Paris pada abad ke 20 memang terkenal sebagai tempatnya berkumpul penulis dan seniman tersohor. Sehingga ke hari ini, Paris masih menjadi tumpuan kepada penggemar-penggemar buku untuk menjejaki jejak-jejak penulis kegemaran mereka. Tetapi jika anda seorang pengguna iPhone yang tidak berkemampuan atau berkelapangan untuk ke kota Paris, aplikasi terbaru di iPhone mungkin boleh memuaskan hati anda.
Aplikasi iPhone yang dikenali dengan nama TravelbyArt kini boleh dimuat turun di mana aplikasi ini membawa anda menyusuri kehidupan penulis dan seniman tersohor seperti Ernest Hemingway, Pablo
Picasso, Edith Piaf, Oscar Wilde dan F. Scott Fitzgerald dimana ia akan membekalkan anda dengan maklumat-maklumat tempat tinggal mereka, studio dimana mereka bekerja dan juga restoran serta bar yang mereka selalu kunjungi.
Disamping itu, terdapat juga susur masa tentang kehidupan mereka ini ketika di kota Paris. Lebih menarik lagi, anda tidak perlukan akses internet untuk menggunakan peta didalam aplikasi ini dan anda boleh mengetahui kedudukan atau lokasi anda hanya dengan menggunakan kemudahan GPS didalam iPhone anda.
Aplikasi TravelbyArt boleh dimuat turun di SINI
***