapkan terima kasih kepada jururawat tersebut dan kemudian pergi menunggu diruang menunggu di pintu masuk dan menyambung membaca buku yang dibawanya. Sekali-sekala angin sepoi-sepoi bertiup membawa bau laut dan bunyi yang menenangkan yang datang dari pokok-pokok pain yang bertindak sebagai penghadang angin. Reriang bergayut di dahan-dahan pokok tersebut sambil mengeluarkan bunyi kuat. Musim panas berada pada waktu puncaknya, tetapi reriang tersebut seperti tahu bahawa ianya  tidak akan kekal lama.

Tiba-tiba jururawat yang memakai cermin mata tadi datang dan memberitahu Tengo bahawa dia boleh berjumpa dengan ayahnya sekarang. "Saya tunjukkan kamu dimana biliknya" kata jururawat tersebut. Tengo bangun dari sofa dan ketika dia melintasi sebuah cermin besar di dinding, dia tersedar dia memakai pakaian yang agak selekeh: baju-t Jeff Beck Japan Tour yang dipakai dibawah baju dungari lusuh yang memiliki butang-butang yang tidak sepadan, seluar chinos yang terdapat kesan-kesan sos pizza di salah satu bahagian lututnya dan topi bola lisut. Tak mungkin seorang anak yang berusia 30 tahun akan memakai pakaian begini untuk melawat ayahnya buat pertama kali selepas dua tahun. Dia juga tidak membawa apa-apa buah tangan untuk ayahnya. Tidak menghairankan jururawat tersebut memberikan pandangan meluat kepadanya.

Ayah Tengo berada didalam biliknya. Dia duduk di sebuah kerusi disebelah tingkap yang terbuka dan kedua-dua belah tangannya diletakkan dilutut. Terdapat satu pokok didalam pasu yang memiliki beberapa bunga berwarna kuning di meja berdekatan. Lantai bilik tersebut seperti dilapik dengan bahan yang lembut untuk mengelakkan sebarang kecederaan jika ada sesiapa terjatuh. Tengo pada mulanya tidak perasan lelaki yang sedang duduk bersebelahan dengan tingkap adalah ayahnya.

Dia telah mengecut - atau mungkin lebih tepat "berkedut".

Rambutnya lebih pendek dan putih seperti laman yang dilitupi salji. Pipinya semakin dalam yang mungkin menyebabkan lekuk pada matanya kelihatan lebih besar daripada biasa. Tiga garisan kerutan yang dalam jelas kelihatan di dahinya. Bulu matanya sangat panjang dan tebal, dan telinga runcingnya nampak lebih besar daripada biasa. Ia kelihatan seperti sayap-sayap kelawar.

Dari jauh dia tidak kelihatan seperti manusia. tetapi seperti satu makhluk yang lain. Mungkin seperti seekor tikus atau tupai yang memiliki kelicikannya sendiri. Walaupun begitu, dia adalah ayah Tengo - atau mungkin juga sisa-sisa tubuh badan ayah Tengo. Ayah yang Tengo ingat adalah seorang lelaki yang tegap dan kuat bekerja. Mengamati diri sendiri dan berimaginasi mungkin sesuatu yang asing baginya tetapi ayah Tengo mempunyai kod moralnya sendiri dan mempunyai tujuan hidup yang jelas. Tetapi lelaki yang Tengo sedang lihat didepan matanya ketika itu hanyalah cengkerang kosong.

"Encik Kawana!"  jururawat tersebut memanggil ayah Tengo dengan tona suara yang berderap dan jelas yang mungkin telah dilatih kepadanya untuk digunakan ketika bercakap dengan pesakit.

"Encik Kawana! Tengok siapa yang datang! Anak lelaki awak datang kesini dari Tokyo!" Ayah Tengo memusingkan badannya ke arah Tengo. Matanya yang tidak menunjukkan sebarang ekspresi itu membuatkan Tengo merasakan ianya seperti dua sarang burung layang-layang yang kosong yang tergantung dari cucur atap.

"Helo" kata Tengo.

Ayahnya tidak berkata apa-apa. Sebaliknya dia melihat tepat ke arah Tengo seperti dia sedang membaca suratkhabar dalam bahasa asing.

"Makan malam bermula pada pukul 6:30" kata jururawat tersebut kepada Tengo. "Kamu dipersilakan untuk terus berada disini sehingga waktu tersebut."

Selepas jururawat tersebut berlalu pergi, Tengo agak teragak-agak untuk beberapa ketika sebelum dia menghampiri ayahnya dan duduk dikerusi bertentangan dengan ayahnya. Mata ayahnya mengikuti pergerakan Tengo.

"Ayah apa khabar?" tanya Tengo.
"Baik, terima kasih" jawab ayahnya dengan formal.
Tengo tidak tahu untuk berkata apa selepas itu. Jarinya bermain-main dengan butang ketiga di baju dungarinya. Dia mengalihkan pandangannya kepada pokok-pokok pain diluar dan kemudian kembali memandang ayahnya.

"Engkau datang dari Tokyo, bukan?" tanya ayahnya.
"Betul, dari Tokyo".
"Engkau mesti datang menaiki keretapi ekspres"
"Betul" kata Tengo. "Saya menaiki keretapi sehingga ke Tateyama. Kemudian saya bertukar menaiki keretapi biasa ke Chikura untuk datang ke sini"
"Engkau datang untuk berenang?" tanya ayahnya.

"Saya Tengo. Tengo Kawana. Anak lelaki ayah."

Kedut-kedut pada dahi ayahnya menjadi dalam. "Ramai orang menipu kerana mereka tidak mahu membayar yuran langganan NHK"

"Ayah!" Tengo memanggil ayahnya. Dia sudah lama tidak menggunakan perkataan tersebut. "Saya Tengo. Anak lelaki ayah."
"Aku tiada anak lelaki" umum ayahnya.
"Ayah tidak mempunyai anak lelaki?" Tengo mengulangi kata-kata ayahnya.
Ayahnya menganggukkan kepala.
"Jadi siapa saya?" tanya Tengo.
"Kau bukan siapa-siapa" kata ayahnya sambil menggelengkan kepalanya dengan cepat sebanyak dua kali.

Tengo menarik nafasnya. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Ayahnya juga tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan. Mereka duduk diam, mencari-cari sesuatu dalam fikiran mereka yang bersimpul itu. Hanya suara reriang yang kedengaran bernyanyi dengan kuat tanpa sebarang kekeliruan. Dia mungkin berkata benar, fikir Tengo. Ingatannya mungkin telah tiada tetapi kata-katanya mungkin benar.

"Apa yang ayah maksudkan?" tanya Tengo.

Kau bukan siapa-siapa" ayahnya mengulang kembali kata-katanya dan suaranya tidak memiliki apa-apa emosi. "Kau tidak pernah menjadi siapa-siapa, kau bukan siapa-siapa, dan kau tidak akan menjadi siapa-siapa."

Tengo seperti mahu bangun dari kerusinya, menuju ke stesyen dan kembali semula ke Tokyo ketika itu juga. Tetapi dia tidak mampu bangun. Dia seperti lelaki muda yang mengembara ke pekan kucing. Dia memilki rasa ingin tahu. Dia mahu jawapan yang lebih jelas. Sudah tentu ada bahayanya. Tetapi jika dia melepaskan peluang ini, dia mungkin tidak mempunyai peluang lain untuk mengetahui rahsia tentang dirinya. Tengo menyusun kata-kata didalam kepalanya sehinggalah dia bersedia untuk meluahkannya.

"Apa yang ayah maksudkan adalah ayah bukan ayah sebenar saya, betul? Ayah sebenarnya memberitahu saya bahawa tiada pertalian darah antara kita berdua, bukan?"

"Mencuri saluran radio adalah satu kesalahan disisi undang-undang" kata ayahnya sambil memandang kedalam mata Tengo. "Ia tiada beza dengan mencuri duit atau barang-barang berharga, tak begitu?"

"Ayah mungkin betul" Tengo memutuskan untuk bersetuju dengan kata-kata ayahnya ketika itu.

"Saluran radio tidak datang dari langit dengan percuma seperti hujan atau salji" kata ayahnya.

Tengo merenung tangan ayahnya. Ia diletakkan dengan rapi dilututnya. Tangan bersaiz kecil dan gelap dan kelihatan perang sehingga ke tulang akibat bertahun-tahun melakukan kerja-kerja diluar.

"Ibu saya tidak mati akibat sakit ketika saya kecil, bukan?" perlahan-lahan Tengo bertanya.

Ayahnya tidak menjawab. Ekspresi mukanya tidak berubah dan tangannya juga tidak bergerak. Matanya fokus memandang Tengo seperti memerhatikan sesuatu yang asing.

"Ibu saya meninggalkan ayah. Ibu meninggalkan ayah dan saya. Dia pergi bersama lelaki lain. Betul tak cakap saya?"

Ayahnya menganggukkan kepala. "Mencuri saluran radio bukan perbuatan yang baik. Kamu tidak boleh bebas melakukan apa saja yang kamu mahu."

Lelaki ini sebenarnya faham soalan aku. Dia cuma tidak mahu menjawabnya dengan terus terang, fikir Tengo.

"Ayah" Tengo memanggil ayahnya. "Ayah mungkin bukan ayah sebenar saya, tetapi saya akan memanggil ayah sebegitu buat masa ini sebab saya tidak tahu cara lain untuk memanggil ayah. Secara jujurnya, saya tak pernah menyukai ayah. Mungkin saya membenci ayah sepanjang masa ini. Ayah tahu tentang itu, bukan? Saya tidak tahu samada saya boleh menyukai ayah, tetapi saya fikir sekurang-kurangnya saya boleh lebih memahami ayah berbanding sekarang. Saya hanya ingin tahu kebenaran tentang diri saya dan dari mana saya datang. Itu saja. Jika ayah memberitahu saya perkara sebenar disini dan pada waktu ini, saya tidak akan membenci ayah lagi. Malah, saya mengalu-alukan sebarang peluang untuk tidak membenci ayah lagi."

Ayah Tengo terus memerhatikan Tengo dengan matanya yang tidak memiliki sebarang ekspresi itu, tetapi Tengo merasakan dia mungkin dapat melihat kerdipan cahaya yang begitu kecil dicelah-celah kedalaman sarang burung layang-layang yang kosong itu.

"Saya bukan siapa-siapa" kata Tengo. "Ayah betul. Saya seperti seseorang yang telah dicampakkan kedalam laut pada waktu malam, terapung sendirian. Saya menghulurkan tangan, tetapi tiada siapa disitu. Saya tiada sebarang hubungan dengan apa-apa. Benda paling dekat dengan saya adalah keluarga saya iaitu ayah, tetapi ayah masih menyimpan rahsia ayah. Dalam masa yang sama, ingatan ayah hilang dari hari ke hari. Bersama ingatan ayah, kebenaran tentang diri saya turut hilang. Tanpa tahu kebenaran tentang diri saya, saya bukanlah siapa-siapa dan saya tidak akan mampu menjadi siap-siapa. Ayah juga betul tentang perkara itu."

"Pengetahuan adalah aset yang sangat berharga," kata ayahnya dalam suara yang senada walaupun ia kedengaran lebih perlahan dari sebelum itu, seperti seseorang telah memperlahankan bunyinya. "Ia adalah satu aset yang mesti dikumpul dengan banyak dan digunakan dengan sangat berhati-hati. Ia mesti diturunkan ke generasi seterusnya dalam bentuk yang mendatangkan faedah. Atas sebab itu juga, NHK perlukan semua yuran langganan kamu dan-"

Tengo memotong kata-kata ayahnya. "Bagaimanakah perangai ibu saya? Kemana dia pergi? Apa yang terjadi kepadanya?"

Ayahnya menghentikan kata-kata seruannya dan bibirnya dikatup dengan rapat.

Dengan suara yang lebih lembut, Tengo meneruskan kata-katanya, "Ada satu bayangan yang sering datang kepada saya - bayangan sama yang datang berulang kali. Saya mengesyaki ia sebenarnya bukanlah bayangan tetapi lebih kepada satu memori yang benar-benar pernah berlaku. Saya berumur setahun setengah, dan ibu berada disebelah saya. Dia dan seorang lelaki muda berpelukan antara satu sama lain. Lelaki itu bukan ayah. Siapa dia saya tidak tahu, tetapi yang pasti dia bukan ayah."

Ayahnya tidak berkata apa-apa, tetapi matanya jelas melihat sesuatu yang lain - sesuatu yang tiada disitu.

"Aku tertanya samada aku boleh meminta kau untuk membacakan sesuatu kepada aku," kata ayah Tengo dalam tona formal selepas berdiam diri agak lama. "Penglihatan aku makin lama makin kabur sehinggakan aku tak mampu membaca buku lagi. Kotak buku itu ada beberapa buah buku didalamya. Pilihlah mana-mana buku yang kau suka."

Tengo bangun untuk meneliti tulang-tulang buku didalam kotak buku tersebut. Kebanyakannya adalah novel-novel sejarah yang mengambil tempat pada masa samurai masih wujud. Tengo tidak mampu membawa dirinya untuk membaca buku-buku lama yang dipenuhi bahasa-bahasa purba itu kepada ayahnya.

"Jika ayah tidak kisah, saya lebih suka untuk membaca tentang kisah sebuah pekan kucing" kata Tengo. "Ia ada dalam buku yang saya bawa untuk bacaan saya sendiri."

"Kisah tentang pekan kucing" kata ayahnya, sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. "Jika tidak menyusahkan kamu, tolong bacakannya kepada aku."

Tengo melihat jam ditangannya. "Sudah tentu tidak. Saya ada banyak masa sebelum keretapi saya berlepas. Ia cerita yang pelik. Saya tidak tahu samada ayah akan menyukainya."

(Bersambung)

***
Ini merupakan terjemahan bahasa Melayu untuk bab Town Of Cats dari novel IQ84 tulisan Haruki Murakami. Terjemahan ini merupakan terjemahan dari teks terjemahan bahasa Inggeris oleh Jay Rubin.

Baca terjemahan Pekan Kucing (Bahagian Satu) di SINI
Baca terjemahan Pekan Kucing (Bahagian Dua) di SINI
Baca terjemahan Pekan Kucing (Bahagian Tiga) di SINI

Sumber gambar: google image


ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: PEKAN KUCING (BAHAGIAN EMPAT)
PEKAN KUCING (BAHAGIAN EMPAT)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwUqZeOQhFKoVuQB7YUJpc4Tge6RBL6oiu8FUBMnmU5OC4dDWV1u51g1lqVwlGspjCuQX2cFHEcN37kc0Zm6UDmyLSMr1pOII-VxGUp3A_MIwYw_W4AGYAwLX4tvRJtNfUpzz4zkenxzVD/s1600/sb-cat-1-013112.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwUqZeOQhFKoVuQB7YUJpc4Tge6RBL6oiu8FUBMnmU5OC4dDWV1u51g1lqVwlGspjCuQX2cFHEcN37kc0Zm6UDmyLSMr1pOII-VxGUp3A_MIwYw_W4AGYAwLX4tvRJtNfUpzz4zkenxzVD/s72-c/sb-cat-1-013112.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2014/09/pekan-kucing-bahagian-empat.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2014/09/pekan-kucing-bahagian-empat.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin