Apakah yang menyebabkan kita begitu tertarik kepada aroma sebuah buku tidak kira buku yang baru ataupun yang lama? Jawapan kepada soalan ini mungkin boleh ditemui melalui hasil kajian seorang guru kimia dari United Kingdom bernama Andy Brunning. Mengikut satu infografik yang diterbitkan di laman sesawang miliknya iaitu Compound Interest, terdapat beberapa bahan-bahan kimia yang terhasil daripada pelbagai bahan yang seterusnya menghasilkan bau buku yang unik.
Menurut Brunning, secara asasnya bau buku yang terhasil datang daripada kertas buku yang mengandungi pelbagai bahan kimia ataupun dalam terma Inggerisnya dirujuk sebagai Volatile Organic Compound (VOC). Bahan-bahan ini mempunyai pelbagai asal-usul. Ada yang terhasil akibat degradasi dan ada pula yang datang dari kertas, gam dan juga dakwat yang digunakan untuk mencetak sesebuah buku.
Untuk lihat infografik lengkap, anda boleh klik di pautan INI .
***
Sumber: Open Culture
Sumber gambar: York Press