LELAKI DAN NOVEL CINTA



Kenapa orang perempuan suka membaca novel cinta? Ia adalah soalan yang selalu ditanya samada secara terangan-terangan atau secara diam-diam. Dua kajian pertama tentang hal ini pada tahun 1980 iaitu kajian antropologikal oleh Janice Radway bertajuk Membaca Novel Cinta (Reading the Romance) dan kajian teoritikal oleh Tania Modleski bertajuk Mencintai Dengan Dendam (Loving With A Vengeance) mencadangkan bahawa novel-novel cinta memberikan pampasan fantasi kepada orang perempuan. Patriaki sangat menekan dan menindas orang perempuan dan novel-novel cinta memahaminya dan memberikan penawar.

Pengomentar lain pula agak lebih pedas. William Giraldi menyatakan "Novel cinta - parokial mengikut definisi, ekunemikal dalam cita-citanya - mengajar satu pelajaran yang keji: menjadi hamba kepada perasaan adalah tiket kepada kebahagiaan." Beliau merumuskan bahawa kejayaan 50 Shades of Grey menunjukkan bahawa "kita adalah kaum yang lemah dan gagal yang masih kekal dalam fasa kepompong." Memandangkan pembaca utama 50 Shades of Grey adalah orang perempuan, rumusan yang dibuat seperti menyatakan bahawa orang perempuan membaca novel-novel seperti ini kerana pemikiran mereka telah terbantut. Jika membaca novel cinta dilihat sebagai melencong atau patologikal, maka sikap terhadap pembaca novel cinta juga adalah antara ego atau kebencian. Dalam erti kata lain, pembaca novel cinta adalah jiwa-jiwa yang lemah yang memerlukan pertolongan atau orang-orang bodoh yang patut dibenci.

Tetapi, kenapa novel cinta perlu dianggap melencong? satu kajian pada tahun 2008 mendapati 18 peratus daripada pembaca-pembaca muda menyenaraikan novel cinta sebagai genre pilihan mereka yang mana lebih banyak daripada mereka yang menyenaraikan novel bergenre fiksyen sains/fantasi. Kiraan yang dibuat pada tahun 2012 mendapati novel cinta adalah novel yang paling banyak terjual dan memberikan pulangan sebanyak 1.44 billion dollar setahun iaitu lebih dua kali ganda dari genre novel di tempat kedua iaitu novel misteri yang memberikan pulangan sebanyak 728.2 juta dollar. Mengambilkira populariti dan tumpuan yang diberikan, soalan yang patut ditanya bukanlah kenapa orang perempuan membaca novel cinta. Sebaliknya, soalan yang patut ditanya adalah kenapa orang lelaki tidak membaca novel cinta?

Salah satu jawapannya adalah Misogini. Hal-hal yang berkaitan dengan perempuan dilihat sebagai bertaraf rendah dan tidak memiliki ciri-ciri kelakian dan tidak langsung mempunyai nilai. Seperti yang pernah dikatakan kepada saya oleh Conseula Francis yang bertugas sebagai profesor madya pengajian Inggeris di Kolej Charleston yang membuat kajian tentang novel cinta:

Kerana novel cinta selalu dikaitkan dengan perempuan dan feminiti, dan kerana kita melatih orang lelaki untuk mengelak daripada mempunyai apa-apa kaitan dengan feminiti; novel cinta menjadi sesuatu yang luar daripada jangkauan mereka. Ia berada diruang yang tidak boleh diterima oleh mereka.
Eric Selinger yang bertugas sebagai editor eksekutif di Journal of Popular Romance Studies bersetuju dengan pendapat Francis. Menurut Selinger, perkara ini berlaku akibat daripada stigma terhadap novel cinta. Menurut Selinger lagi, walaupun dia dibesarkan "dalam keluarga yang liberal dan feminis pada tahun 1970an" dan gemar membaca buku seperti Little Women dan Harriet the Spy, beliau hanya sedar tentang minatnya terhadap novel-novel cinta ketika dia berusia sekitar pertengahan 30an. "Misogoni struktural" rumus Selinger, "bermaksud situasi dimana orang lelaki secara sedar menjauhi dan mengeji novel-novel cinta, manakala yang lain pula tidak pernah langsung berminat untuk cuba membaca novel-novel sebegini."

Orang lelaki tidak berminat membaca novel-novel cinta kerana ia melambangkan sesuatu yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan novel cinta. Ini ada kena mengena dengan pengalaman saya (yang agak baru) membaca novel cinta. Novel cinta sebenarnya sangat mengalu-alukan sudut pandangan orang lelaki. Banyak novel cinta secara sengaja membahagikan sudut pandangan antara pasangan karekter utamanya. Jadi sudut pandangan anda akan sentiasa berubah-ubah antara kareter lelaki dan karekter perempuan. Memang benar karekter Christian Gray si lelaki berkuasa, kaya, kecewa dan nakal tidak menarik minat saya, tetapi karekternya tidak banyak berbeza dengan James Bond atau Bruce Wayne yang mempunyai peminat lelaki yang agak ramai.

Tarikan lain karekter-karekter lelaki didalam novel cinta pula adalah kelemahan dan kenaifan mereka. Mereka perlukan dan berminat tentang cinta dan orang lain yang mana ia sangat berbeza dengan karekter-karekter hero didalam genre sastera. Seperti yang dinyatakan oleh Selinger, "novel cinta yang paling saya gemari selalunya adalah novel yang membolehkan saya menghabiskan masa dengan karekter heroinnya yang menarik, kelakar, sarkastik atau menyentuh perasaan." Orang selalu memikirkan novel cinta ditulis untuk membolehkan pembacanya jatuh cinta dengan lelaki-lelaki kacak tetapi novel cinta heteroseksual selalunya meletakkan setiap jantina pada satu tempat dimana mereka boleh jatuh cinta dengan lelaki kacak dan perempuan cantik.

Terdapat banyak sebab yang membolehkan orang lelaki menggemari novel cinta jika mereka boleh membuang stigma misogoni. Tetapi adakah itu bermaksud orang lelaki patut membaca novel cinta?

Francis, sekurang-kurangnya mempunyai pendapat yang bercampur. Belia menyatakan:

novel cinta adalah komuniti perempuan yang terlindung dari pandangan orang lain. Novel cinta membawa kamu ke kelab rahsia...ia tidak menilai kamu. Ia tempat yang selamat...dan antara sebab ia tempat yang selamat adalah kerana tiada siapa yang melihatnya...Dan untuk mempelawa sesiapa yang belum lagi masuk ketempat ini adalah amat berbahaya.

Penulis novel cinta Kathleen Gilles Seidel pula bersetuju bahawa bilangan pembaca lelaki yang lebih besar bukanlah sesuatu yang penting untuk beliau. "Apabila saya mula membaca Harlequiens pada tahun 70an dan mula menulis tentangnya pada tahun 80an, dunia penerbitan novel cinta adalah ghetto orang perempuan...dan saya boleh menyatakan dengan bangga bahawa kami menyukainya" kata beliau. Berkenaan pembaca lelaki pula, beliau menambah:


 Saya tak tahu banyak dan saya tak perlu tahu banyak. Saya menulis untuk orang perempuan. Apabila saya memikirkan tentang pembaca, saya memikirkan mereka adalah orang perempuan. Saya tak pernah mengubah apa-apa dalam novel saya untuk menarik minat pembaca lelaki. Saya tidak menulis kepada lelaki atau untuk lelaki, jadi kenapa orang lelaki tidak peduli untuk membaca novel cinta adalah sesuatu yang boleh difahami...Baguslah jika orang lelaki terhibur dengan novel cinta, dan saya harap mereka membacanya. Jika tidak, saya harap mereka boleh menjumpai genre lain yang mereka suka.

Seidel turut menambah bahawa sudut pandangan lelaki didalam bukunya bukanlah untuk orang lelaki, tetapi untuk orang perempuan. "Novel cinta membawa pembacanya dari satu tempat lain ke satu tempat yang lain. Apakah yang lebih "lain" kepada seorang perempuan jika bukan lelaki?" ujar beliau. Sudut pandangan orang lelaki bukan bertujuan untuk nampak meyakinkan bagi orang lelaki, tetapi nampak meyakinkan untuk orang perempuan. Sepertimana yang dinyatakan oleh Seidel, "boleh dipercayai dan sangat enak."

Walaupun ramai penulis novel cinta mungkin tidak menumpukan kepada atau mahukan pembaca lelaki, ia tidak secara keseluruhannya benar. Salah satu pengecualian adalah Alex Beecroft yang menulis novel m/m (lelaki/lelaki) atau novel cinta homoseksual. M/m selalunya ditulis oleh perempuan untuk perempuan. Tetapi Beecroft menyatakan "saya sudah tentunya memilik peminat lelaki." Peminat-peminat ini, tambah Beecroft, selalu memberitahu kepadanya:

"Saya sentiasa menggemari novel cinta dan saya sangat terujua apabila menjumpai novel cinta untuk lelaki seperti saya." Jadi tanggapan yang saya perolehi adalah terdapatnya permintaan untuk novel cinta m/m dikalangan pembaca lelaki diluar sana tetapi mereka selalunya tidak tahu bahawa novel sebegini sebenarnya wujud (atau jika mereka tahu ianya wujud seperti kebelakangan ini, mereka bimbang ia akan menjadi novel yang eksploitatif jika ianya ditulis oleh seorang perempuan.)
Beecroft menyatakan beliau "sentiasa memastikan bahawa terdapatnya lelaki homoseksual yang membaca dan terhibur dengan novel saya kerana saya merasakan ia petanda yang baik bahawa saya tidak dengan sengaja menulis tentang sesuatu yang menjijikkan atau eksploitatif." Seidel tidak berminat tentang pembaca lelaki dan (mungkin) akibat itu beliau memiliki pembaca lelaki yang sedikit. Beecroft pula sangat berminat untuk membuatkan lelaki homoseksual membaca novelnya. Jadi ia adalah sesuatu yang semulajadi untuk beliau mempunyai lebih ramai pembaca lelaki (walaupun ia juga adalah benar bahawa lelaki homoseksual selalunya mempunyai hubungan yang berbeza dengan norma hubungan lelaki biasa, dan itu juga mungkin, dalam beberapa keadaan, membuatkan mereka lebih mudah untuk membaca novel cinta).

Salah satu lagi kemungkinan jawapan tentang kenapa orang lelaki tidak membaca novel cinta adalah kerana orang lelaki tidak membaca fiksyen. Satu artikel yang diterbitkan oleh NPR pada tahun 2007 menyatakan bahawa hanya 20 peratus pembaca fiksyen adalah dari kalangan orang lelaki dan satu lagi kajian mengesahkan bahawa orang lelaki selalunya tidak meminati fiksyen. Satu kajian yang dijalankan oleh Romance Writers of America (Penulis Novel Cinta Amerika atau RWA) mendapati 16 peratus pembaca novel cinta adalah orang lelaki. Ia tambahan sebanyak 11 peratus berbanding pada tahun 2011. Agak kurang jelas samada penambahan ini adalah penambahan sebenar ataupun hanyalah variasi statistik. Apapun, novel cinta tidaklah terlalu berbeza dengan genre lain. Satu tinjauan yang dilakukan pada tahun 2000 mendapati majoriti pembaca genre lain juga adalah orang perempuan, dari genre pengintipan/seram (69 peratus), ke genre misteri/detektif (86 peratus), genre umum (88 peratus) dan fiksyen sains (52 peratus). Soalan yang patut ditanya bukanlah kenapa orang lelaki tidak membaca novel cinta, sebaliknya soalan yang lebih relevan adalah: kenapa secara umumnya terlalu sedikit orang lelaki yang membaca novel?

Tidak timbul sebarang keraguan bahawa sangat sedikit orang lelaki yang membaca novel cinta berbanding orang perempuan. Novel fantasi tentang cinta telah diberi jantina - tetapi ia tidak bermakna ianya turun-temurun. Mungkin masalah novel cinta bukanlah kerana orang perempuan membacanya, atau orang lelaki tidak membacanya, tetapi kerana novel cinta dilihat sebagai satu masalah atau dalam erti kata lain - novel cinta adalah genre yang mana pembacanya adalah salah dan perlu diberikan penerangan.

***
Ini merupakan terjemahan artikel tulisan Noah Berlatsky yang diterbitkan oleh Pacific Standard pada 23hb Oktober 2014. Teks asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI

Sumber gambar: google image

ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: LELAKI DAN NOVEL CINTA
LELAKI DAN NOVEL CINTA
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmMPYzfq6V6rK-_IO49ImkEbQfom5esKTlxxpk49m7QmunwltFZ3LmKAI5xn2hMDIMkSVaIHi0uXcaXfl6JFDq2Anj7DNlXeaknsaJQyGcVPg6FQV1vLAsGE4gQ62_G9NtftdjeLmZ6oFB/s1600/think-you-dont-like-romance-novels-ftr.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmMPYzfq6V6rK-_IO49ImkEbQfom5esKTlxxpk49m7QmunwltFZ3LmKAI5xn2hMDIMkSVaIHi0uXcaXfl6JFDq2Anj7DNlXeaknsaJQyGcVPg6FQV1vLAsGE4gQ62_G9NtftdjeLmZ6oFB/s72-c/think-you-dont-like-romance-novels-ftr.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2014/10/lelaki-dan-novel-cinta.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2014/10/lelaki-dan-novel-cinta.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin