Seseorang penulis biasanya akan menerbitkan sekitar lima ke sepuluh buku tulisan mereka sepanjang karier penulisan mereka tetapi bagaimana pula dengan penulis yang menerbitkan lebih dari 1,000 buku? Itulah yang dilakukan oleh penulis kelahiran Brazil bernama R.F. Luchetti yang sehingga kini telah menulis lebih 1,547 buku dalam genre fiksyen pulp dengan menggunakan pelbagai nama pena seperti Vincent Lugosi, Brian Stockler dan Isadora Highsmith. Luchetti yang kini tinggal disebuah rumah di Jardinópolis di Sao Paulo telah menghasilkan pelbagai buku dalam pelbagai genre seperti fiksyen jenayah, erotika yang jelas dilihat pada judul buku-buku tulisannya.
R.F. Luchetti
|
Luchetti memang kurang dikenali tetapi sejak kebelakangan ini, karya-karya tulisan beliau mula digali semula oleh pembikin-pembikin filem muda di Brazil buku-bukunya juga mula diterbitkan semula oleh banyak penerbit buku.
![]() |
Antara karya-karya tulisan Luchetti |
Apa yang menarik tentang karya-karya yang ditulis oleh Lucetti adalah ia sering mengambil tempat di lokasi seperti Los Angeles, New York atau London tetapi pada hakikatnya Lucchetti tidak pernah keluar dari Brazil. Menurut Luchetti, kadang-kadang beliau berjaya menghabiskan menulis sebuah buku dalam tempoh tiga hari sahaja. Beliau sentiasa cuba mengikut satu rutin yang tetap untuk menulis sesebuah buku setiap hari tetapi beliau masih juga meluangkan masa untuk menonton televisyen dan tidur.
Walaupun Luchetti merasakan genre fiksyen pulp sudah mati, tetapi beliau masih tetap menulis. "Menulis bagi saya adalah keperluan fizikal" kata Luchetti yang sudahpun berusia 84 tahun dan beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak suka bersenam dan menjaga kesihatannya hanya dengan cara tidak merokok atau meminum arak.
Jadi apa yang anda tunggu lagi? Dapatkan segera buku-buku tulisan Luchetti jika anda masih belum lagi membaca karya-karya beliau.
***
Sumber: New York Times