Apakah yang anda akan lakukan jika anda terperangkap dalam sebuah kedai buku? Itulah yang berlaku kepada David Willis yang terperangkap didalam salah sebuah cawangan kedai buku Waterstones di Trafalgar Square, London.
Willis yang berasal dari Amerika dikatakan masuk ke kedai buku itu beberapa minit sebelum kedai buku itu ditutup seperti biasa pada pukul 9:00 malam. Selepas 15 minit beliau masuk kedalam kedai itu, beliau mengambil keputusan untuk beredar dan mendapati pintu kedai buku tersebut telah dikunci. Walaupun Willis berjaya bercakap melalui talifon dengan pengawal keselamatan kedai dan juga pihak polis, beliau masih terpaksa menghabiskan beberapa jam sebelum beliau berjaya keluar dari kedai buku tersebut. Willis juga sempat memuat naik satu gambar di akaun twitter miliknya ketika beliau terkurung dalam kedai buku tersebut dengan menyatakan "Hi @Waterstones, I've been locked inside your Trafalgar Square Bookstores for two hours now. Please let me out (Hai @Waterstones, sudah dua jam saya terkunci didalam cawangan kedai buku anda di Trafalgar Square. Tolong keluarkan saya)."
![]() |
Gambar yang dimuat naik oleh David Willis. |
Apa yang anda akan lakukan jika anda terperangkap dalam sebuah kedai buku seperti David Willis?
***
Sumber: Telegraph / David Willis
Sumber gambar: google image / David Willis