Akhirnya penantian untuk mengetahui siapakah pemenang Hadiah Man Booker 2014 terjawab apabila Richard Flanagan diumumkan sebagai pemenang. Penulis kelahiran Australia ini dipilih untuk menerima Hadiah Man Booker untuk tahun ini menerusi novel tulisannya bertajuk The Narrow Road to the Deep North dan seterusnya menjadikan Flanagan sebagai penulis Australia yang ketiga memenangi Hadiah Man Booker.
Untuk edisi kali ini, pencalonan Hadiah Man Booker yang selama ini hanya untuk penulis-penulis dari negara-negara Komanwel buat pertama kalinya dibuka kepada penulis-penulis dari Amerika. Dengan kemenangan ini, Flanagan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM260,000.
Tahniah Flanagan!
***
Sumber: Man Booker