Pada zaman penggunaan media sosial yang begitu meluas ini, kepentingan menggunakan tatabahasa dan ejaan dengan betul dipandang agak remeh oleh ramai orang. Mungkin ramai yang mengatakan ianya bukanlah sesuatu yang perlu diberikan perhatian yang serius kerana apa yang lebih penting adalah maklumat yang hendak disampaikan.
Tetapi tahukah anda, menggunakan tatabahasa dan ejaan dengan betul sebenarnya mempunyai kebaikan untuk kehidupan anda? Mengikut infografik yang dikeluarkan berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Grammarly terhadap 448 orang profesional yang bekerja secara bebas, didapati mereka yang mempunyai kemahiran menulis lebih cemerlang dalam bidang kerja mereka dan mendapat gaji yang lebih tinggi.
Kajian turut mendapati mereka yang bekerja sebagai penulis melakukan lebih sedikit kesalahan ketika menulis iaitu pada kadar 10.1 kesalahan bagi setiap 100 patah perkataan. Didapati juga mereka yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat dan pengaturcaraan melakukan paling banyak kesalahan iaitu 19.3 kesalahan bagi setiap 100 patah perkataan.
Untuk lihat infografik lengkap, anda boleh klik di pautan INI .
***
Sumber: Huffington Post
Sumber gambar: google image