Jika anda baru berjinak-jinak membaca novel berbahasa Inggeris dan anda tidak tahu novel dari genre mana yang patut anda baca, maka peta genre sastera mungkin boleh membantu anda. Book Country telah tampil dengan satu peta interaktif genre sastera yang memberikan anda serba-sedikit maklumat tentang genre-genre sastera yang wujud dan juga serba-sedikit latar belakangnya disamping karya-karya klasik yang sering dikaitkan dengan genre tersebut.
Walaupun peta interaktif ini lebih mensasarkan para penulis, ia juga bagus untuk mereka yang baru berjinak-jinak membaca novel ataupun untuk mereka yang ingin meluaskan lagi genre novel yang mereka baca.
Untuk melihat peta interaktif ini dengan lebih dekat, anda boleh klik di pautan INI .
***
Sumber: Book Country