Jika anda melayari laman sesawang youtube, anda pasti pernah tidak sedar yang anda telah menghabiskan berjam-jam lamanya menonton klip-klip yang anda gemari. Bermacam-macam klip video yang anda boleh tonton, dari filem, video muzik hinggalah kepada klip-klip masakan.
Dalam masa yang sama, muncul pula "v-loggers" yang mana klip-klip video yang mereka muat naik sentiasa menjadi perhatian. Contoh yang paling dekat dengan kita adalah akaun youtube milik Ahmad Lutfi Othman yang mana ada antara klip yang beliau muat naik ke laman youtube ditonton lebih sejuta kali.
Dan seperti biasa, penggemar-penggemar buku juga mempunyai v-logger mereka sendiri. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, muncul komuniti (atau lebih tepat: individu-individu) yang dikenali sebagai "Booktubers". Mereka kebanyakannya beroperasi sendirian dengan memuat naik klip video mereka mengulas buku-buku terkini atau buku-buku pilihan mereka yang selalunya dipersembahkan dengan begitu menarik sekali.
Di Amerika contohnya, terdapat beberapa orang booktubers yang agak popular dan menerima kritkan yang agak baik daripada orang ramai. Antara booktubers yang mendapat perhatian adalah seperti berikut: