Selepas kita melawat Perpustakaan Teksi dan Perpustakaan Van, kali ini kita melawat satu lagi perpustakaan yang agak unik iaitu Perpustakaan Rakit.
Perpustakaan rakit ini wujud hasil usaha Sarah Peters dengan kerjasama Molly Reichert yang menghasilkan rekaan perpustakaan rakit ini. Para pengunjung bukan sahaja boleh membaca buku di perpustakaan ini (yang sudah tentunya datang dengan menaiki bot atau rakit lain), malah mereka turut boleh meminjam buku-bukunya sepertimana perpustakaan biasa yang lain.
Secara amnya, perpustakaan ini beroperasi disekitar tasik di Minnesota yang tidak terkira banyaknya. Jika anda berhasrat untuk mengunjungi perpustakaan rakit ini, anda boleh lihat lokasi dan tarikh mereka beroperasi di SINI.
***
Sumber: The Floating Library