Seperti filem yang sentiasa ada babak makan, begitu juga plot didalam sesebuah novel. Atas sebab inilah yang mendatangkan inspirasi kepada Dinah Fried untuk mencipta makanan yang dinikmati oleh karekter-karekter didalam novel dimana hasilnya boleh dilihat dalam buku terbarunya berjudul Fictitious Dishes. Ilham untuk menghasilkan buku ini datang pada bulan Januari 2012 apabila Fried ditugaskan untuk mengambil siri gambar meja dimana beliau telah menggunakan kreativiti beliau dengan meletakkan hiasan makanan diatas meja tersebut berdasarkan menu-menu yang dinikmati oleh karekter-karekter dalam buku yang beliau baca.
Fried menyatakan beliau membaca lebih kurang 25 buku setahun termasuk mendengar berdozen buku audio tetapi tidak kira bagaimana menarik jalan cerita buku itu, perkara yang lebih menarik perhatiannya adalah apa yang dimakan oleh karekter-karekternya. "Saya membaca novel Heidi lebih dua puluh tahun lepas dan saya masih boleh merasa keju bakar di roti yang dihidangkan oleh datuknya," kata Fried yang berusia 33 tahun dan bekerja sebagai pereka grafik. "Ia makanan yang menenangkan. Ia sudah tentu terpahat diingatan."
Berikut adalah beberapa menu fiksyen hasil kreativiti Fried.
Novel: On The Road (Jack Kerouac)
Pai Epal dan Aiskrim yang dinikmati oleh Sal Paradise ketika beliau mengembara ke Iowa.
Novel: The Bell Jar (Sylvia Plath)
Avocado yang disumbat dengan isi ketam yang dimakan oleh Esther Greenwood.
Novel: The Great Gatsby (F. Scott Fitzgerald)
Hidangan bufet yang dihidangkan di rumah Gatsby seperti pastri dan salad.
Novel: To Kill A Mockingbird (Harper Lee)
Sarapan yang disediakan oleh Calpurnia yang dihidangkan kepada Atticus sehari selepas perbicaraannya.
Novel: Moby Dick (Herman Melville)
Sup pekat yang lazat yang dinikmati oleh karekter-karekter didalam novel ini.
Untuk lihat menu-menu lain, anda boleh klik di pautan INI .
***